Sebelum kawin ? Pe lagi … banyak masa nehh ..
Tak benarkan peluk lelaki lain je ke ? Yang lain tu ? Oh .. ok .. tunggu seru atau ikhlas baru buat .. kan ? Part lain , tak ikhlas tak pe .. kan ? Caiyok laaaa ..
Er .. Awal lak camana ?
Dari Mstar Online
Pelakon Scha Al Yahya, 29, tidak dibenarkan memeluk lelaki dalam apa jua adegan selepas bergelar isteri kepada Awal Ashaari, 31.
Ia adalah syarat yang dikenakan oleh Awal untuk memastikan rumah tangga yang bakal mereka bina pada 4 Mei depan berjalan dalam keadaan harmoni.
"Apabila bergelar isteri, semestinya dia (Scha) perlu menjaga nama baik suami dan keluarga kedua-dua belah pihak.
"Jadi, terdapat beberapa syarat yang perlu diikuti iaitu biarlah tawaran watak yang diterima sesuai dengan status isteri yang dibawanya.
"Kalau boleh saya tak mahu dia berpelukan dengan lelaki lain, nampak kurang manis," katanya selepas sidang media pengumuman tarikh perkahwinan mereka di Ampwalk, Jalan Ampang di sini, Selasa.