Semalam , mak mertua aku pelawa makan pulut durian .. Aku tak ingat aku pernah makan atau tak pulut durian ni … sebab aku spesis buaya .. asal bergerak depan mata , aku ngap .. sedap tak sedap , belakang kira ..
Kemudian dia hidangkan .. Aku tak tau nak amik atau nak wat camana .. Dia suruh aku campurkan dengan sedikit santan ( dah bercampur air suam ) , gula merah skit , kemudian amik durian seberapa banyak yang kita mahu .. Jangan lupa tinggalkan kat orang belakang skit yer ..
Dan gaulkan .. Perghhhhhhhhhhhhhhh … 3 kali aku tambah !!
Sebenarnya pulut durian ni takde bezanya dengan nasi durian yang biasa mak aku buat bila durian berlebihan kat rumah. Bila dia buat seperiuk , maka seperiuk laaa aku makan .. Kira pakat berebut laa ngan mak sendiri ! Hahahahha … Menariknya , kira makan sejuk sejuk pon lazat ok !! Huhuhu ..
Cara nak buat nasi durian ni , aku dah bagitau kat Mat Gebu . Memula dia hairan gak sbb tak biasa dengar .. hehehe .. Tapi bila dah try test .. hehehe .. Nak tau resepi nasi durian ni ? Buat masa berbuka puasa nanti pon sodapp woo .. Klik SINI ..
Selamat menjamu selera . Jangan tidur lak lepas makan .. hehe .. boyoi nanti .. cam aku .. hahahah .. Abiss laaa. .