Bila sahabat dikasihi pergi untuk selama-lamanya..

by - Ahad, Oktober 22, 2017

Semalam.. awal pagi , aku dikejutkan oleh berita pemergian sahabat yang membesar dan belajar bersama ketika di sekolah menengah dulu. Punca , stress @ tekanan darah tinggi ? Hurmm... sesungguhnya , ianya satu penyakit yang mudah 'hinggap' penduduk Malaysia sekarang ni.. 
Aku lewat. Namun tetap juga pergi ziarah kuburnya.  Sebak dan sedih tapi aku kuatkan semangat juga.  Yer , seperti mana ketika aku melihat arwah ayah buat kali terakhir. Andai setitis mula terbit , aku tak pasti bila akan terhentinya. 
Arwah.. Hamdan Bin Hassan , seorang yang periang , bijak dan sabar orangnya. Senantiasa senyum walaupun dalam keadaan duka. Rezekinya murah... kerjanya bagus. Mengutamakan kesihatan. Dan punya keluarga yang bahagia. Yer, Allah lebih sayangkan dia.. Semoga Allah ampunkan dosa dosanya dan tempatkan arwah disamping mereka yang beriman. 
Hurm... stress atau hypertension. Arghhh... sungguh tak berbaloi hidup ni stress dengan kerja ! Ada manusia yang bijak... dia lepaskan segala tekanan pada kita dan dia hidup gembira ! Kita yang stress ! Akhirnya , kita yang derita. dan dia bahagia ! Hampeh.... serius tak berbaloi ! Nasihat aku laaa.. sila la fikir panjang skit ! Biarlah tak kaya asalkan tak derita dek si binawe tu ! Cari je kerja lain tapi sebelum tu , report je kat orang atas pasal perangai dia ! Huhuhu.. 
Aku dulu ada hypertension. Tahap boleh kena tidur sebulan la kat hospital ! Apa yang aku buat ialah.. aku keluar dari kehidupan stress aku tu ! Dan Alhamdulillah.. aku ok. Wat pe aku nak stress pasal makhluk asing tu ! Huhhhh.. baik aku hidup tenang dan gembira ! Huhuhuh.. 
Minta sedekahkan Al-Fatihah buat arwah Hamdan bin Hassan. Semoga Allah berkati kita semua. 

You May Also Like

2 comments

  1. Dah sampai masanya.... Salam takziah... org yng baik Allah sayang....

    BalasPadam
  2. Al-Fatihah..Moga rohnya tenang bersama orang-orang beriman..amin

    BalasPadam