Ni sebelum gi berenang ..
Sedang ‘berenang’ dgn bosannya ..
Selepas 15 minit berenang …
Tu diaaa .. mimpi berenang lagi !!
Ni sebelum gi berenang ..
Sedang ‘berenang’ dgn bosannya ..
Selepas 15 minit berenang …
Tu diaaa .. mimpi berenang lagi !!
Dalam berita radio masuk .. Dalam akhbar online pun masuk !! Mak oiiii ! Kalaulah artis tu punya infomasi atau ilmu yang bagus untuk dikongsi bersama kemudian diwarwarkan , tak kisah laa .. Tapi ni ?? Aiyoo.. penuh kontroversi memanjang ..
Kalau berlakon bagus , tak pe la gak .. Asyik ngan berpakaian ketat jer !
Sebenarnya aku tak kisah pon .. Lantak la.. Tapi kalau itu pun nak disensasikan dalam berita , aku rasa sungguh la wartawan berita dan akhbar tu takde topik atau isu dah !
Memang la tu pon sebahagian dari hiburan tapi tolonglaaahhh … PELAKON TUTTT BARU ADA FACEBOOK .. tu pun nak buat berita ?
Grrr … Artis lain pun ada gak tapi tak la kecoh !
Serius , takde perasaan sungguh dia ! Buat la apa pun , dia relakan aja ! Hahahhaha ..
Tapi bagus la dia .. Sikit pun tak nangis .. Merengek takut pun tidak .. huhu .. Bapak dia dulu ada la gak lari satu lintang pukang bila dengar nak kena campak dalam kolam .. Hahaha ..
Kat mana ni ? Rujuk entri sebentar tadi .. lalalala …
Hehehe .. sampai sampai bilik , dia rasmikan .. baring , mengeliat seolah olah dia yang drive dr KL.. Huhu ..
Tuuuu ... Post mahal dr diaaa .. hahahah.. nanti besar , dia tgk balik ..mesti segann punya .. hehehe ..
Boleh tahan menarik tempat ni .. Cadang memula nak ke Swiss Inn Damai Laut tp penuh dah .. Tp ok la kat sini .. dlm bandar dan tepi laut .. leh rayau rayau berbasikal nanti .. hehe
Mlm ? Apa plan ? Makan laaaaaa .. tp sblum tu nak bwk Qhaliff berenang .. hehe.. Sejarah ni .. kena rekodkan ..
Filem yang terang terang menghina Islam ini dibuat oleh pendusta yang bernama Sam Bacile . Itu pun bukan nama betulnya malah umurnya pulak senantiasa berubah. Dari sini kita dah boleh betapa dia sendiri tu seorang pendusta dan pengecut. Kenapa pengecut ? Sbb menyorok wooo .. Takutt ? Pandai buat pandai la tanggung kan ?
Dikatakan si Sam tu keturunan Arab Kristian serta mendapat dana dari 100 buah pertubuhan Yahudi di AS bagi membikinkan filem yang serius bangang hasil kerjanya itu hingga menelan kos pembikinan yang sia sia sebanyak RM15.3 juta ..
Kenapa umat Islam marah ? Kalau negara dirampas , boleh lagi bersabar walaupun berjuang bermati-matian . Tapi bila Al-Quran dan Rasulullah S.a.w dihina , maka umat Islam akan bersatu . Kat situ , dia dah silap laa .. Dia ingat cara dia akan menyebabkan orang Islam sedar kesilapan mereka menganut Islam ke ? Hehehe.. Silap benar tuuu …
Aku dah tonton klip video tu .. Serius merepek seperti mana mereka seringkali merepek terhadap tuhan mereka sendiri dalam filem filem mereka. Jadi , tak hairanlah mereka cuba nak jentik telinga umat Islam dengan filem mengarut begini ..
Disebabkan filem ni , umat Islam seluruh dunia bangkit dan buat bantahan ..
Alhamdulillah ..baru baca satu artikal mengenai Kelebihan susu ibu ni .. Seperti yang ibu ibu sedia maklum , banyak kelebihan susu ibu ni berbanding susu formula ..
“Tiada susu formula yang boleh menyerupai susu ibu. Itu keajaiban susu ibu dan ia dinamik. Komposisi zat yang terkandung dalam susu ibu pada waktu pagi, tengah hari dan malam adalah berlainan. “
“Tiada susu formula yang boleh menyerupai susu ibu. Itu keajaiban susu ibu dan ia dinamik. Komposisi zat yang terkandung dalam susu ibu pada waktu pagi, tengah hari dan malam adalah berlainan.
“Ia memenuhi keperluan zat seiring usia bayi. Sebagai contoh, susu yang keluar pada usia bayi sehari lebih banyak kandungan lemak,”
Itu suku dari artikal yang aku amik di akhbar KOSMO yang bertajuk Bayi lebih sihat dan cerdik yang bertarikh 14 September 2012.. Banyak lagi info menarik dalam tu .. Bagi bakal ibu , mmg patut baca .
Ada seperkara yang menarik minat aku untuk aku kongsikan bersama yang mana pernah ada seorang rakan FB aku tanya pada aku iaitu camana aku ajar Qhaliff hisap susu botol ..
Salah satu kelebihan Qhaliff sewaktu lahir , automatik dia tau camana nak hisap puting tanpa ‘dipaksa’ .. Waktu tu dia kena ‘kuning’ dan nurse yang jaga dia kata dia cepat tangkap bila hisap guna botol ni haa .. Dan dia tak keliru langsung dengan puting susu ibunya … Perghh .. kalau tak , letih gak aku nak ajar haa .. Kira dua dua selamba je la bagi Qhaliff .. hehe ..
Syukur pada Allah , hingga kini Qhaliff tak bagi banyak masalah untuk aku dan wife ..
Tak lama lagi aku dah boleh suapkan Qhaliff makan . Tak sabar nak nanti saat itu. Kena rekodkan tu. Nanti nak tunjuk kat dia supaya dia sedar betapa dia tak reti menyuapkan makanan ke mulutnya sendiri .. hehe ..
Terlalu banyak tips pemakanan bayi dalam internet . Carilah yang sesuai dengan bayi kita yer .. Bukan kita yer .. Bukan apa , aku risau nanti bila aku suap makan kat Qhaliff , satu sudu untuk dia .. dua untuk aku .. hehehe .. Aku lak membesar bagai johan ..
Tapikan , aku nak kasi dia byk makan telur setengah masak bila dia dah besar skit lagi .. Bagi putih telur .. hehe .. Kenapa ? Tadaaa .. nak kasi six pack ! Hahaha .. Tak laa.. kasi dia besar skit laa .. Macam aku dulu laaa .. Suka makan telur rebus .. hehe .. Tapi kentut mesti kaw kaw punya bau ! Perghh ..
Sayuran adalah wajib dan begitu juga buah serta ikan .. Ayam pun .. Erk .. kalau gitu , makan je la semua .. Tapi bukan la di usia usia skang ni .. Kira dh boleh bercakap n berlari la baru nak kasi semua tu .. hehe ..
Well .. budak budak bercinta .. Gitulaahh … Sikit skit gaduh .. Bila gaduh , break ! Pastu sambung .. Pastu gaduh. Bila gaduh , break ! Wehh .. kalau nikah , aku rasa berapa kali dah guna cina buta ! Hahaha ..
Aku ada satu cara menarik punya ! InsyaAllah bf atau gf korang takkan berani nak cari pasal punya !! Haaaa .. Tu pun kalau berani laaa..
Caranya ? Setiap kali korang gaduh besar atau hampir hampir besar , kiranya disebabkan isu isu bodoh dan tak masuk akal , maka campakkan je hp tu ke dinding kasi berderai ! Haaa .. Baru puas hati sebelum menyesal tiba .. Confirm pasangan ternganga seketika !
“ Abih tu , camana i nak contact u ?? “
“ Samada u belikan i hp atau kita main surat menyurat jer ! “
Walaweiii .. Kalau dia nak belikan hp , confirm dia tak berani nak cari gaduh sebab takkan dia nak beli lagi hp selepas kegilaan korang tu kan ? Hehehe ..
Kalau dia tak nak beli ? Haaa .. senang hidup laa.. Tak payah contact ! Korang beli je hp lain dan cari je bf/gf lain atau nak lagi selamat , toksah berkapel sehingga jumpa jodoh yang sesuai untuk dinikahi .. Hehehe ..
Dari sakit kepala dok gaduh off hp .. on hp pastu tengok sms maki hamun dia .. Baik putus jer .. Selamat hidup tenang jiwa !
Hari ini ..
“ Takde stok ! Nanti ada stok , i call u ..“
Seminggu sebelum itu ..
“ Tak pe .. u nak bayar cash kan ? Kalau u nak bayar cash , i kasi kurang skit . I kasi u hadiah lagi .. “
“ Ok .. itu hadiah bila nak kasi ? “
“ Bila kitorang deliver itu barang , i kasi sekali .. “ .
Luahan hati ..
Bila sampai masa , dia wat wat lupa .. Kalau takde stok , call pun tak . Buat diam jer .. Nak tunggu kita call , baru dia nak bagitau takde stok ! Kalau tak ?
Itu kedai tak terkenal . Kalau g kedai yang mmg ada nama dah , tak mintak pun diorang bagi ! Kalau nak beli , g kedai yang ada jenama ni haa .. Sakit hati pun tak .. Kedai jenama yang aku suka g ialah SENHENG berbanding COURT MAMMOTH ! Insaf nak g sana dah !