Hurm … kekadang aku tergaru garu kepala gak .. Kita ni sebagai rakyat , mmg disogokkan dengan pelbagai jenis hiburan .. Macam macam hiburan yang ada kat tv tu .. Aku tak tau la kot mungkin ada yang hiburan mampu memberi kesan positif dalam corak pemikiran terutama pada belia seperti rancangan rancangan nyanyian realiti , lawak jenaka .. Tapi berapa peratuskah ‘khasiat’ yang ada dalam rancangan rancangan seperti tu ? Ni kira macam makan makanan ringan atau amik contoh maggie je la kot.. Asal ada tuls protein , vitamin , rembat ! Janji perut kenyang .. kan ? Untuk jangka panjang ? Huhuh …
Kini , belia kita sebenarnya cukup bijak berfikir dlm apa saja isu dan ini mampu mengubah situasi negara .. Tapi , apa yang aku nampak , dengan longgokan hiburan yang tak langsung bermanfaat ini membuatkan belia semakin lemah utk ‘bangkit’ sbb dah terlalu ‘ berlemak’ dan ‘sedap bersantai’ ..
Tertanya gak aku sebenarnya .. Ini ke yang dikehendaki oleh negara kita ? Betul .. aktiviti untuk belia ada bnyk yang beri manfaat .. sangat banyak .. Tapi fikir semula eh .. buka mata semula ehh .. Kalau benar mampu membina generasi yang bijak berfikir serta mampu memimpin , kenapa bila PRU , yang dicalonkan banyak muka muka lama ? Kenapa tak letak muka orang muda ? Nape eh ? Sebab takde pengalaman ? Tak mampu menarik pengundi ? Belia dok bz beraktiviti ? Atau tak minat berpolitik ? Yeke ?
Aku bukan bicara soal politik atau hentam kerajaan mahupun aku peminat parti pembangkang .. Aku cuma nak tau , sampai bila ‘singa singa’ ni nak dilekakan dan ditidurkan ? Masih tak perasan kah ?