Salam ..selamat pagi ... Sejuk pagi ni ... hehe...Hujan lebat pagi tadi ... kan kan ?
Hurm.. pagi pagi lagi dah bagi tips blog eh ? Tak la .. ni bukan tips.. sekadar pendapat aku sebagai blogger baru jer ... Ok .. sebelum aku mulakan , apa kata kita fikir sejenak ... Siapa kita dalam dunia blog ini ? Apakah kelebihan yang kita ada ? Kekuatan pada blog kita ? Publisiti blog kita ? Perghh.. cuba fikirkan semua itu ..
Aku , hanya insan biasa di Malaysia ini.. Tiada nama , tiada pangkat , tiada harta .. Jadi bagaimana aku nak 'jual' blog aku ni pada pengguna pengguna internet di Malaysia ini ? Hurm.. Camana eh ? Satu cabaran kan ?
Apakah memadai jika aku letak satu entri yang mana aku rasa berkualiti untuk pembaca blog aku ? Persoalannya , jika entri aku berkualiti , bagaimana pula dengan pembaca aku ? Apakah mereka nak makan makanan yang penuh dengan khasiat setiap hari ? Mereka tau air coca cola tak elok untuk kesihatan kan ? Tapi ada gak yang masih minum..Ramai pulak tu ?
Formula aku .. dalam 10 entri sehari , sekurangnya 8 punya info dalam tu.. Tak perlu dari mula hingga abis entri itu , segalanya kualiti...
Mmg sepatutnya kita hidangkan makanan yang berkhasiat tapi kita kena bijak untuk menarik mereka .. Kalau terus hidang makanan berkhasiat , ada yang terus tolak ketepi .. tamo makan... Sapa rugi ? dia ? Kita pon rugi gak .. Sbb itu mula mula kita bagi makanan yang standard .. Sesekali kita hidangkan makanan yang berkhasiat .. Lama kelamaan , dia akan tertarik dan suka .. Kena lembut dalam memaksa .. Tak leh tegas terus ...
Takde masa ? :) Tak pe.. mana yang termampu jer ...