Hujan di Putrajaya ... hehehe ... Maaf la yer .. 2-3 hari ni jiwa aku kacau sedikit .. Mungkin kerana penat sangat kot kepala otak ni .. Semangat blogging aku agak goyah sedikit kerana beberapa faktor .. Namun syukur pada Allah ada sahabat sahabat maya sudi memberi kekuatan pada aku agar meneruskan perjuangan .. Kalau ikut aku , aku nk tutup je blog ni ..
Tapi tu la kan .. seperti cuaca.. jap panas.. jap hujan.. jap redup.. tak tentu arah .. Kena cari punca kekuatan agar apa yang dicari itu dicapai .. Jangan jadikan alasan sebagai penghalang kepada kejayaan kita ..
Kebelakangan ini , ada aku baca teknik teknik blogging .. Cara untuk menarik trafik ke blog .. Tau apa pendapat aku ? Pendapat aku , biarlah aku guna cara aku ini iaitu mereka yang mengenali aku ini masuk dan membaca segala bebelan aku dari gunakan cara 'moden' tersebut .. Rasa tak best.. Aku nak mereka kata ' apa ben bebel lak ari ni ' di minda mereka.. Tu sebenarnya cara aku .. Dalam kepala pembaca senantiasa ada 'BEN ASHAARI' ..
Aku bukan seorang blogger yang mengeluarkan tips tips blogging.. Bagaimana dan apakah cara ... bukan tak boleh buat .. tapi tamo.. biarlah aku bebel di sini .. dan mereka yang nak membacanya , tahu mana nak cari aku .. kan kan ?
Hari ni aku g awal .. hehehe .. Biasanya pasti jumpa bro Ezzu kat Erl tapi tak leh la bro .. asyik lewat je ni.. mak bapak pon benci gini... heheh..