Sepanjang aku berada di malam DIGI WWWOW AWARDS tadi memberi aku satu pengajaran yg amat bermakna sekali .. Mungkin ada yang tersenyum lebar bila nama BEN ASHAARI.COM tak diumumkan tapi .. aku tetap berbangga.. dengan umur blog yang setahun lebih ,ditambah lagi dengan mereka yang bukan sebangsa dengan aku telah mengenali blog aku !
Puas ! Aku cukup puas bila tengok nama blog aku terpampang disitu untuk tatapan umum ..
Pesanan aku buat semua blogger yang selalu kunjung blog aku ni .. elakkan diri dari dok perasan blog kita popular .. Kenapa ? Bukan semua orang kenal pon blog kita ni.. Macam aku kata dulu , hanya sekumpulan kecil terutama yang biasa bermain dengan kita saja yang mengenali kita .. Maka elakkan dari malu sendiri ..
MAcam korang dok kata blog aku ni popular .. Aku sering nafikan .. Kenapa ? Tadi sewaktu nama blog aku diumumkan , aku tak dengar satu tepukan pon berbanding Anuar Hadi..
Namun begitu , aku berbangga bila ada blogger dan juga usahawan online berbangsa cina mengenali blog aku dan juga tau akan blog aku ni.. Apatah lagi bila dia sebut carian blog aku antara tertinggi di google.. melebihi satu juta katanya ! STRATEGI AKU MENJADI !
Ini membuatkan aku lebih bersemangat untuk menghasilkan entri entri yang lebih unik dan kreatif di masa akan datang .. InsyaAllah .. Aku belum kalah kerana perjuangan aku baru bermula !
Kalah tapi tetap indah ...