Ada yg tanya .. ni ke mak Qhaliff ?? Hiskhh .. takler .. Ni kawan blogger aku gak yg dtg ke pot luck yg mereka buat kat umah aku , smlm ..
Jangan salah sangka yer .. Mak Qhaliff low profile ..
Published with Blogger-droid v2.0.9
Ada yg tanya .. ni ke mak Qhaliff ?? Hiskhh .. takler .. Ni kawan blogger aku gak yg dtg ke pot luck yg mereka buat kat umah aku , smlm ..
Jangan salah sangka yer .. Mak Qhaliff low profile ..
Janganlah buat drama drama berstatus jajan .. Kenapa ? Sbb orang leh layan sekali jer .. Nak tgok smula , dah takde minat .. Sbb ? Rujuk gambar ..
Lama dah aku tak buat blog pilihan kan ? Bizi ngan Qhaliff .. ngan makan .. ngan makan .. ngan makan .. ngan makan .. Hahaha .. Makan mesti lebih .. Abis laaa .. gemuk ? Tak de makna ! Boroi ?? Ada harapan .. hehehe ..
Ok .. untuk malam ni , aku pilih blog yang benar benar baru laa .. Tu pun aku detect sbb dia follow blog aku .. Kenapa aku pilih dia ? Sbbnya ? Tu korang g tengok sendiri la ..
Selamat datang ke dunia blog .. - S I A N A K R U S A -
Banyak kali dah .. Setiap hari ada saja makhluk yang tak reti bahasa yang gemar masuk lorong atau simpang tanpa memberi lampu isyarat yang terletak di kiri kanan kereta mereka terlebih dahulu .. Kesannya ? Hehe .. kesannya kecik jer .. Ada yang mati atau cedera .. Ok la kan ?
Tadi , di Bangi .. Hampir gak seorang penunggang motosikal menjadi mangsa yang mana sebuah kereta dari lorong kanan tetiba masuk ke lorong kiri tanpa ‘bagitau ‘ pengguna kenderaan lain .. Dan hampir jadi mangsa , penunggang motosikal yang aku kata tadi laa.. Nak terbabas dia .. Iskh iskh iskh ..
Di Mstar Online .. Sebuah lori yang sarat dengan muatan batu, terbabas dan terbalik lalu menghempap seorang penunggang motosikal yang melalui arah bertentangan di persimpangan tiga Kampung Bujang, Merbok di Sungai Petani, Isnin. Lori terbabit dikatakan cuba mengelak sebuah kenderaan pacuan empat roda yang masuk ke laluannya secara tiba-tiba, dan melanggar sebatang pokok besar di persimpangan jalan itu sebelum terbalik. Saksi kejadian, Salmah Mansor, 57, berkata, dia yang ketika itu sedang menyediakan goreng pisang di gerai makan di situ, hanya mampu melihat lori terbabit terbalik dan menghempap motosikal yang dinaiki mangsa. Foto BERNAMA
Memandangkan ramai yang berminat untuk tidak menggunakan lampu isyarat di kereta masing masing , apa kata kerajaan suruh buang je lampu lampu tu atau pasangkan lagi lampu lip lap di badan kereta yang punya roda ..
Muhahahahha .. Aku tak teringat .. Beli kabel HDMI .. sambungkan pada tv lcd dan ..walaaaahhh .. Tu diaaaa .. Free movie wehhhh ..
Aku guna tv je la pasni utk update blog .. hehe .
Dah hampir 3 bulan aku tak ke gym tapi aku buat senaman ringkas gak kat rumah utk keluarkan peluh serta gerakkan segala anggota badan ke tahap maksima yg boleh ..
Bukan apa .. aku risau diserang penyakit je sbb aku dah mula makan tidur makan tidur sejak tak aktif ke gym ..
Jadi aku buat bila ada masa terluang tapi pastikan 3 kali seminggu ..
Jangan tunggu doktor nasihat , baru beria nak cari,kan ? Hehe ..Jangan bg alasan terlampau bizi utk kesihatan kita ..
Nasihat aku , jangan terburu buru membelinya.Harga, memang diorang bagi kaw kaw punya walaupun diorh kata murah. Pastikan buat survey dulu di mana kedai dan juga google forum berkaitan dgn apa yg kita nak beli ..
Buang masa ? Kita boleh jimat hingga RM500 !! Dan jgn lupa tanya hadiah percuma ..
Nak lagi best ? Masa bertanya tu bgtau je kita dpt murah di kedai sekian sekian .. Kalau dia tak nak bg murah , blah je .. jgn layan ..
Jangan lupa hak kita .. Tanya sekali jaminan bertulis .. hehe .. Aku dpt dah .. hehe .. Tinggal nak beli barangan utk bilik tidur utama ..
Selsema dan batuk yg mula menyerang Qhaliff, membuatkan aku ke klinik An Nur utk dptkan rawatan ..
Hurm .. ada gak google baca pasal demam dan selsema bayi ni .. Ada tips dan juga pendapat ..
Tgu jap lagi apa kata doktor ..
Vivix sememangnya untuk kesihatan keseluruhan. Alhamdulillah, banyak yang telah berubah kesihatan Cik Aniz sejak berkecimpung dengan Shaklee ni. Beliau ni masih muda tapi menghadapi masalah tekanan darah tinggi dan beberapa masalah lain.
Muda2 dah kena darah tinggi tu, bahaya tu. Kalau berumur pun bahayanya sama juga, cumanya saya sangat terkejut bila beliau mengatakan beliau menghadapi masalah tu. Tapi kira ok lah sebab beliau mengetahuinya dari awal. Boleh kita usahakan sesuatu kan.
Jom kita tengok testimoni dari customer saya merangkap biz partner saya yang pertama ni. :) .. Klik SINI ..
Cuaca panas menyebabkan Qhaliff berpeluh ketika tidur lalu mak dia bukakan baju dia .. Pada masa sama , akak akak yang datang ke rumah bertanyakan Qhaliff .. hehe .. Tak tanya pun pasal aku .. huhu..
Aku g jengok Qhaliff kat tempat tidurnya .. Dah terjaga pun. Sekejap benar tidurnya.. Mungkin panas la tu .. Aku dukung dan bawa keluar tanpa bajunya. hehe .. Panas.. aku sendiri pun berpeluh peluh ..
Terus disambar oleh salah seorang rakan Whatsapp juga seorang blogger ..
Terus tertunduk malu dia .. Ecehh ..dah reti malu jugak anak aku neh ehhh .. hehehe … Dan cam biasa , sukar untuk dia lemparkan senyuman .. hahaha .. Qhaliff qhaliff ..
Tak malukan daddy la si Qhaliff ni .. Hari ni dia sangatlah baik walaupun boleh je dia bantai menangis ..
Seperti yang kengkawan WHATSAPP aku rancang , mereka mintak aku jadi tuan rumah untuk buat perjumpaan geng setelah asik bergossip memanjang di hp dan segalanya berjalan dengan lancar.
Makanan , masing masing bawak .. Kira ala ala pot luck laa .. Senang sikit sbb aku ngan wife mmg tak larat nak buat open house memandangkan kami demam .
Ada laksa penang , nasi tomato , laksam dan macam macam lagi laa ..
Dan Qhaliff sangatlah baik sepanjang hari .. Takde la nak buat perangai bila ada orang kat rumah .. huhu ..
Teringin nak buat open house gak tapi risau takde orang nak datang .. huhu ..
Macam ni pun dah penat banget badan .. Respek kat Mat Gebu yang terima kehadiran ramai tetamu sepanjang Syawal ni .. Penat tapi berbaloi katanya … Tabik !
Kadang kadang aku terfikir kenapa ada orang takut nak berterus terang mengenai hal sebenar .. Orang tu dan insaf pun ketika dia menceritakan mengenai sesuatu kejadian ..
Tapi peliknya orang kita ni gemar menambah lagi kekesalan orang tu dengan memakinya .. Apa ni ? Sapa kita ni nak marah orang yang pon sedar akan kesalahannya tu ha ?? Haishh ..
Pelik kan ? Tapi tu la orang kita yang seolah olah dia tu bagus laa sangat .. Sepatutnya , sama sama la amik iktibar dan belajar dari pengajaran tu haaa ..
Kalau dok marah lagi orang tu , rasa rasa ada ke orang nak bertaubat secara terang-terangan atas niat berkongsi pengalaman hidup lagi ? Dan apabila tu berlaku , kita cuma akan dengan yang baik-baik saja tanpa ada pengajaran hidup dari orang lain ..
Baca dan hayati .. Bukannya baca dan tolong marah lagi .. Ada sebabnya orang tu bercerita ..
Gambar hiasan
Bayangkan pemandu kereta pakai headphone sebesar tu kemudian memandu kereta .. Kalau pandu kereta dalam rumah dia sendiri tak pe la .. Kalau kat luar ? Camana ?
Apa masalahnya pulak ? Lantak laa kan nak pakai headphone sebesar mana kan ?
Ceritanya begini .. Semalam , sewaktu aku memandu dari Bangi nak pulang ke rumah .. Sampai kat satu simpang ni , ada sebijik Myvi keluar dari simpang tanpa tengok pon kehadiran kereta lain .. Signal pun tak bagi nak masuk ! Aku hon sekali .. Toleh pun tidak .. Apatah lagi nak angkat tangan untuk mintak maaf ! Ego betul makhluk ni haa ..
Angn ? Tentu laa.. membahayakan aku dan keluarga aku .. Aku lajukan kereta untuk selisih dengan dia .. Dia lajukan lagi kereta dia. Dari belakang , nampak la dia guna headphone sebesar tu haaa ..
Aku follow dia dari belakang. Aku tau kat depan tu nanti dia akan berenti sebab ada traffic light . Jangkaan aku tepat ! Aku berenti betul betul sebelah dia dan aku angkat tangan tanda aku marah .. Bukan bagi jari tu tapi macam nak bagitau ..
“ Buta ke ?? “
Dia nampak dan gerakkan kereta dia dan langgar lampu merah tu .. Aku pun follow dari belakang .. Terus bagi lampu besar ! Lantak laa.. Berenti ? Aku mmg dah bersedia dah .. Angin beb !!
Tapi dia terus blah … huh ! Geram dan mengigil aku .. Hilang kawalan kerana menurut amarah aku … Satu kesilapan yang tak patut aku buat langsung ..
Hurmm .. Tujuan aku sebenarnya bukan untuk bergaduh tapi untuk sedarkan dia akan tindakan dia tu membahayaakan orang lain yakni memakai headphone tu haa.. Confirm leka dengar lagu sbb fikiran kita kan tumpu pada apa yang kita dengar tu haaa ..
Silap dia … dan juga silap aku .. hurm…
Bila ada orang bagi laluan kat kita untuk kita melintas jalanraya atau sebagainya , angkatlah tangan sebagai tanda terima kasih atau lemparkan sedikit senyuman .. Atau kalau tak nak pun , melintas dengan cepat dan bukannya berlenggang kangkung lagi ! Grrr ..
Bukanlah mengharapkan balasan tapi berbudi bahasa la sedikit .. Memalukan ! Kata ada agama .. kata ada bangsa .. tapi buat perangai macam alien dari marikh jer !
Tadi g Bangi . Cari dapur , oven dan sebagainya laa .. Brandnya , seperti yang aku tanya kat orang tua tua laa.. Diorang syorkan tu dan sesuai gak ngan budget ..
Sampai satu kedai ni .. lama dah usha kedai ni .. Macam macam ada kat kedai ni .. Ada dua tiga pilihan gak la .. Buat perbandingan harga ..
Sebenarnya , ada dah dapur pilihan dengan diskaun 10% lagi tapi saja nak usha kat kedai ni .. Pusing pi pusing mai , harga yang dia tawarkan lebih mahal dari yang wife nak ..
Wife tanya aku .. amacam ? Nak g kedai yang dalam kepala kitorang tu atau nak je amik kat situ ? Tapi wife tak nak sbb mahal hampir 400 !
Aku g kat salesman tu aku terus terang jer .. Aku bagitau , aku dapat jauh lebih murah dengan diskaun 10% lagi ! Haaa .. Aku tunggu je dia kata , tak pe la kalau gitu kan ? Tapi tak la pulak .. Dia amik kalkulator dan tekan sana sini ..
Tup tup , harga dia bagi sama dengan kedai yang aku nak amik tu siap dengan hadiah percuma lagi .. haaa .. amek kauuu .. Tapi dengan syarat , cash laa ..
Eleehhh .. ingat tak mampu la kot nak cash .. hahaha ..
“ Kami mmg nak beli cash . Tak suka hutang .. “ .
Selamba je wei .. Kasi bukak mata sikit .. Ingat datang pakai kedai tak pakai tie ngan briefcase , tak mampu beli tunai keee ?? Haaa ..
Segala urusan pembelian berjalan lancar hinggalah … aku tercari cari dompet aku !
“ Huk aloh .. kat rumah … “
Tu laaa .. riak lagi … Hahahaha .. Nasib baik ada duit sikit untuk bayar deposit .. Esok kena g untuk bayar semua .. Hahaha ..
Apa pon tak boleh !