Ku tobat sudah di raya cina ini !

Tobat ( taubat ) ... hehehe.. Gini isunya.. Semua orang tau , di Malaysia minggu ini cuti panjang ! Waaaa... Sabtu , Ahad , Isnin dan Selasa ! Gilaaa la kalau tak nak balik kampung atau gi melancong ! Tak kira la dalam negara atau luar negara... kan kan ?

Sumber dari Berita Harian mengatakan lebuh raya bakal sesak tu , tak perlu dah nak dipertikaikan ! Memang berdasarkan pengalaman aku beberapa tahun sebelum ni menginsafkan ! Tapi masalahnya , insafnya ketika atas kereta je laa.. Datang kembali cuti raya cina yang panjang , berdesup semua berada di atas lebuh raya termasuk aku ! 

Dan tahun ni , aku bernasib baik sungguh ! Hahahaha.. Plannya , memang nak balik ke Kelantan. Walaupun dah tau akan sesak punya tapi demi wife , aku ikutkan juga.. Tetapi segala perancangan terbatal bila dapat tau wife mengandung anak ketiga dan doktor tak kasi dia jalan jauh ! Fuhhh.. Hahahaha.. Lega akuuuu.. lega sebab tak perlu harung jammed. Aku tak larat sekarang nak memandu jauh. Cepat mengantuk dan amat merbahaya .. kan kan ? Hee.. baik punya alasan ! 

Tapi yang pasti.. rata rata kawan kawan yang pulang ke kampung , melahirkan rasa tak puashati di status Facebook masing masing.. Heheheeh..Aku cuma mampu tersenyum bila membaca status tu.. sambil makan ayam KFC ! Huhuhu...

Apa pun.. Gong Xi Fa Cai untuk rakan rakan yang menyambutnya.. Heee... 


6 ulasan:

  1. Sana sini jem Ben..anyway happy new year utk semua.. :)

    BalasPadam
  2. ambo pun dop balik jugak.. laki kijo, ambo pun kijo pakat claim cuti sebab nak cuti balik tuk next program kat kg.. yang pasti time tu tak jammed macam loni hahaha.. ni gelak orang sedih tak leh balik kg..

    BalasPadam
  3. Tahniah dapat baby lagi.. syoknya... cny akk cuti sampai ahad,.. x jeles ke? Lg 1 jem tu bissanya menuju ke pt je...ke slatan, x seteruk tu, in sha allah..

    BalasPadam
  4. untungla..kihkih iera yang sekadar balik dari shah alam ke tapah perak pun dah makan masa 4 jam, apatah lagi orang lain yang lagi jauh destinasinya..selamat bukan diri sendiri yang drive..hehe

    BalasPadam
  5. Masa raya memang asik jem dimana-mana. Kami selalu balik kampung selepas raya jadi jalanan pun agak lengang.

    BalasPadam
  6. mujur ai rakyat selangor sampai mati....hahahaha ....makan kfc gak hari nihhh.....dap kannnn...??? hahahhaa

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009