OMG !!! Apa tu OMG ?? NASI LEMAK 50 sen ?? Bayangkan budak budak laki gunakan tu kat kawan perempuan dia di sekolah ?? Faham faham je la kan.. diorng ni cepat belajar ..
Bukanlah tak leh bersikap terbuka.. Yang besar cam aku ni ok la.. yang budak budak tu ?? Diorg nak faham pe ? Mana yang boleh diorng gunakan untuk bergurau , diorng amik tnpa tau apa apa makna.. janji boleh ketawa ..
Aku pasti korang tau filem apa yang aku katakan tu kan ? hehe.. bukanlah aku kolot tapi sepatutnya filem mendidik anak muda kita yang baik baik walaupun dalam keadaan lawak jenaka..
Drama petang tadi.. aku pasti ramai tengok .. Aku kurang pasti sebenarnya.. Diorng dalam satu bilik tanpa ikatan bukan ? Apa kes tu ? Mengajar ke ? Hurm... Bagi aku ,babak begitu tak perlulah tunjuk.. seolah olah bagi green light jer kat yang menonton tu .. Dan ada lagi babak yang aku rasa .. hurm ... bukan budaya kita tapi nak cuba diterapkan secara halus .. Entahlah ..
Sekali lagi aku tegaskan .. aku bukan kolot .. tapi kalau nak elakkan kes kes bayi terbuang dan wujudnya lebih banyak sekolah hamil atau pemimpin g cari alternatif kat luar negara untuk menghalang kes kes zina ni , aku rasa mulakan dari media elektronik kerana tv senantiasa hampir dengan kita ..
Drama drama gak.. pengajaran tetap pengajaran tapi berapa ramai yang amik kebaikkan dari drama tersebut ? Dan berapa ramai pula amik keburukkannya ? Walaupun jumlahnya kecik , tapi ianya berpunca dari situ.. Adalah baik mencegah dari mengubati.. kan ?
Pandangan aku jer ..