Best tak TRANSFORMERS : THE LAST KNIGHT?

by - Khamis, Jun 22, 2017

Aku 'tebalkan' muka malam tadi... Gi tonton movie yang lama dah aku tunggu.. Huhuh.. Tak sabar sangat dah aku.. Harap berbaloi laaa ! Aku gi tonton sorang sorang jer. Saja nak dapatkan feel gituu.. Perancangan awalnya nak ajak Qhaliff dan Zahra tapi tak pe la dulu.. kasi aku gi survey cerita ni.. Sesuai tak ditonton oleh anak anak kecil. Cam Despicable Me 3 tu cam tak sesuai ditonton oleh anak kecil... terutama yang baru tau bercakap dan masuk tadika ! Mereka pantas 'meniru' perbuatan gituu.. Bagi aku laa.. Kalau korang rasa sesuai untuk anak anak korang , terpulang laaa.. Ibu bapa yang mencorakkan anak masing masing kan ? Huhu..
Ok.. tiket dah tempat. Jam 12.10 malam di Alamanda. Tempat duduk.. penuh gituuu.. 
Aku dah pekena Kopi Badang , 2 sachet untuk mengelakkan aku tertidur di dalam panggung. Huhhuhu.. Moga moga pengorbanan Kopi Badang membuahkan hasil seterusnya menulis review mengenainya.. Kan kan ?
Ada ibu bapa bawak anak anak kecil mereka. Hurmm.. minat sangat la ni kot ? Tapi di waktu begini , rasa cam tak sesuai je bawak anak anak tengok wayang gitu.. Terlalu lewat bagi aku. Kesian diorang. Aku harap nanti jalan cerita mudah difahami mereka. Huhuhu.. 
Ok... dah start. Aku mengunyah pop corn.. Air mineral jadi peneman. Perfume awek sebelah menarik minat hidung aku.. Huhuhhu.. Setengah jam pertama , aku terlelap sekali ! Kisah King Arthur menarik minat pada awalnya. Aku memang tonton kisah diorang ni sejak kecil lagi.. Banyak cakap lak kali ni.Aksinya , mudah dijangka la bagi aku.  Sejam berlalu...Entah berapa kali aku terlelap. Hahahaha.. Arghhhh.. Apakah sebab ceria atau aku yang mengantuk ! 
Dan akhirnya , abis jugak cerita ni. Lega giler aku. Dapat gak aku balik. Ikutkan hati , nak keluar awal tapi tahan tunggu sampai abis. 
Kesimpulan.. Kesan khas , animasi.. memang gempak ! Tak dinafikan. Mark Walhberg , lakonan dia cam biasa.. memang best. Tapi jalan cerita dia.. hurmm.. Dan nasihat aku , tak yah la bawak anak kecik .. bawah 7 tahun tak perlu kot ?? Sebab cerita ni dekat 3 jam gak.. Kalau nak bawak gak , bawak la anak patung My Little Pony sekali.. hehehehhe.. 
Tak perlu nak marah aku.. aku memang peminat setia Transformers yer..  Mungkin best bagi korang tapi bagi aku ... hurm.. mungkin kena tonton sekali lagi.. di siang hari ? Kan ? 

You May Also Like

6 comments

  1. Alaa.... rugila kalau jalan cerita xbest.... br berhajat nk g tgk

    BalasPadam
  2. So cmni kalau nak tgk xleh la letak high expectation. 🤔 Takut kuciwa.

    BalasPadam
  3. Alaa boring eh? Nak pi tengok ke tak ni...

    BalasPadam
  4. Tu la apersal pergi tak ajak?! Kan sampai terlelap2

    BalasPadam
  5. Kalau kena tengok lagi sekali tu maknanya best la kan. Ok malam nie nak tengok laa.

    BalasPadam