Ada satu forum yang popular yang mana ramai geng ibu ibu ni join .. Aku ingat nak join gak tapi segan la sbb ada bab bab penyusuan ibu gak kat situ .. Ai segan you ..
Pastu wife ada la tunjuk satu topik yang menjadi perbualan hangat kat situ yang mana admin tanya pendapat geng dalam tu berkenaan membawa baby ke shopping mall ni .. Apakah menganggu pengunjung di situ ? Lalu ada satu komen ni , yang menarik perhatian mereka termasuk aku..
Pengomen tu secara ikhlasnya memberitahu , baby tak sepatutnya dibawa ke shopping mall kerana menganggu pengunjung bila dia menangis .. huhu .. Terasa kan ?
Aku nak salahkan dia pon tak leh gak sbb mungkin dia belum kawin lagi .. Mereka yang belum kawin terutama yang punya falsafah hidup yang terlalu moden ni , belum tentu memahami erti kekeluargaan ni ..
Dulu aku berfikiran begitu tapi tak la serius sangat terutama bila kesian kat baby yang meraung nakkan susu atau keadaan sesak di shopping mall ( cam sogo ) membuatkan dia tak selesa dan juga budak kecik meraung nakkan permainan !! Hahaha .. Tensen kan ?
Tapi itulah perasaan orang yang belum matang atau kenal erti keluarga . Bila dah punya anak , teriak sedikit pon dah berlari dapatkan anak tu .. huhu ..