Terbaca di akhbar online, SinarHarian tadi satu kes cabul melibatkan seorang wanita muda ..
“ Kaki, tangan diikat pada katil dan kemudian seorang penjenayah mencabul dengan rakus.Itu detik hitam dilalui seorang jurutol, berumur 20 tahun, ketika berada seorang diri di rumahnya di Taman Putra Perdana, Puchong, Khamis lalu. Dalam kejadian itu, seorang lelaki berbaju kuning dan berseluar jean memecah masuk rumahnya, jam 12.50 tengah malam.
Menurut sumber polis, lelaki itu terus menyerang mangsa dari arah belakang dan mengacukan pisau di lehernya.Difahamkan, pada awalnya lelaki tersebut cuba meragut rantai emas milik mangsa, tetapi tidak berjaya.Katanya, lelaki itu seterusnya mengarahkan mangsa supaya diam, sebelum mulut wanita terbabit diikat dengan menggunakan kain.
“Lelaki itu mengarah mangsa baring di atas lantai. Kaki dan tangannya diikat pada katil dengan menggunakan kain.
“Seluar mangsa kemudiannya ditanggalkan dan lelaki itu terus mencabulnya,” katanya, semalam.
Menurutnya, mangsa dapat melepaskan ikatan selepas lelaki tersebut melarikan diri.
“Mangsa kemudiannya membuat laporan polis setelah dua rakan sekerjanya pulang,” katanya. “.
Zaman ni rasanya yang jadi penjenayah semakin berhati kering dan gila ! Mangsa , yg selamat mmg sesungguhnya bernasib baik . Kalau tidak ? Tak dapat bayangkan apalah nasib mereka .
Tak kira lelaki mahupun perempuan , sesiapa saja boleh jadi mangsa ketika ini . Perlu ada persediaan selain dari berhati-hati. Seperti senantiasa mengamalkan ayat-ayat dari Al-Quran selepas bersolat atau sebelum tidur mahupun keluar rumah , adalah langkah yg patut dibuat.
Bagi wanita , rasanya-rasanya korang perlu tak belajar seni mempertahankan diri sebagai alternatif untuk melindungi diri ? Sapa tau kan .. Kadang kadang anjing pon boleh jadi ‘penjenayah’. Sekurangnya dengan punya sedikit keberanian , boleh juga di sepak terajang anjing itu sebelum balik rumah dan samak je kasut tu dari g klinik !