Jumaat, 6 Oktober 2017

Hargai sebuah kehidupan...

Terkejut dengan perkhabaran dari rakan sekolah... Salah seorang kawan rapat kami dimasukkan ke ICU di Hospital Putrajaya ,dikatakan pengsan ketika berjogging bersama rakan rakannya. Status , koma. Punca, tekanan darah tinggi. 
Hurmm.. sedih melihatnya terbaring kaku dibantu dengan alat bantuan pernafasan. Sahabat yang mengunjungi... saudara mara.. seperti tidak percaya melihatnya. Dalam sihat walafiat, tiba tiba jadi begitu. Segalanya milik Allah. 
Melihatkan dia begitu , tetiba terasa singkatnya dunia. Apa la yang kita nak dikejarkan sangat dunia ni ? Ada yang mengumpul harta siang malam tanpa menghirauka kesihatan diri... kebahagian diri serta keluarga. Yang penting harta terkumpul... 
Cari duit banyak banyak.. Tiba-tiba dijemput Allah ! Harta tu ditinggal begitu jer.. Nasihat aku, gi la bercuti dengan yang tersayang ..terutama buat mereka yang masih berdua. Apa guna kerja bagai nak giler.. stress sana sini tapi kedekut ! Eh , zaman ni ada pelbagai cara nak menyimpan dan buat duit. Tapi yang penting ialah nikmati kehidupan bersama yang tersayang ! 
Setahun sekali... gi bercuti bersama sama.. Jangan dah 'kehilangan' baru nak menyesali diri. Tolong doakan kesejahteraan sahabat saya tu.. semoga dia kembali sihat.

4 komen :

Mama Kembar 3 berkata... [Reply to comment]

Setuju, bercuti bersama keluarga walaupun dekat dan sekejap pun takpa. Tapi akan jadi kenangan manis sepanjang hayat

no rain khairudin berkata... [Reply to comment]

bab bercuti ni memang setuju sangat. dah penat bekerja kena la juga berehat dan bercuti bersama keluarga.

Akif Imtiyaz berkata... [Reply to comment]

Stuju..kerja mmg tak abih sokmo..tak salah spend masa berkualiti bersama keluarga pakat2 pegi bercuti..

Zaim Zahran Zulhilmi berkata... [Reply to comment]

Alhamdulillah post yg ada kesedaran,

Akhir zaman, mati mengejut dikala muda sudah menjadi tanda2 yang kerap berlaku..

Hidup perlu di nikmati bersama keluarga dan yg penting sekali zakat dan wakaf jadikanlah amalan

Nak senang.. tiap2 bulan auto deduct from salaray, lebih berdisiplin dan harta lebih berkat

InsyaAllah

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI