Teringat dulu dulu .. Dulu tu maksudnya waktu aku pernah bergelar guru laa .. Walaupun tak layak digelar guru waktu tu , aku tetap berbangga dapat menabur bakti dengan sebaik mungkin tanpa harapkan balasan kecuali gaji di hujung bulan walaupun kecik jer .. Syukur , Alhamdulillah ..
HARI GURU , adalah hari di mana anak murid akan menghargai guru guru kesayangan mereka .. Tang ni ada isu skit .. Maaf la yer .. bukan nak cetus kontroversi tapi inilah hakikat ..
ADA GURU MEMILIH HADIAH YANG MENARIK SAJA UNTUK DISIMPAN !
Hakikat kan ? Tak perlu marah kerana inilah realitinya jika mengajar tidak ikhlas dan memilih kasih ..
Aku cuma hormat mereka yang bergelar guru yang benar benar mengajar anak murid mereka tanpa memilih kasih .. Guru yang benar benar guru adalah guru yang dapat menukarkan batu kepada emas !
SELAMAT HARI GURU !