Bila dapat komen begini , maka ada yang akan fikir ..
" Ala.. dia nak kita follow blog dia je tu " atau " Ni nak bodek jer " .. tapi kita terlupa tang satu ayat yang patut diberi penekanan iaiti ..
" asyik dengar dr mulut kwn sepejabat "
Bukti bahawa blog kita ini diterima ramai ialah bila blog kita menjadi perbualan .. Tak kira bagus atau tidak .. Puji atau keji ... Mereka membicarakannya ..
Bila mereka membicarakannya , pasti akan tergerak hati untuk melihatnya sendiri .. Bila mereka masuk dan lihat , jika sebaliknya dari apa yang digembar gemburkan itu , maka kita akan dapat pembaca baru yang bakal setia menanti entri terbaru kita atau sebaliknya ..
Cara begini akan menghasilkan FOLLOWER yang asli .. Mereka berminat kerana cerita kita .. Sebab itulah segmen menjadi medan promosi blog terbaik bagi aku .. Segmen juga bertindak menjadi medium agen pengiklanan bagi para bloggers ..
Cara paling pantas untuk mengiklankan blog setiap hari adalah dengan menyertai SEGMEN para blogger .. Bila dah meletops , barulah keluar dari kempompong yang ada sekarang ..
Join segmen , bukan bererti merendahkan martabat blog tapi adalah langkah awal untuk mencari tapak bagi mendedahkan diri dalam dunia blog ..
Cuma mereka yang tak faham akan mengatakan bahawa segmen ini membuang masa .. Mereka cuma fikirkan mengenai 'kulit' ... tak berminat langsung untuk menerokai lebih mendalam ..