Perghhh … Aku ingatkan ada persatuan persatuan ibu yang gitu gitu jer .. Rupa-rupanya ada team penyusuan susu ibu lagi .. Haa.. Kalah team suami suami ni haaa ..
Semalam aku dihubungi oleh rakan Facebook .. Dia menawarkan khidmat kaunseling dan juga bantuan dari segi teknikal .. Ala , kira nak berkongsi ilmu dan maklumat .. Baguskan ?
Team ni dipanggil Sukarelawan Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan KL dan Putrajaya . Mereka-mereka ni terdiri dari sukarelawan ..
Kalau kat dunia maya ni , ada banyak group group gini .. Tak silap aku kat Susuibu.com pon ada geng geng forum ni .. Facebook pon ada.. Tak ingat lak apa nama group diorang ..
Wife berminat katanya .. Dan malam tadi pon baby banyak dah menyusu badan .. Mungkin dah mula banyak kot .. Lewat gak tidur malam tadi , dua dua ..
Aku ? Kejap bangun tengok.. kejap lagi bangun .. Tidur pon kat ruang tamu jer .. Nak ajar diri ni alert dan rajin bangun malam.. Nanti mak mertua dah balik kampung , aku kena amik buat semua tu.
Setakat ni , mandi dan tukar pampers je belum .. Tukar pampers tu tak susah pon .. Cuma lom buat je lagi ..
Terima kasih pada yang prihatin dan mereka yang sudi mendoakan kesejahteraan kami sekeluaga. Semoga Allah membalas kebaikan korang semua ..