Haihh...
Hangin satu badan wehhh.. mana tidaknya , hari ni aku ngan wife nak ke Penang .. Dalam pulau nanti , nak bergerak aku guna GPS ...Tanpa port tu , mmg problem laaa..
Jadi mlm tadi aku roger member aku .. dia keje kat PROTON service centre dan cerita masalah aku ni ..
Aku kata aku nak bawak ke kedai kereta biasa je tapi dia tak kasi. Masalah pendawaian je katanya. Jadi dia nak tolong betulkan ..
Deal nak jumpa dia kul 12 mlm selepas abis futsal dan dia pon ada keje sebelum tu..
Dalam kul 1 pagi baru dpt buat kereta tu .. Punyalah member tu check satu satu , last last masalah CHARGER aku tu !!! Hampeh laaa.. connector dia tertanggal dan aku tak perasan ! Buang masa betul ..
Nasib baik aku ada back up car charger tu.. Maka selamat la aku nak gunakan gps tu kang ...
Kalau tak , mau pening aku nanti tercari jalan kang kat Penang walaupun berpuluh kali aku g sana dan kampung aku pun kat situ gak .huhu..
Bikin ana tensen je laaa.. Tq choo
- Letakkan headar BEN ASHAARI .COM
- Tajuk bagi CINTA SIBER OH ialah dan linkkan ke entri ini.
- Tuliskan pendapat anda mengenai CINTA SIBER .. Berikan kelebihan CINTA SIBER dan kekurangannya.
- Siap .. tinggalkan url entri anda di ruangan komen ini.
Grrr... Berapa kerat je turun ni ! Adoii ... Jawabnya , kedai mamak ..
Ntah larat ke tak , aku tau jawapannya. Tak kan punya.. Hahaha..
Kebelakangan ini , cara untuk mendapatkan trafik yang tinggi amat mudah sekali .. Letak saja url serta sedikit penerangan di wall FB dan berduyun-duyun masuk ke blog ..
Blogger akan tersenyum bangga .. Ibarat menangkap ikan dengan pukat tunda .. Umpan sikit tapi hasilnya banyak .. Best kan ? Serius sangat best !
Tapi , dari beribu ribu yang masuk itu , berapa orang yang akan tinggalkan komen ? Dan paling menarik , berapa ramai akan ingat nama url blog kita mahupun menjadi pembaca setia ?
Trafik mmg best .. Tapi bagaimana nak jadikan trafik itu menjadi pembaca setia blog kita ? Itu yang sukar ..
Bayangkan jika blogger tu keluar dating dan tak update blognya .. Atau pun , macam aku , update gunakan telefon bimbit.. Bagaimana nak promote ke FB ?
Facebook , adalah tempat promosi entri yang mmg laris dan mudah tapi sebenarnya cabaran dalam dunia blog ini bagaimana nak dapatkan pembaca setia malah mereka meninggalkan pendapat mereka setelah membaca entri kita .
Itulah sebenarnya tarikan sesebuah blog .. Mampu menghasilkan trafik tanpa sebarang promosi.. Bagaimana nak melakukannya ? Pengalaman akan mengajar blogger itu sendiri .. InsyaAllah ..
Dan jangan lupa , pastikan pembaca keluar dengan ‘kenyang’. Dengan cara itu , blog korang akan ‘dijual’ .
Terletak di Bandar Baru Bangi ( berhampiran dengan SOHO atau Pusat Latihan Perindustrian apa tah aka PPLP.. hehe ) , LA RIZZ sememangnya sangat menarik untuk dikunjungi oleh keluarga mahupun geng geng gitu..
Kat sini , sememangnya layan diri tapi aku saja test dengan order pada pekerjanya seperti nasi tambah ( yang patut boleh amik sendiri ) , serta harga yang berpatutan.. Kalau lebih 10 dua tu , kira halal punya la..
Bab kira harga di cashier pon ok gak.. Kiranya korang kena jujur la bila bagitau apa yang korang makan.. Kalau nak menipu pon , boleh je.. tapi silalah pk panjang yer .. hehe..
Dan pekerjanya , sememangnya tarak sombong punya .. Aku rasa mereka yang tinggal area Bangi atau Putrajaya ni , mesti dah kenal LA RIZZ ni kan ? Malangnya , aku baru je tau.. hehe ..
Apa pun , korang leh try la dulu … Yummy ..
Datang akak ni n husband dia .. nak duduk depan kitorang. Dia siap tanya , kerusi depan kitorg tu kosong ke tak kemudian tanya, nampak ke tak tv tu malah siap himpit ke suami dia agar aku boleh tgk dgn jelas !!! Perghh .. respek la kak !!
Sori kak amik gambar tk tanya dulu..
Yg dah kawin secara sah tu , lain la kan .. mmg perlu dan wajib demi kerukunan rumahtangga tapi yg belum kawin ni , nape bz benar nak kasi ilang dara tu ?
Ada anak dara skg ni tamo ilang dara tapi kena raba ,ok jer kan ? Tak luak kata mereka .. kan kan ?
Perghhh.. Jgn terkejut .. inilah hakikat dunia sekarang ni .. Sebelum dan selepas ..
Fikir fikirkan maruah anda wahai anak dara ... Yg dh kawin tu , jgn fikir sedap 5 minit ..
Berdasarkan dari entri aku sebelum ini , Blogger cun atau hensem lebih tinggi peluang untuk berjaya dalam dunia blog ? , ramai tidak menafikan akan peluang blogger yang punya paras rupa atau sering pacak gambar untuk lebih mudah popular berbanding dari yang lain.
Kalau dulu , aku setuju .. Tapi bila aku amati pergerakkan dunia blog di Malaysia ni , aku tak setuju dah .. Sekarang , blogger dan pembaca dah pandai menilai blog yang mana bagus dan punya kandungan artikal yang berilmiah.
Tak dinafikan la , blog ni ada banyak kategori .. Sebab tu aku kata , bila kita tengok satu satu blog itu , kita tengoklah sapa yg masuk baca di blog tu .. Dari situ kita tau dah sapa target blogger tersebut.
Jadi , kita tak perlulah nak rasa kecik hati , patah semangat bila ada antara kita kata ,” blog kau tak sebest blog dia pon .. “ ! Apa yang perlu kita buat ialah , MEMBERI PERSEMBAHAN TERBAIK SETIAP KALI KITA BERADA DI PENTAS !
Ada orang baca ke blog kita kalau tak pacak muka ? Ini berbalik pada bagaimana korang promosi blog korang ! Kalau muka korang cam Aisyawarya Rai sekali pon , tapi promosi hampeh , maka blog korang tak kemana pon !
Hurm.. gitulah ceritanya ..
Menurut Gua ,ramai artis tidak bersetuju dengan senarai pencalonan akhir serta isu kewarganegaraan yang dipersoalkan, terbaru AIM 18 khabarnya akan diboikot oleh segelintir pihak yang tidak berpuas hati dengan sistem pencalonan baru yang dibuat oleh pihak penganjur itu.
Menurut Pengerusi Bersama, Jawatankuasa Penganjur AIM 18 iaitu Encik Adrian Lim dan Encik Rosmin Hashim ,
“Sejak minggu lepas lagi saya dah dengar isu ini. Bila pihak media tanya mengenai isu ini, saya agak terkejut. Tak sangka isu ini akan tersebar dengan meluas. Saya pasti ini adalah khabar angin semata-mata. Saya tak nampak apa yang perlu diboikotkan. Adakah mereka tak setuju dengan proses penjurian, kriteria untuk pencalonan atau isu kerakyatan?
“Saya tak nampak di mana relevannya mereka nak boikot anugerah yang menghargai karyawan-karyawan tempatan ini. Bagi saya, tiap-tiap tahun pasti ada yang tidak puas hati. Saya tahu siapa yang terlibat tapi tak perlu nak diperbesarkan. Ini tahun pertama RIM anjur 100% AIM, sebab itu banyak perubahan. Walaupun ada yang boikot, ia tak halang kami untuk teruskan majlis anugerah ini,” ujar Adrian Lim ketika ditemui pada sidang media pengumuman hos, barisan penyampai dan artis persembahan AIM 18 di Hotel Royale Chulan, petang semalam.
Menurut Encik Rosmin Hashim pula, “Saya tak tahu kenapa mereka nak boikot AIM 18. Ini merupakan satu platform untuk mereka meraikan kejayaan mereka. Benda ini dah biasa. Bila dah pilih Top 5, mesti ada yang gembira dan tak gembira. Kita tak libatkan karyawan luar kerana AIM adalah untuk mengiktiraf karyawan-karyawan tempatan. Ia anugerah untuk artis kita, itulah tujuan sebenar AIM dianjurkan.
“Tapi kami memandang isu ini dari sudut yang positif. Kami harap mereka akan sokong industri muzik tempatan. Selepas pengajuran AIM 18, kami akan mengadakan satu forum atau ‘post-mortem’ pada Disember nanti. Media dan artis boleh sama-sama duduk berbincang dan memberi cadangan untuk kita memperbaiki lagi anugerah ini. Kita juga akan lihat pada proses penjurian, jika lemah, kita akan buat rombakan. Saya harap, masa forum nanti, semua orang akan datang untuk memberi cadangan.”.
Hurm… Sebenarnya lama dah aku tak layan menda menda ni .. Sbb aku tengok artis yang menang AIM ni , senyap pastu .. takde kemajuan pun .. Setakat macam bagi sijil penghargaan je buat artis tu sendiri .. Kalau disediakan satu platform atau medium untuk pergi lebih jauh , tak pe la gak ..
Lagi pun , bila tengok tu , kita cukp terhibur dengan gelak dan tengok fesyen show artis tu.. takat menyanyi , hurm.. boring .. Tu pendapat aku la..
Blogger kacak dan bergaya ?
Blogger cun atau jelita ?
Mereka pasti lebih berjaya berbanding ..
Erk.. mereka ini ????
Betulkah ???
Kenapa aku kata gitu ?
Mudah saja …
Lihat sapa ‘pengikutnya’ ..
Sekian.Terima kasih.