Tahniah buat Jabatan Amal Malaysia Negeri Kelantan , PERTAHAN ,dan Kelatan CARE !!

by - Rabu, Jun 28, 2017

Tindakan pantas dari Jabatan Amal Malaysia Negeri Kelantan yang sering terlibat dengan kerja kerja amal di Kelantan , membersihkan lebuh raya Central Spine yang kotor akibat dek perbuatan pengguna jalan raya yang tidak punya kesedaran sivik sama sekali.. pentingkan diri sendiri ? Hurmm.. Tak kisah la... moga mereka sedar satu hari nanti , yang bumi ni bukan milik dia dan kembali turut sama menjaga kebersihan.

Menerusi Facebook Nazman Che Iberahim , Jabatan Amal Malaysia Negeri Kelantan pada Aidilfitri ke 4 telah turun ke kawasan kawasan yang terlibat dan bergotong royong membersihkannya. Kalau tau ni , leh gak aku join sama.. Huhuh.. Tahniah buat mereka !

Terlepas pandang poster ni ! Hurmm.. Sibuk beraya agaknya aku.

Seperti yang mereka 'janjikan' ... mereka turun di awal pagi tanpa kira usia ! Aduhh... terharu sungguh la tengok mereka.






Alhamdulillah.. Moga selepas ni ... moga selepas ni.. aku ulangi.. moga selepas ni kalau nak ke mana mana , sediakan plastik sampah dalam kereta.. banyak banyak ! Tak kira la ke mana sekali pun , apa kenegerian kita sekali pun.. sama sama kita jaga kebersihan !  Segalanya bermula dari kita sendiri..  Tahniah buat semua yang terlibat ! 


You May Also Like

4 comments

  1. Tahniah Jabatan Amal.. tapi sedih dgn sikap pengguna. Patut amalkan sedia plastik dlm kereta supaya bila sampai mana2 boleh buang dgn elok.

    BalasPadam
  2. kesedaran rakyat malaysia menjaga kebersihan sangat kurang. Semoga usaha amal daripada pihak Jabatan Amal diberkati.

    BalasPadam
  3. Tahniah, respek usaha murni mereka. Moga cara ni dapat sedarkan mereka yang tiada kesedaran sivik tu.

    BalasPadam