Jangan bawak anak bila tonton THOR RAGNAROK di pawagam !

Saja belanja Qhaliff tengok Thor ari ni kat Alamanda. Amik tiket jam 2 petang dengan harapan tak ramai orang sebab aku bawak Qhaliff ! Aku tak boleh nak jangka perangai dia bila di pawagam. Boleh berubah bila bila masa jer walaupun cerita tu best ! Macam Spiderman baru-baru ni.. huhu... Menjeling ekor mata jer aku Huhuh.. 
Aku perjudikan nasib aku kali ni. Bukan apa , lama dah tunggu si Thor Ragnarok ni keluar. Bagi aku, Thor best dalam semua super hero sebab  dia tak la serius sangat pon cerita dia. Maklumlah , cerita 'kartun berfantasi tinggi'. 
Ok... cerita dia seingat aku hampir 2 jam. Best tak ? Hurmmm... Kenapa aku kata jangan bawak anak? Hahahaha.. Sebab anak lebih teruja dari si bapak ! Dia yang jerit lebih bila babak aksi terutama bila Thor lawan Hulk ! Dulu dia sokong Hulk , sekarang.. aku disuruhnya jadi Hulk. dia jadi Thor ! Tu diaaa... penangan Thor ! 
Dalam erti kata lain.. Thor kali ni memang best ! Tak da babak 18sx terutama cium mium. Maka boleh la bawak anak kita yang dah pandai cakap tu tonton Thor ni.. Berbaloi la.. Lagi pun macam aku kata... Thor Ragnarok ni memang 'kartun' yang best ! 
Berapa bintang ? Aku kasi 4.5/5 bintang. Aku terhibur. 

15 ulasan:

  1. Ingatkan tak galakkan bawak anak sebab banyak scene 18sx.. 😂

    BalasPadam
  2. Tgh fikir gak nak bawa anak.. Kang org kiri kanan depan blakang stress dgr soalan dia.. Hahaha

    BalasPadam
  3. Okey weekend ni leh bawa abg Qi tgk thor...hahhaha harap jgn ada aksi jeling hujung mata dalam pawagam...kalau tau juju jd hulk kat situ hahahhahaha doa kan juju ben

    BalasPadam
  4. Fuhh debar ingat tak leh bawak sbb apa hahaha. Pasai dah beli tiket nak pi tgk mlm ni, yayyy!

    BalasPadam
  5. Wow.. Menarik.. Hasihhh.. Teruja lak nak tgk.. Hihihi

    BalasPadam
  6. rate 4.5/5 yea..kena tengok wayang ni

    BalasPadam
  7. Macam cite spiderman home coming boring sikit. Kena tgk ni tapi x tau bila.

    BalasPadam
  8. macam best je. bolehlah layan. lagipun lama dah tak pergi tengok wayang...

    BalasPadam
  9. wah, ni rasa nak bawa The Arifs tengok movie Thor ni. T

    BalasPadam
  10. dlm byk2 marvel pn,mmg mnat thor ni..kna tgk ni

    BalasPadam
  11. nak bawa anak lepas dia exam ni..

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI