Setiap hari ada saja blogger baru muncul .. ibarat baru lahir tapi punya idea tersendiri ... Ada yang mengandaikan mereka ini 'baby' lagi dalam dunia blog ini .. Ada yang yang mengandaikan diri mereka umpama jerung yang bakal menganas nanti dengan setiap entri mereka ..
Tak kira apa pon perumpamaan mereka , aku yang berada di tempat mereka dulu ingin sekali berkongsi pengalaman aku .. Pengalaman yang mana jangan terlalu cepat menilai blogger blogger yang sudah pon berada pada status tertentu , samada popular ke , otai ke , power ke atau sebagainya la yang mana status tu sebenarnya diorang tak hengin pon tapi diberi oleh blogger blogger tertentu atas niat menghargai mereka ..
Apa yang aku perasan , ada antara blogger baru ni tak suka dengan sikap blogger lama .. Kononnya sombong , berlagak , pastu suka kaitkan dengan jumlah follower padahal entri tak best pon , dan banyak lagi .. Taukah kita sebelum mereka menikmati semua itu , bagaimana mereka bersusah payah dulu ? Sewaktu mereka mula berblog , kita sendiri pon belum kenal apa itu SEO , TRAFIK malah tak tau langsung blog boleh menjana pendapatan sampingan ..
Mereka ( blogger lama ) dah menurunkan segala ilmu mereka secara tidak kita sedari .. Aku amik contoh .. Aku turunkan tips bagaimana nak menjana pendapatan dari iklan .. Apakah korang rasa tips tu aku dapat sewaktu tidur ? Sudah semestinya aku dapat melalui pembacaan aku di blog orang lama yang mana terlebih dahulu mengetahuinya melalui blog blog terdahulu ..
Dan seringkali mereka rasa blog blog lelaki terutamanya , mendapat populariti dengan memacakkan wajah kacak mereka pastu dapat ramai pembaca wanita .. Tidakkah korang sedari , apakah dengan memacakkan muka saja dah cukup ? Mat Gebu tak pacak pon muka.. Popular gila dia dikalangan wanita .. Dan banyak contoh lagi tapi korang je tak nak bukak mata hati untuk melihat.. Kita lebih suka lihat dengan cermin mata syaitan .. Sebab itu irihati timbul lalu mengeluarkan entri pelbagai .. Anti sana sini ..
Aku cakap sbb aku ada pengalaman .. Aku tahu apa yang korang rasa .. Rasa seolah kita boleh hasilkan entri yang jauh lebih bagus dari blogger blogger lama .. tapi tidak mendapat sambutan .. Cuma tengok balik diri tu.. bandingkan dengan blogger lama .. Satu hari berapa jam mereka berada di depan pc .. Sehari berapa jam mereka mengkaji arus dunia blog ni . Sudah berapa lama mereka 'mengusung' blog mereka ?
Hurm .. Cakap mmg mudah . Buat blog , semua orang boleh .. Tulis entri bermutu , semua orang mampu .. Tapi mampu ke nak hasilkan entri bermutu hari hari ? Mampu ke nak promosi blog hari hari ? Mampu ke nak g blogwalking hari hari untuk menegur blogger blogger lain ?
Takat sehari 10 blog mungkin boleh.. tapi kalau trafik dah sampai beribu sehari , mana satu nak korang tengok.. blog sendiri atau blog orang lain ?
Jangan cepat nampak salah orang lain .. Apa yang patut dilakukan adalah fikir bagaimana nak berada ditempat mereka .. Dan bagaimana nak kekalkannya .. Nak naik mudah.. nak kekal ??