Suka suka je aku war warkan. .. hahaha ..sori .. hahaa.. tapi nak join .. nak pujuk wife esok neh.. dia liat skit bab gathering ni.. hehehe..
Nak tau lebih lanjut > sini
Suka suka je aku war warkan. .. hahaha ..sori .. hahaa.. tapi nak join .. nak pujuk wife esok neh.. dia liat skit bab gathering ni.. hehehe..
Nak tau lebih lanjut > sini
Huih... serius ... aku rasa setiap kali main kat tv , aku mesti tengok punya walaupun baru je tengok.. Aku rasa , dah berpuluh kali tengok movie ni.. Movie alien paling best aku penah layan !
Lakonan Will Smith dalam ni mmg bikin aku geram betul.. Mmg hidup .. Dia antara penyebab aku 'bikin' badan .. hehehe.. lawa gile badan dia.. walaupun simple tapi kemas.. Dalam I'm Legend , perfect badan dia !
Movie ni dalam tahun 1996 .. aku siap beli joystik n layan game dia.. sayangnya tak penah lepas stage 3 pon.. hahahaha... aku mmg bukan kaki game ..
Skang .. aku dok layan lagi.. hehehe.. Serius .. mmg best !!!
Tarikh 14 Februari merupakan hari yang dianggap keramat oleh pasangan-pasangan yang sedang berkasih. Hari yang dikenali sebagai Valentine’s Day atau Hari Memperingati Kekasih dianggap sebagai satu masa untuk mengisytiharkan ketulusan cinta kepada pasangan masing-masing.
Maka pada 14 Februari, pasangan-pasangan kekasih ini akan memakai pakaian yang terbaik dan sebaiknya hendaklah ia berwarna merah, bertukar-tukar hadiah dan seeloknya adalah bunga ros berwarna merah.
Pasangan-pasangan ini juga akan bercanda di merata-rata tempat sehingga terjadilah adegan-adegan maksiat yang bertentangan dengan syarak demi untuk membuktikan kasih dan sayang mereka yang tidak ternilai harganya.
Saban tahun juga para ulama mengingatkan kepada umat Islam agar menghindari menyambut Hari Valentine ini namun ia seperti menuang air ke daun keladi. Hari Valentine tidak ada kena-mengena dengan umat Islam malah hukum menyambutnya adalah haram. Ia adalah sambutan yang berkaitan dengan agama Rom kuno dan juga Kristian.
Sejarah Sambutan Hari Valentine
Bila kita membicarakan tentang sejarah sambutan hari Valentine, maka kita akan dapati bahawa terdapat empat pendapat berkaitan dengannya.
- Pendapat pertama mengaitkannya dengan pesta sambutan kaum Rom kuno sebelum kedatangan agama Kristian yang dinamakan Lupercalia. Lupercalia merupakan upacara penyucian diri yang berlangsung dari 13 hingga 18 Februari. Dua hari pertama mereka menyembah dewi cinta bagi kaum Rom kuno yang bernama Juno Februata.
Pada hari ini para pemuda Rom memilih nama-nama gadis-gadis yang menjadi pilihan mereka lalu dimasukkan ke dalam sebuah kotak. Setiap pemuda tersebut kemudiannya akan mencabut nama tersebut dari dalam kotak itu secara rawak. Nama gadis yang tertera di dalam kertas tersebut akan menjadi pasangan yang akan menjadi objek hiburan seksnya selama setahun.
Pada 15 Februari, mereka meminta perlindungan dewa Lupercalia dari gangguan serigala. Pada hari ini mereka akan menyembelih seekor anjing dan kambing. Kemudian mereka akan memilih dua pemuda Rom yang dianggap paling gagah untuk menyapukan darah binatang tersebut ke badan mereka lalu mencucinya pula dengan susu.
Setelah itu akan di adakan perarakan besar-besaran yang diketuai dua pemuda tersebut dan mereka berdua akan memukul orang ramai yang berada di laluan mereka dengan kulit binatang dan para wanita akan berebut-rebut untuk menerima pukulan tersebut kerana mereka beranggapan ia akan menambahkan kesuburan mereka.
- Pendapat kedua mengaitkannya dengan kematian paderi St. Valentine ketika pemerintahan Raja Rom yang bernama Claudius II. Terdapat dua versi cerita berkaitan dengan St. Valentine ini.
Versi pertama. Pada masa pemerintahan Claudius II, kerajaan Rom yang menyembah dewa-dewi amat memusuhi penganut agama Kristian dan para mubaligh Kristian telah dipenjara serta disiksa. St. Valentine sebagai seorang yang tegar menganut agama Kristian dan aktif menyebarkan ajaran tersebut turut dipenjarakan oleh Cladius II.
Dikhabarkan St. Valentine walaupun dipenjarakan, beliau tetap mengajar dan menyebarkan agama tersebut di kalangan banduan-banduan penjara di samping membantu tawanan-tawanan penjara meloloskan diri dari penjara. Kegiatan ini telah diketahui oleh Cladius II dan beliau memerintahkan St. Valentine diseksa dan akhirnya dihukum bunuh pada 14 Februari.
Pengorbanan yang dilakukan oleh St Valentine ini dianggap oleh penganut Kristian sebagai satu pengorbanan yang besar demi kecintaan beliau terhadap agamanya. Malah St. Valentine disamakan dengan Jesus yang dianggap oleh penganut Kristian mati kerana menebus dosa yang dilakukan oleh kaumnya.
Dikatakan juga bahawa ketika di dalam penjara, beliau telah jatuh cinta dengan anak salah seorang pegawai penjara dan di akhir hayatnya sebelum dibunuh, beliau sempat menulis sepucuk surat cinta kepada gadis tersebut yang bertandatangan From your Valentine (Daripada Valentinemu).
Maka orang-orang Kristian mengambil sempena 14 Februari itu untuk meraikan hari kasih sayang demi memperingati hari kematian paderi mereka St. Valentine.
Versi kedua. Claudius II beranggapan bahawa anggota tentera yang muda dan masih bujang adalah lebih tabah dan kuat ketika berada di medan peperangan berbanding dengan mereka yang telah berkahwin. Justeru itu Cladius II menghalang para pemuda dari berkahwin.
Namun demikian St.Valentine menentangnya dengan keras dan beliau telah melakukan upacara pernikahan terhadap para pemuda-pemuda Rom secara sulit. Aktiviti St. Valentine ini akhirnya dapat diketahui oleh Cladius II lalu beliau mengarahkan St. Valentine ditangkap dan dihukum gantung pada 14 Februari 269 M.
- Pendapat ketiga. Ia dirayakan sempena kejatuhan kerajaan Islam Andalusia di Sepanyol. St. Valentine merupakan individu yang memainkan peranan penting dalam usaha menjatuhkan kerajaan Islam pada masa itu. Disebabkan sumbangan beliau itu, St. Valentine dianggap sebagai kekasih rakyat. Tanggal 14 Februari 1492 merupakan tarikh kejatuhan Islam di Sepanyol dan dianggap pada hari itu hari kasih sayang kerana mereka menganggap Islam adalah agama yang zalim.
- Pendapat keempat. Sambutan hari Valentine ini bersempena dengan sifat burung yang musim mengawan burung yang jatuh pada 14hb Februari. Ini merupakan pendapat tradisi orang Inggeris.
Di sini kita dapat melihat dengan jelas bahawa asal-usul sambutan Hari Valentine ini tidak ada hubung-kaitnya dengan budaya serta agama bagi umat Islam.
Hukum sambut Valentine
Sebagaimana yang termaktub di dalam al-Quran dan al-Sunnah serta disepakati oleh generasi awal umat Islam hari kebesaran bagi umat Islam yang mana disyariatkan bagi kita menyambutnya hanyalah Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha.
Ini sebagaimana yang firman Allah SWT: Bagi tiap-tiap umat, Kami adakan satu syariat yang tertentu untuk mereka ikuti dan jalankan, maka janganlah ahli-ahli syariat yang lain membantahmu dalam urusan syariatmu; dan serulah (wahai Muhammad) umat manusia kepada agama Tuhanmu, kerana sesungguhnya engkau adalah berada di atas jalan yang lurus. (al-Hajj: 67)
Anas bin Malik r.a berkata: Nabi SAW pernah datang ke Madinah sedangkan penduduknya memiliki dua hari raya. Pada kedua-duanya mereka bermain-main (bergembira) di masa jahiliah. Lalu baginda bersabda: “Sesungguhnya Allah telah menggantikan kedua-duanya bagi kamu semua dengan dua hari yang lebih baik, iaitu hari raya Aidiladha dan Aidilfitri”. (riwayat al-Nasaai, no: 959).
Oleh itu hendaklah umat Islam membataskan diri dengan menyambut hari-hari perayaan yang diiktiraf oleh Allah dan Rasul-Nya khusus untuk umat Islam. Setelah berakhir zaman salafussoleh iaitu tiga kurun terbaik bagi umat Islam, pelbagai hari perayaan telah ditambah ke dalam kalendar umat Islam seperti Maulid al-Rasul, Israk Mikraj, Maal Hijrah, Nuzul al-Quran dan lain-lain.
Namun demikian apa yang mendukacitakan adalah umat Islam pada zaman kini telah mula merayakan hari-hari perayaan yang langsung tidak berkaitan dengan umat Islam. Malah ia berasal dari budaya serta agama golongan yang ingkar kepada perintah Allah S.W.T. seperti sambutan Tahun Baru Masihi, Hari Halloween dan juga Hari Valentine yang sedang kita perbincangkan ini.
Terdapat larangan daripada baginda s.a.w. untuk meniru budaya orang bukan Islam dan bagi mereka yang meniru budaya seperti ini ditakuti mereka akan tergolong bersama dalam golongan tersebut. Sabda baginda: ”Barang siapa menyerupai satu kaum, maka dia termasuk golongan mereka”. (riwayat Imam Abu Dawud, hadis no: 3512).
Tentang hukum menyambut Hari Valentine, Sheikh al-‘Utsaimin berkata: “Maka bila dalam merayakan Hari Valentine tersebut bermaksud untuk mengenangkan kembali St. Valentine, maka tidak diragukan bahawa orang itu telah kafir. Dan jika tidak bermaksud begitu namun sekadar ikut-ikutan kepada orang lain, maka orang itu telah melaksanakan dosa besar”.
Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71 yang bersidang pada 22 hingga 24 November 2005 memutuskan: “Bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam”.
Harus kita ingat bahawa golongan yang memusuhi Islam, akan sentiasa berusaha menanamkan benih-benih kesesatan dalam jiwa umat Islam supaya mereka jauh dari jalan yang lurus lagi diredai Allah SWT.
Firman-Nya: Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): “Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam itulah petunjuk yang benar). (al-Baqarah: 120)
Oleh: Mohd. Yaakub Mohd. Yunus
Sumber: http://www.utusan.com.my
Korang ada tengok RAJA LAWAK skang ni kat ASTRO ? Yang takde tu , maaf la yer.. Aku tak rasa peserta tu lawak sangat tapi bila tang David Teoh bercakap tu , aku mmg tak leh tahan dah.. Mmg bantai ketawa .. Bukan nak perli dia , tapi mmg lawak la... dengan pantun tak kena .. dengan bagi komen pon berabur ..
Aku syorkan untuk mendapatkan lagi ramai penonton di waktu secara langsung , aku cadangkan pihak ASTRO buat satu pertandingan ..
Pertandingan apakah yang aku nak syorkan tu ? Haa.. Senang punya contest la.. SILA SUSUN AYAT YANG DIUCAPKAN OLEH DAVID TEOH ! Haa... amacam ??
Haha.. sori tuan penerbit .. hahaha.. tapi aku salute dia !! Camana pon dia tetap nak gak cakap dalam Bahasa Melayu walaupun berabur... Orang kita ? Hehe.. no komeng ...
ops.. En. David Teoh , saya bergurau je.. ;) .. Apa pun mmg tabik sbb jaga kebajikan pelakon pelakonnya ...
Segmen yang baru dilancarkan tadi bertujuan untuk mendapatkan tindakbalas dari blogger yang bijak pandai.. Haa.. tau tau je la kan.. blogger kebanyakkan terpelajar.. aku je tak abis belajar.. huk huk ..
WWW.1TUBE.MY , adalah produk tempatan ... mmg menarik ! Idea mereka mmg best.. akan menyeluruh satu hari nanti.. Sekarang apa yang korang nampak hanyalah sebahagian.. Projek jangka panjang nehhh .. tapi sekarang pon dah mabeles !! ..
Ok.. sekarang kita tengok pendapat blogger sekalian mengenai VLOG aku yang pertama di mana pihak 1Tube.My yang menerbitnya dan juga mengenai 1TUBE itu sendiri :
Ok.. setakat ni ... tu je.. korang lak camana ? Berminat nak mencuba? sila baca entri diatas ini ...
-TUTUP-
Ehem.. kejap je kan dah ? Baru je cuti minggu lepas.. dah cuti lagi.. hehe.. i likee.... Ok .. seperti biasa , aku akan buat satu segmen untuk hujung minggu.. Segmen ni mudah jer ... tarak susah punya ... Berkaitan dengan projek aku ari tu.. jadi nak tanya pendapat korang .. tu jer ..
Untuk melayakkan menyertai segmen ini , anda dikehendaki buat satu entri :
Setiap pendapat akan diletakkan dalam entri promosi blog ... Tarikh tutup , Ahad ini ...
Menyampah ?? Tak boleh !! Meluat ??? Pon tak boleh !! Tensen ?? Takde kaitan !! Bengang ?? Apa hal lak ??? Dah tu ?? Nak kata apa ??
Ok.. aku tau.. Rabun ?? Mmg dah pon ! Erk.. Malas ?? Tak kot !! Erk.. cuaca gelap ??? Terang je biasanya .. Hurm... Sengaja ?? Tak laa...
Dah tu ?? Aku mmg selalu keliru.. hehehe.. Korang rasa apa ? Perangai ni dari sekolah dulu la sampai ke sekarang ni , tak reti reti nak amik berat langsung !
Ok.. aku selalu pakai stokin ,sebelah lain .. kadang kadang color pon berbeza... zaman sekolah , sebelah stokin belang , sebelah lagi semua putih... camana tu ? Pk la sendiri.. aku tak larat pk dah !
Kali ni aku tukar tajuk.. nak jadikan antara promosi entri wajib blog aku ... Kalau nak terpilih , bolehlah memacak muka di FB aku , BEN ASHAARI dan SANTAI BEN ASHAARI .. Cara gini aku leh perasan skit .. okeh ? Terima kasih ..
Maka , untuk petang ni .. entri pilihan adalah ;
Pagi itu aku bangun awal, awal sikit daripada biasa. Aku sedar, hari ini merupakan hari yang terakhir aku bergelar seorang bujang. Disaat ini, aku tiba-tiba merindukan zaman bujang gua. Tapi tak apa, ramai orang kata kawen itu best...:p
Aku bangun kasi mengeliat sesedap rasa kasi regang2kan otot baru padu. Dengar khabar malam ini otot aku perlu beraksi hebat. Itulah kata-kata orang yang pernah berkahwin kepada aku.Aku pun tak pasti nak beraksi macam mana. Aku memang inesen tentang bab-bab macam nih.
Selanjutnya > sini
http://alyaeyanaqaisara.blogspot.com
Teringin nak guna color pink pada blog aku.. Tapi nanti kata aku tiru blogger perempuan lak .. hurm ...
Gulp.. serius.. aku tak tahu pon aku dah popular.. eh.. BEN ASHAARI .. haa.. kalau aku popular la kan , mesti aku masuk tv.. kan kan ? Haa... mesti aku masuk suratkhabar cam bro EQ .. haa.. cam dia layak popular .. seantero dunia blog kenal dia dah.. kan kan ? Siap dapat email layang lagi.. Kalau aku dapat email layang la kan , aku reply sekali ngan dumbell .. sebagai tandamata dari BEN ASHAARI .. boleh ?
"SCC nak ucapkan secara personal..
TAHNIAH sebab abg ben dah berjaya menempa nama dalam dunia blogging..
siap masuk mjlh sana sini.
SCC hrap dapat jd mcm abg ben suatu hari nnt..
tengss jugak sbb da jadi inspirasi kpd ktorang semua utk terus maju dlm dunia blogging.. " > ucapan dari SCC menerusi FACEBOOK ..
Serius ! Aku tak pernah anggap aku dah berjaya dalam dunia blog ni.. Apatah lagi popular ... best kalau gitu weh !! Kalau aku dah popular , seminggu sekali je aku update blog .. blog aku senantiasa penuh dengan pembaca.. Tapi tak pon... Aku kena update blog setiap masa... Haa.. tu tandanya aku masih mencari kejayaan.. bukan senang kan ?
Jadi kata kata mereka tu salah la kan ?? Alhamdulillah.. bermakna aku kena terus berusaha .. I LIKE !!!
Ehem ... aku tau .. mmg best komen dibalas .. mmg tensen kalau tak balas komen kan ? Macam cakap sorang sorang .. hehehe .. i likeee ... bukan i like tak balas tu haa tapi suka la balas komen pembaca ..
Tapi cara aku lain .. aku suka pembaca komen .. tapi bila komennya menarik , maka aku balas dalam bentuk entri.. Kenapa dalam bentuk entri ? Sebab satu penghargaan padanya kerana memberi komen yang logik , ikhlas serta membuka minda ..
Komen yang sebegitu rupa patut dikongsikan dengan pembaca lain .. maka dijawab dalam bentuk entri agar jawapan pon boleh lebih panjang .. dan sebagai membalasnya , aku pon mempromosi blognya , jika dia ada blog ..
Ada satu lagi sebab utama kenapa aku tak membalas komen atau jarang mengomen di blog orang .. Sebab itu , biarlah aku simpan untuk diri aku saja ... Sebenarnya ianya satu 'senjata' utama aku ... Adakalanya , kita perlu simpan sesuatu untuk kita bukan ? Resepi kejayaan aku , antaranya ... :)
Serius.. confirm ke ? Confirm la siot .. Dulu ramai kata aku popular sebab aku kacak ! Wah... kacakkah aku ??? Kacang ada la... Tang mana kacak pon tak tau laa...
GEGAR 1,000 BLOG memberi aku peluang untuk melawat blog blog yang terbaru serta terkini malah lebih anggun gitu .. Aku sempat masuk ke beberapa buah blog yang ada dari 1,000 tu ..
Pemilik blog , mmg ada rupa.. Malah headernya pon turut dipacakkan mukanya sebagai trademark ! Haa... mmg terkelip kelip la bijik mata bila tengok header dia.. Tak kira la laki ker perempuan blogger tu tapi yang aku pasti sangat , kenyataan BLOGGER KACAK / CUN GERENTI POPULAR tu ternyata salah !!
Kenapa aku kata salah , sbb tak ramai pon pengunjung blog mereka tu .. Tapi apa yang aku nampak , mereka menghasilkan entri entri yang menarik .. Kira baca pon berbaloi la .. Cuma apa yang kurang ialah strategi memasarkan blog mereka tu ..
Ada blogger cakap , tak payah promosi blog ni .. Nanti ada la orang tau ! Ehem.. Malaysia , aku amik contoh la yer .. Negara yang amat menarik sekali untuk dilawati.. Pelbagai tarikan ada di negara ini .. Tapi negara Malaysia ini , baru je dikenali dunia tau ! Sebelum ni , orang di luar sana tu tak tau pon akan kewujudan negara MALAYSIA ni ! Berkat promosi pelancongan bertahun tahun lamanya , barulah negara tercinta ini dikenali.. Bukan sehari dua tapi bertahun tahun ! Lama tau !!
Jadi , blog yang bagus entrinya takkan lengkap sekiranya tiada promosi .. Tengok la filem filem yang box-office cam AVATAR , SPIDERMAN dan banyak lagi.. setahun sebelum keluar panggung , diorng dah war warkan .. Ni blog yang mana penulisnya cumalah dikalangan orang biasa tetapi nak dikenali tapi tak nak buat promosi.. camana tu ? Harapkan pembaca war warkan ? Hellooo... cermin sat muka kita tu ...
Kesimpulan .. raut wajah adalah no 3 .. entri no 1 ... promosi no 2 .. barulah blog kita berada dalam hati pembaca .. Ini sekadar pandangan aku .. Tak setuju ? Tak kisah.. Setuju ? Senyum je la yer..
Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin
(sertai facebook DrMAZA.com)
Dunia Arab bergolak. Dari Tunisia ke Mesir dan biarlah ia menjalar ke seluruh pelusuk daerah yang dikuasai oleh rejim yang zalim; yang menghina agama, menghisap darah rakyat, memundurkan negara, memerintah untuk kepentingan kroni dan keluarga, mengaut kekayaan peribadi sedangkan rakyat dalam kemiskinan. Memang sepatutnya telah lama ia bergolak. Persis seperti kata ‘Ali bin Abi Talib r.a:
“Sesungguhnya binasanya manusia terdahulu kerana mereka menghalang kebenaran sehingga ianya dibeli. Mereka membentangkan kezaliman sehingga ianya ditebus”. (Ibn Muflih, Al-Adab al-Syar‘iyyah, 1/201, Beirut: Muassasah al-Risalah).
Rakus
Dunia Islam adalah dunia yang kaya. Kedudukan negara-negara umat Islam amat strategik. Malangnya, ramai para penguasa yang zalim dan korupsi menguasai politik. Lihatlah Tunisia, walaupun majoriti penduduknya muslim tetapi pemimpinnya di samping zalim dan khianat, mempersendakan agama; memperlekehkan puasa Ramadan, mengharamkan tudung kepala (hijab) ke atas wanita dan pelbagai lagi
Isteri Ben Ali bekas Presiden Tunisia yang diusir oleh rakyatnya bernama Leila al-Tarabulusi yang dulu ‘First Lady Tunisia’, dilaporkan oleh media Perancis membawa lari emas Tunisia ke Dubai seberat 1.5 tan. Semasa berkuasa, beliau atas nama suami bermewahan dengan harta negara. Padah perbuatan suami, ditambah dengan sikap ‘berlebihan’ isteri dan keluarga.
Lihatlah Mesir, jika pemimpinnya amanah betapa besar kekayaan yang dapat dikaut dari hasil Suez Canal atau Terusan Suez yang menghubungkan antara Laut Mediterranean dengan Laut Merah. Tax dari terusan tersebut jika diuruskan dengan betul menjadi sumber yang amat besar untuk negara itu. Bahkan dikatakan mampu membiayai setiap warga Mesir.
Mesir ada gas. Mubarak salurkannya kepada negara haram Israel. Israel membeli gas Mesir lebih murah dari rakyat Mesir sendiri. Sungai Nil yang subur tidak diusahakan secara bersungguh oleh Kerajaan Mesir, bahkan mereka masih mengimport makanan dari luar. Rakyat Mesir ramai yang hidup dalam kemiskinan. Dilaporkan lebih 42 peratus dari 81 juta lebih rakyat Mesir berada di bawah paras kemiskinan. Jutaan rakyat hidup tanpa rumah dan makan. Peranan Mubarak hanyalah menjaga kepentingan diri, kroni, Israel dan Amerika!
Itu di Mesir, di sana masih ada lagi Syria, Yaman, Morocco dan lain-lain yang hampir sama keadaannya. Malang sekali, di bawah rejim-rejim yang berkuasa itu media dibisukan, fakta dibohongi dan rakyat diperbodohkan. Nyawa dan darah rakyat begitu murah. Mereka menyeksa dan membunuh pengkritik. Gambar rejim-rejim ini diangkat dan disanjung secara upah ataupun paksa. Rakyat hidup menderita dan kelaparan. Kekayaan dibahagi secara songsang. Harta setiap pemimpin dan keluarga mereka mencecah ratusan billion dolar, sedangkan pendapatan rakyat tidak sampai satu dolar pun sehari. Bahkan ada pendapatan yang tidak sampai seratus ringgit Malaysia sebulan.
sambung > DRMAZA.COM