Hahahaha .. bahayaa ! bahayaa !! Kenapa ? Cuba korang tengok apa yang mereka google bab aku ni ! Aiyoo ..
Haahaha .. Sapa carik nehhh !! Gay kah ? Atau .. hehe .. Atau .. hehehe.. sapa haaa .. habaq maiii !! Aparaaa .. Dah abis modal ke nak cari gambar aku yang dah tunggu masa nak expired ! Eh , tu pon ada gak yang kata gambar aku poyo .. Pelik kan ? Hahaha .. Gambar kat gym pon poyo.. Tunduk lak tu ..
Poyo ke ? Haahah.. Kalau poyo , maaf la yer .. Bukan mudah nak dapat posing gambar gini . Pelbagai ‘kenangan’ yang aku kena lalui .. Dari umur 24 tahun aku start workout hingga sekarang . Takkan nak bergambar duduk dan tundukkan muka tu poyo kan ?
Kalau yang bawah ni , mmg poyo ! Hahahahah ..
Kadang-kadangkan , kita jangan tengok apa yang kita nampak depan mata kita . Kita kena lihat apa yang telah dia capai dan bagaimana semangatnya untuk dia mencapainya.
Aku tak kata aku ni dah bagus . Aku amik contoh pelakon filem 300 yang mana badan dia biasa jer… Dengan semangat untuk mendapatkan badan yang diminta oleh pengarah bagi memantapkan lagi filem mereka tu , dia membuat latihan keras selama 8 bulan ( tak silap aku ) . Bukan mudah weh ! Teruk ok ! Kena diet . Disiplin. Lalu , kenapa kita kena tengok kepoyoan dia ? Bukan apa yang telah dia capai lalu kita amik untuk dijadikan semangat ?
Aku amik contoh sorang lagi la yer .. Idola aku dalam dunia perfileman HollyWood.
Kering mamat ni dulu ! Aku minat dia sewaktu dalam sitcom Fresh Prince of Bel Air. Siap beli album dia lagi ..hahaah.. Tapi tak la terkinja kinja cam beruk kena belacan tu kan.. Heheh ..
Dan tengok badan dia sekarang .. ‘ Simple dan kemas ’ ..
Ada aku kata poyo ? Sama gak ngan Jehan Miskin. Dulu kering dan sekarang berotot .. Bukan sebab nak poyo atau berlagak macho tapi seperti perempuan , menjaga penampilan dan kesihatan. Dari dok buang masa kat kopitiam atau merempit tak tentu hala , baik g gym kan ?
Bagi aku , kalau kita tak mampu mencapai apa yang orang lain capai , kita jangan perbodohkan diri dengan mempersenda orang itu sebaliknya cari kekuatan dan keunikan diri kita sendiri lalu gunakan untuk mempertingkan diri kita. Kita sama sama manusia .. Takde beza. Setiap manusia tu ada kelebihan dan kekurangan. Jangan asik nak berhasad dengki saja. Hitam hati kita tu .. okeh ?