Kerana 'Andainya Takdir', aku blocked Facebook isteri ku ??

by - Jumaat, Jun 23, 2017

Aku tertonton episod akhir. Aku tak pernah tonton sekali pon drama ni sebab aku malas nak terikat dengan drama drama bersambung. Nanti apa pon tak leh nak buat.. Hahahaha.. MALAS !  Tapi semalam , aku ke rumah adik ipar aku nun di Sg.Buloh , drama ni memberikan aku kesedaran ? Eh , tak da makna aihh.. drama ni buat aku tersenyum. Apasal aku tengok drama ni macam filem Transformers yang baru je aku tonton kelmarin ? Banyak tul babak 'gaduh' ! Heheehehe.... 
Tiba-tiba satu adegan membuatkan aku mendapat idea untuk mengupdate status di Facebook.



Apakah benar kerana drama ni aku blocked Facebook wife aku ???? Kenapa inikah semua ini terjadi ? Hahahahaha. kan kan ? Kenapa Ben , kenapa ??? Wife kuat cemburu ke ??? Heee.. Jawab Ben, jawab ! Kenapa diblocked ? Persatuan Isteri Isteri SeMalaysia nak tau niii.. 
Aah , memang aku blocked ! Sibuk jee nak tau kenapa ! Huhhh.. Hehehe.. ok ok.. Aku blocked dia lama dah. Aku ni , ramai follower dan 90% adalah perempuan. 50% darinya , anak dara cun !  Statistik ni aku petik sendiri jer.. Hahaaa.. Nak kasi nampak cam aku ni gempak laa skit. Ala korang pun ! Kasi can la aku poyo skit.. Heeee..
Ok, aku bersebab. Bukan kerana dia kuat cemburu atau aku ada bini no 2.3 dan 4. Orang kata , perempuan tu , perempuan gak la.. Wife aku ok jer.. tapi kekadang tu , ada 'bisikan' tertentu membuatkan dia 'dijentik' . Dan aku tak suka sama sekali keadaan itu. Aku bagitau dia.. Ikut hati aku , lama dah aku bersara dari dunia media sosial ni dan ulang alik surau 5 kali sehari ! Itu idaman aku. Haaaa... dan tumpukan pada anak anak. 
Amboi alasan ! Hahahaha.. apakah sebab media sosial , aku takleh ke surau 5 kali sehari dan tak leh tumpu perhatian kepada anak anak ???? Alaaa... tak leh guna eh alasan ni ? Ok ok.. Jujur aku kata , aku saja tak nak perhatian wife aku terganggu. Biar la dia di pejabat dan buat kerja. Untuk pengetahuan korang.. adik adik ipar aku ada je dalam Facebook aku tu. Diorang memantau dari jauh kupohonkan ampun maaf, jangan sedih pagi ini tak dapat kita bersama , meraikan aidilfitri yang mulia... Resti ayah bonda kuharap selalu.. hingga aku pulang kepadaaamu ! Eh , ternyanyi terus lagu Sudirman.. 
Tapi wife ok namun kes baru baru ni yang terjadi pada wife aku membuatkan aku kembali nak unblocked dia. Kes dia nyaris kena scam dan tak boleh nak hantar mesej whatsapp pada aku... nasib baik email dia leh antar ! Kalau Facebook tak diblocked , dia boleh la anar pesanan dari Messenger pada aku. Hurmmm.. 
Ok.. berbalik pada drama tu.. Entah , aku tak tengok dari mula.. aku no komen ! Tapi heroin dia cun eh bila bertudung.. Tak bertudung , tak cun.. hahahahah.. Ahaa.. aku sarankan la pada suami suami di luar sana, blocked je FB isteri anda dan larang mereka dari ada FB ! Instagram takpe.. 
Hahahahaha.. lariikkk Ben lariiiik ! Selamat Hari Rayaaaaaaaaaaa ! Hati hati pulang memandu yer. Terima kasih kerana setia membaca blog ini. Nanti jemput datang ke rumah Najib Tun Razak di raya pertama yer.. Heee.. umah aku raya terakhir baru jemput datang.

You May Also Like

9 comments

  1. Hahaha..xbaik tau block wife.tp kn kalau jenis baran mmg sesuai block baik laki mahupin bini

    BalasPadam
  2. ni akta hasutan suami ker apa ...?

    nasib password dd aku yang buat gak ...herherher

    BalasPadam
  3. Amboi suh blocked terus. Takpa, para isteri boleh ja pasang spy utk usha fb suami memasing, no hal lah 😉

    BalasPadam
  4. mana boleh husband block fb wife..tak boleh tak boleh..haha

    BalasPadam
  5. Blocked bermakna ketidakpercayaan pada pasangan masing2. Walaubagaimanapun, setiap perbuatan itu ada alasannya tersendiri. Hanya kita sahaja yg tahu.

    BalasPadam
  6. Amboiii.. siap pesan suh blocked fb wife ek. Kadang bila bosan berkomunikasi secara live, media sosial kan boleh guna sebagai alternatif utk menyemarakkan kasih sayang suami ister.. I tag u, u tag ai.. gitteewww..

    BalasPadam
  7. Saya wife je yg tolong like fb saya kalau dia xde langsung xde prg nak like fb saya. Lagipun mak mertua saya pun main fb matilah nak haha

    BalasPadam
  8. hihii...sesuatu yang baru, blocked isteri di FB. Tapi ada betul juga disitu. Nama pun perempuan. Kadang tue ok je, kadang tue ada lah jeles ke. Sebab saya seorang isteri jugak. hihi

    Tapi, bagi nadia. Trust come first in a marriage. Correct me if I'm wrong. =)

    Selamat Hari Raya dan mohon maaf juga ye jika ada terkasar.

    1st time rasanya nadia komen di sini =)

    BalasPadam
  9. Hahahahaa... Persatuan isteri-isteri marah dengan entey ni. Hehehe... Tapi rasanya ada betulnya juga kata ben tu. Mujurlah saya anti FB (eh!) & tak ada akaun FB.. So saya tak terperangkaplah dengan masalah suami-isteri yang berpunca dari FB.. Heheheheh

    BalasPadam