Letih jugak nak sokong kalau asyik menCUKAI RAKYAT !

Harga petrol , rakyat dah boleh ikut rentaknya.. REDHA !
Harga barang ,  pun begitu juga. Tindakan membateras kenaikan.. umpama sekadar buat jer !
Tol pulak , menanti masa je nak naik..
Alih alih , cukai penginapan hotel pulak dikenakan atas alasan pelancongan negara !
Aduh , letih gini ! Ini je yang rakyat ada dihujung minggu atau menghabiskan cuti untuk merasa sebagai 'raja' sehari dua dengan menginap di hotel hotel 'ada bintang'.
Hurm.. untuk satu bil pembayaran , berapa cukai ada di dalamnya ? 

Masih aku ingat lagi di awal penguatkuasaan GST.. kawan kawan yang kerja di hotel , mengeluh... tak ramai datang menginap di hotel sebab harga mahal. Ramai yang mencari homestay atau hotel hotel bajet.  Tapi kita tau , rakyat Malaysia ni bagus... Akhirnya tutup mata sebelah jer.. pilih juga hotel demi membantu industri perhotelan negara agar terus berkembang. Alih alih , cukai pelancongan lak dikenakan ! Aduhhh.. Agak agak la skit ! Apa kata cukai ni dikenakan pada pelancongan asing jer ! Mereka yang ada Mykad , diberi keistimewaan. Barulah betul gini. 
Kadang kadang aku tak paham, ini je yang mampu dibuat oleh mereka yang berada di atas tu.. Cukai kan aja pada rakyat ! Adoii.. Takkan tak nampak rakyata membanting tulang siang malam mencari duit tambahan agar dapat hidup dengan lebih selesa ! 
Secara jujurnya , andai ini je yang mampu difikirkan.. letak je la jawatan dari jadi menteri tu. Kasi je pada mereka yang lebih bertanggungjawab dan berjiwa rakyat je memimpin ! Kalau setakat bermesyuarat sehingga awal pagi.. pastu putuskan kenakan cukai je , mereka yang tak bersekolah tinggi pon leh buat keputusan gitu.. KENAKAN CUKAI jer !
Tunggu cukai RIADAH dikuatkuasa lak jika duit tabung belum penuh lagi !

9 ulasan:

  1. entohnye.. kecam kangg.. marah & guna kuasa

    BalasPadam
  2. Bercuti kat rumah jelah lepas ni, huhuhuu!

    BalasPadam
  3. sudahnya lepas ni semua kena cukai. kita yang hidup dekat bawah ni makin terhimpit. huhhuuhu

    BalasPadam
  4. Pelik. Apa relevan nak buat cukai pelancongan pula kan ...
    Lepas ni jom lah cukaikan riadah, cukaikan penggunaan gym, last last cukaikan tempat tinggal... tak lupa juga why not cukaikan pendidikan, perubatan etc etc ...
    Penat dah rakyat kerja siang malam, penat dah rakyat jimat cermat, penat n letih ...
    Ekonomi bukan makin baik, makin merudum pula ...
    Sedih.

    BalasPadam
  5. Setuju lah kowt nak kenakan cukai agak2 ar, kecualikan utk mykad tu kan

    BalasPadam
  6. Hmm pasni homestay n hotel bajet pun kena cukai gak kot?

    BalasPadam
  7. Hmmm, entahla.. yang gaji ciput makin tersepitlah hidup zaman sekarang ni..

    BalasPadam
  8. bercuti dalam khemah je la lepas ni - camping..

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009