Sambung dari entri tadi.. Masih dengan perasaan terharu , bersyukur yang teramat sangat .. Rezeki yang aku pohon dari Allah sewaktu berbuka puasa tadi diberiNya dalam bentuk yang sangat tidak disangka ..
Jiran sebelah bagitau aku ngan wife sewaktu nak keluar ke masjid.. Dia suruh aku ke Masjid Besi.. Katanya Imam malam ni adalah Syeikh Muhammad Jibril ..
Aku kerutkan dahi .. Aku pandang wife.. Jiran aku tu ustaz sekolah.. Menurutnya imam besar dari Mesir .. Aku oh kan je la.. Tapi masih terpinga pinga..
Nak kata apa dah kan.. Buta pengetahuan .. heheh.. Aku terus drive ke sana ... Jammed !! Ramai gila orang turun .. Pergh.. Tak sempat aku nak tangkap gambar sbb aku sampai dah masuk Isya' .. Terus solat .. Mmg dapat saf ke 10 ke atas gitu.. Jemaah perempuan kat belakang .. Budak budak , bermain .. tak kisah la.. suara diorg mmg kuat la... hehehe..
Selepas solat Isya ' , ada pengumuman dari pentadbir masjid .. Memberitahu bahawa solat terawikh malam ini diimamkan oleh Syeikh Muhammad Jibril Mesir .. Katanya cuma 8 rakaat saja berbanding 20 rakaat semalam ..
Aku tengok satu bro dah senyum .. Pengumuman belum abis.. Ditambah lagi , tetapi 8 rakaat itu akan dibaca sehingga setengah juzuk .. disusuli witir dan doa yang panjang .. Muka mamat tadi berubah ! Aku nak ketawa.. tapi aku diamkan je la..
Sewaktu dalam kereta , aku dah bagitau wife.. witir kita buat kat rumah jer ... hehehe.. Tapi bila dah mula terawikh.. dengar dia baca... Walaupun aku berpeluh peluh kepanasan tapi aku tak nak berganjak dari situ .. Rasa rugi gilaa... bukan senang nak merasa berimamkan beliau .. Entah merasa lagi ke tak ..
8 rakaat .. Aku tngk , 2 rakaat pon ramai dah beransur.. Makin lama makin kurang .. dan aku dari saf ke 10 , akhirnya berada hampir dengan dia ..
Bayangkan suara dia ketika membaca surah .. Tenggelam suara budak budak yang sedang bermain kat belakang .. Haaa... Aku sendiri terpaku dengar suara dia berkumandang dalam dewan masjid tu.. Tak bergerak kaki aku walaupun lenguh berdiri lama..
Mungkin sebab itulah tadi tengahari , aku balik tidur.. dan petang tadi , aku tidur sekejap.. Seolah olah bersedia untuk malam ini .. huhuh..
Sayangnya , aku tak faham bahasa arab.. Berbeza ngan wife , dia sekolah arab ( madrasah di Kelantan ) , maka kelebihan untuk dia .. Bak kata sahabat aku , JIJI YU ,
" hoo kalo kat mesri..pergh..dgn qunut die..goyang jugak lutut rasanya "
Tadi mmg dia baca qunut gak .. Mmg panjang arrr.... Dan terus terang , rasa tak puas solat tadi ngan dia ... huhu .. Namun tetap bersyukur.. itu saja rezeki aku malam ini .. Alhamdulillah ..
Keluar dari masjid , perkara pertama aku buat ialah .. google .. Cari sapa dia Syeikh Muhammad Jibril ni ... maka dapat la jawapan .. Terkedu aku .. Mmg dulu aku dok dengar la mp3 bacaan Al-Quran yang mana dia sendiri membacanya .. cuma aku ni spesis tak amik tau sapa yang dok baca .. hehehe.. Teruk kan ? Jangan ikut cam aku.. hehe..
Sapa dia ? antara jawapan yang aku dapat ..
" Beliau adalah Syeikh Muhammad Muhammad Sayyid Hasanin Jibril ataupun lebih dikenali dengan nama Sheikh Jibril. Dilahirkan di daerah Qalyubiyah, Mesir. Berasal daripada "keluarga Al-Quran" kerana ayahnya serta adik-beradiknya kesemua mereka menghafaz Al-Quran. Keluarga mereka bukan sahaja terkenal dengan kebolehan menghafaz Al-Quran dengan baik bahkan mereka juga mempunyai suara bacaan Al-Quran yang sangat fasih dan merdu. Untuk mendengar bacaan Sheikh Jibril, silalah lawati laman web Jebril.com. "
Sumber - Sini
:) kalau nak tau lagi , banyak student kita yang belajar di Mesir ada membuat entri mengenai dia .. Lapang sungguh dada aku malam ni .. Ilang tekanan darah tinggi aku semalam .. tiada rasa bermasalah terus.. Ilang perasaan nak update blog.. Terus lupa .. MasyaAllah.. Tu baru bacaan dia .. belum aku faham sekali .. Silap silap ? Mengalir air mata aku kat situ ..
Tak reti reti nak mulakan langkah baru ??