Layan 'SH3LL OUT Kapal Pecah' di Rahsia Selera Timur Nasi Hungga

by - Rabu, Jun 14, 2017

Adoi.. aku nak diet dah ni ! Letih tengok perut memboroi sebab banyak makan di bulan Ramadan ni. Er, tak banyak sebenarnya pon tapi entah kenapa melampau pulak kenaikan kali ni. Semalam timbang , berat badan dah 93kg ! Hehehehe.. berat ke ??? Tak la.. maintain dari dulu. Sungguh pun nampak kurus tapi ada 'keberatan' di satu bahagian agaknya.. hahaha.
Ada sorang kawan whatsapp aku. Katanya ada satu restoran , sh3ll out dia memang berbaloi kalau gi sana makan ! Hurmm.. yeke ? Biasanya sh3ll out ni , orang serik nak makan sebab harga dia tapi rasa dia , lebih kurang jer.. Nak jumpa yang sedap , memang payah ! 
Ok... Petang semalam, aku ke sana berbuka. Perjalanan dari Sepang ke Seksyen U3, Shah Alam di waktu kemuncak yakni jam 5 petang mengambil masa sejam saja. Fuh.. nasib baik takda kereta kemalangan. Kalau ada , memang aku makan kurma dalam kereta je la berbuka. 
Jam 6 petang aku sampai. Aku lepak jap.. amik gambar sementara tunggu kawan aku sampai. Ok , sedikit maklumat mengenai lokasi Rahsia Selera Timur Nasi Hungga ' Sh3ll Out Kapal Pecah '


Kalau guna Waze , sila Waze je Super Seven Pasaraya Borong & Pasar Segar , Seksyen U3 , Shah Alam. Berdekatan dengan Super Seven Pasaraya Borong & Borong je ni. Paking ada banyak. Takda masalah sebab belum ramai yang menyewa disini. Maka , sila parking dengan cermat yer. Jangan suka suka amik 2-3 lot sekali gus ! 
  
Dimiliki oleh seorang wanita berasal dari Terengganu dan bercita cita besar dalam bidang yang baru dia ceburi. Ahaaa.. Nasi Hungga tu apa ? Haaa... Rahsia ! Hahahaha.. Kalau nak tau , sila datang sebelah siang selepas bulan Ramadan. Hehehe.. 
Lagi 10 minit azan Maghriba akan berkumandang. Makanan mula tiba. Aku terus terliur. Pada awalnya , aku plan nak makan roti jer. Yang ni , aku cuma amik gambar je.. Hehehehhe.. Kononnya laaa.. tapi bila di sana , segalanya berubah ! 
Dengan serendah RM29.90 , korang akan menikmati 'sh3ll out" yang aku jamin akan puashati punyalahh ! 





Dibuka setiap hari , dan dibuka pada jam 10 dan tutup jam 12 malam , menu masakan  sh3ll out Rahsia Selera Timur Nasi tu , memang lain dari yang lain. Ketam masak telur asin tu pon giler sedap ! Aku tak pernah makan cam tu. Terus aku order makanan segera. Huhuh.. 
Aku bukan pengemar masakan laut ! Tapi tak semestinya aku tak reti 'belasah' ketam , kan ? Haaaa.. Baru seronok buat kerja.. bila perut kenyang kan ? Heheheh.. Alhamdulillah.. kenyang sangat ! Dengan harga yang sebegitu , aku tak sangka dapat makanan sesedap ini.
Jam 11 malam , baru balik. Hahahaha.. Cuaca sedap jer. Sejuk gituu..  Aku balik lewat sebab meeting kat situ. Hahahaha.. Dan tapau ketam masak telur asin untuk dia ! Huuhuhuh.. 
Nak gi sini ? Ok.. ni nasihat aku... sila buat tempahan terlebih dahulu yer ! Nak menempah , sila ke Facebook , Restoran Rahsia Selera Timur Nasi Hungga. Dan jangan lupa ke Instagram , @restorannasihungga
InshaAllah , banyak projek selepas ni. 

You May Also Like

13 comments

  1. Wahhh ada ketam telur asin...favourite juju tuuu...

    BalasPadam
  2. Adehhh pagi pagi baca entri ni, mencabarnya hahaha

    BalasPadam
  3. Kalau kena dengan harga dan rasa masakan pon sedap memang orang suka nak datang..Insyaallah kalau beepeluang nak jugak pergi.

    BalasPadam
  4. Perghhh.. ketam telur asin tu... menusuk qalbu tengok di siang hari ni...

    BalasPadam
  5. Tak pernah lagi makan sh3ll out. Nanti nak cubalah makan kat sini, harga pun murah!

    BalasPadam
  6. bagus jugak kalau plan makan sini nih, ok set!

    BalasPadam
  7. Teringin tapi x makan seafood.. huhu

    BalasPadam
  8. itu portion untuk berapa orang tu?

    BalasPadam
  9. perghhh murah dan nampak sedap tuuu

    BalasPadam
  10. Hohohoho... tengok gambar pun da rase sedap.. murah plak tu... haihhhh jauh la plak

    BalasPadam
  11. InshaaAllah nanti nak juga pergi sini , tak pernag lagi bershell out ..

    BalasPadam