Mungkin korang pernah dengar perkataan LINE CLEAR kan ? Tapi kalau Nasi Kandar LINE CLEAR , camana pulak ? Ok... Haaa... Baru tadi , aku singgah sekali lagi LINE CLEAR .. Seingat aku , aku pernah singgah sekali jer ..
Terletak di Jalan Penang , LINE CLEAR ni senantiasa menjadi tumpuan ramai termasuk pihak berkuasa tempatan.. heheh .. Gambar kat bawah ni , kat LINE CLEAR..Sedap ker ??? Rujuk gambar di bawah sekali ..
Dan ... 10 minit kemudian ..
Blurppppp.... Alhamdulillah ..... Amacam ?
Dalam entri aku INI , alhamdulillah .. mendapat respon dari rakan rakan pembaca dan juga blogger ..
Ada yang fikir aku ini tak leh 'dicili' gak ...Katanya aku pandai 'mencili' orang lain dalam entri aku ... Kalau dibaca betul betul dalam entri aku , setiap kali aku bidas seseorang , aku beri gak pendapat dan juga cadangan untuk kebaikkan bersama .. Aku bukan jenis mencili jer orang pastu blah cam tu jer .. Apa guna gitu kan ? Tak baik la.. Itu akan membangkitkan ketidakpuashatian orang yang terasa ..
Entahlah , mungkin ada yang tak reti baca abis ... Bila ada blog kritik aku atau bidas aku dalam entri , aku akan menjawabnya dalam blog aku .. Aku menjawab bukan sebab aku melenting tapi aku memberitahu situasi sebenar... Tetapi yang aku tak puashati ialah , mereka hanya pandai bidas tetapi tidak pandai langsung mencadang ! Tu yang aku tak gemar !! Kalau takat bidas , aku pon boleh.. setiap blog ada je kelemahan .. Mana ada blog yang sempurna kan ?
Sebab itu aku kata , perlu ke komen yang pedas terhadap sesuatu entri ? Jawapannya , Perlu jika perlu ... Tidak , jika tidak membantu perkembangan blog itu ..
Aku seorang yang terbuka .. Jika logik , aku terima .. Jika tak sesuai dengan identiti aku , maafkan aku.. aku terpaksa tolak ...
Aku kembali ke satu konsep yang aku buat dulu ... " tinggalkan komen di blog agar pembaca tertarik pada si pengomen tu .. " dan jika bernas , logik serta berhemah komennya itu maka aku akan jadikan dia BLOGGER PILIHAN , sekiranya dia ada blog ..
Kalau takde blog camana lak ? Tu aku tak leh nak kata apa la kan .. Jadi buat mana mana pembaca di blog ini yang ada blog , pastikan di profile korang tu ada isi segala infomasi yer ..
Jadi sehingga skang aku dah pilih 3 blogger pilihan berdasarkan komen komen mereka semalam .. apa yang aku cuba buat ialah menunjukkan tips memikat blogger di dalam komen mereka ..
Tidak ikhlas ? Bagi aku , ikhlas atau tidak , kita tak tau .. Tapi itu lebih baik dari dia drop komen yang tah hapa hapa kan ? Baik dia memikirkan cara untuk pikat blogger tu dengan komen komen dia ..
Puji ? Puja ? Aku rasa blogger tu tau mana satu komen .. dan mana satu nak ... heehhe... masing masing dah bijak..
Bila aku post entri , aku tak harapkan pujian .. apa yg aku harapkan cuma respon dr pembaca yg berguna utk aku dan pembaca yg lain ... Berkongsi maklumat , dlm erti kata lain ...
Bg aku dunia blog ni bukan satu kelas pengajaran penulisan karangan .. Teknik penyampaian adalah berbeza beza ..Itu yg membuatkan ianya menjadi lebih menarik ..
Mereka yg gemar kritik membabi buta adalah dari golongan yg kurang peka .. membaca entri dari satu sudut yg sangat sempit .. mencari kesalahan lalu melepaskan ke dlm komen ... Ada mereka ucapkan terima kasih pd penulis blog tersebut atas maklumat yg disampaikan walaupun sebesar kuman ?
Kritikan terhadap blog membantu menjadikan penulisan blog lebih bermutu ? Aku rasa tak perlu kritik ..lebih cantik lagi jika berkongsi pendapat ... Kritikan akan menghasilkan blogger yg berpura pura .. inginkan kesempurnaan tapi melepaskan identiti yg menjadi dirinya unik ..lain dr yg lain !
Ada yang mintak aku tunjukkan perjalanan ke Balik Pulau.. Sebenarnya perjalanan ke Balik Pulau ni , satu tika dulu menakutkan aku .. lebih lebih lagi bila malam .. Perghh... evil dead wehhhh...
Pernah ayah aku takutkan aku dengan cerita tentang komunis yang berlambak kat situ .. Yelah, kawasan hutan .. diorng menyorok kat situ... Hurm.. Cam semalam , dia cerita sewaktu dia masih budak... Selalu main bawah rumah .. Tika tu , tentera Jepun dah berundur .. Dia suka main bawah rumah.. Ada sekali tu , dia dok selongkar bawah rumah dan jumpa beratus ribu duit note Jepun ( masa tu dipanggil duit pokok pisang ) .. Dan dia dok buang gitu jer .. Gamaknya skang ni mesti jadi duit antik gitu kan ?
Permandangan dari bilik hotel ..
Mak sedara aku dan durian hasil dari pokok sendiri..Mmg berantu !! Dok pk , camana nak bawak balik KL ! Hurmm..
Dan bawah ni , perjalaanan ke Balik Pulau ...
Antara dusun rambutan milik ayah aku..
3 hari , trafik jatuh dari yang sepatutnya .. Tak pe lah .. aku redha .. Bila trafik jatuh , aku sangkakan ranking ALEXA aku dalam negara pon jatuh .. Yelah , semalam aku check , dari 183 dah jadi 184 ... Dan malam ni aku check ...
180 !!! Satu lagi rekod baru aku dicipta !! huhuh.. Masih mengekalkan TOP 5 BLOGGER MELAYU di Malaysia .. lalalala... Alhamdulillah ..
Trafik ari ni ... biasa jer .. sbb takde entri 'panas' .. Yelah kan , aku kan balik kampung jer .. Jumlah entri pon ada 13 jer.. tu pon aku rasa pendek pendek belaka .. Tapi alhamdulillah , ramai rakan sudi mengomen jugak !! Dan menariknya banyak yang membina .. Terima kasih ...
Hurm... 180 .. aku tak sangka boleh naik lagi .. Yelah , ari ni kan aku ke Pulau Pinang .. nak g settlekan masalah tanah ayah aku ni .. Hurm.. bukan sebab nakkan tanah tu.. Kitorang ( aku dan adik laki ) pon dah cakap kat ayah yang kitorang tak nak tanah tu .. Kasi je kat adik perempuan kitorang ...
Tapi bila dibincangkan semula , samada kitorang tak mau sekali pon , itu bukan hak kita .. Tanah tu adalah tanah pusaka .. Kalau kitorang tak nak , anak anak kitorang tak semestinya tak nak kan ?
Mana la tau satu hari nanti .. " Ayah , kita tak de kampung ke ? Orang lain semua ada buat rumah kat kampung .. Takkan ni kampung kita kot ? Asal usul kita kat mana yer ayah ? Moyang dulu tinggal mana ? "
Tu dia... bayangkan jika itu yang ditanya .. mau mengigil nak jawab.. huhu .... Menyesal pon boleh jadi woo nanti .. Dan seperkara lagi , tanah di Pulau Pinang semakin mahal ... Skang ni pon dha mencecah ratusan ribu ringgit... Tak lama lagi ?
Silap silap ? hehehe... rezeki jgn ditolak.. tapi yang paling penting , tanah di kampung tu sebenarnya adalah penyambung kepada persaudaraan adik beradik agar tidak hilang dek zaman berzaman ... Bukan kerana duit semata mata ... kan kan ?
Hurm.. akhirnya , landing ke bilik hotel.. Katil ada dua .. penghuni ada tiga .. nak mintak katil tambahan ? Kena tambah $$ .. malasss... membazirrr... huhuh.. aku rela tidur kat bawah jer.. kasi adik n ayah aku je tidur atas katil... bagus aku kan ? hehehe..
Sewaktu di Balik Pulau dan Tanjung Tokong tadi , cerita yang aku dengar dari kedua dua belah pihak ada dua .. Satu , bab penyakit .. dua bab $$ .. Politik , tak yah amik kira laa .. tu mmg sah wajib punya ..
Bab penyakit .. hurm.. aku risau gak sebenarnya ... Yelah , bila dah cecah umur begini , dengan aku mula kurang bersenam ... maka penyakit mudah hinggap ..
Antara yg menakutkan ialah kencing manis .. Tapi sebenarnya ramai terlupa , yang merbahaya adalah jantung ... Kurangnya prihatin mengenai penjagaan makanan menyebabkan kolestrol mula 'bertapak' dalam saluran darah kita dan akhirnya , serangan jantung berlaku ...
Lihat kejadian yang akhir akhir ini berlaku .. Mmg ajal .. itu kita tau .. tak boleh nak nafikan semua itu .. tapi kalau kita tak jaga , maka muda muda lagi kita akan 'derita' dengan rutin makan ubat !
Fikir fikirkan ...