Kalau dia keturunan Goku , ini bermakna aku Goku la kan ? Ehehe ..
Ada yg tanya , mcm tk gunting rambut je Qhaliff ? Gunting je pun.. bukan kasi botak. Oter mana mana yg patutu jer .. hehe ..
Published with Blogger-droid v2.0.9
Kalau dia keturunan Goku , ini bermakna aku Goku la kan ? Ehehe ..
Ada yg tanya , mcm tk gunting rambut je Qhaliff ? Gunting je pun.. bukan kasi botak. Oter mana mana yg patutu jer .. hehe ..
Apakah tarian kuda kengkang ni jugak ke kita nak ikut ? Apakah kita tak boleh cipta tarian sendiri ? Bukankah kita ada banyak pakar ? Kan dana ada .. Buatlah pertandingan .. Mana yang juara mencipta tarian senamrobik yang baru , popularkan laa .. Kenapa perlu tiru ?
Satu per satu kita tiru pastu kata kita punya .. Paling tidak pun kata budaya nusantara .. Yang ni nusantara ke ? Kalau tarian kebudayaan Korea tu ok la jugak .. Bertukar budaya. Yang ni ???
Kalau anak anak tanya , mana asal usul tarian ni ? G tengok youtube.. Dengan perempuan yang tak .. hurmmm .. Fikir la baik buruk sikit bila nak meniru ..
Pelik .. makin bijak manusia makin malas berfikir .. Termasuk aku gak laa..
Perghhh ! Macam tak percaya jer apa yang aku tengok dalam filem ni ! Tak sangka mutu filem ni sebijik Hollywood .. Pada mulanya aku tengok filem ni , aku teringatkan filem THE ROCK lakonan Nicholas Cage dan Sean Connery yang best giler tu ..
Filem ni , mengisahkan skuad khas polis Indonesia yang terperangkap di dalam bangunan yang dimiliki oleh gengster paling ganas di bandar tu . Misi mereka mudah tapi menjadi sukar kerana salah seorang mereka adalah polis korup ! Tadaaa .. bermulalah episod Hollywood..
Aksi tembak menembak dan bergaduh , mmg mengujakan aku.. Real wehhh .. Tak sangka made in Indonesia ! Maaf , bukan menidakkan filem kita tapi bila aku tengok ada filem aksi yang box office giler babas punya kutipan serupa filem Hong Kong zaman Jacky Chan mula mula nak nak.. Bukan kutuk tapi sekadar pandangan ..
Psst… Polis kat bawah ni muka ala ala Khairul Fahmi Che Mat .. hehe .. Tapi aku rasa mamat bawah ni hensem lagi .. Nasib baik dia bukan kat Malaysia kalau tak, ramai awek confirm crush bom bang.. hahaha .. Jangan marah aa ..
Aksi ‘berdarah’ , mmg ala ala Rambo laaa .. Meletup letup darah aihh .. huhu ..
Tapi terlalu banyak sangat aksi gaduh menyebabkan aku jadi bosan skit .. Walaupun gaduh dia best tapi jadi boring ..
Apa pun , filem ni berbaloi untuk dijadikan koleksi .. Maklumlah , free .. hehehe ..
Seawal pagi dia jaga .. Turut sama ikut mak dia jaga .. Dan aku yang tidur lewat malam tadi akibat tengok movie yang menarik ( nanti aku bagitau eh ) , pastinya satu penyiksaan buat aku.
Tapi bila tengok muka dia.. dia senyum .. Ilang kejap ngantuk aku. Ilang 1 minit jer .. huhu ..
Satu pose selepas kenyang makan dan minum susu .. ke hisap susu ? Ke ? Apa apa je la.. Janji korang faham ..
Haaa.. nampak cam keras kan ? Rileksss .. aku tak campurkan lagi dengan susu ibu dalam makanan tu agar cari .. saja je wat gempak petang petang ni ..
Zasss .. lepas siap segalanya.. Mandi pun sudah .. Maka masa untuk tidurkan dia balik .. Malangnya , dia tak nak ! Dari dia bangun kul 10 pagi tadi hinggalah kul 1230.. baru dia nak lenaaaaa.. Puas gak la aku dok main ngan dia ..
Bila dia dah tidur , barulah aku berpeluang nak tangkap lelap jap … huhu.. Sementara tunggu bantuan susu tiba pada waktu lunch .. hehe.. Daddy lapar tak pe.. anak jangan lapar .. kan kan ?
Taaaapppiii…. 10 minit kemudian , dia jaga dengan mata yang cerah dan kembali menjerit suruh dukung !! Heeelllppp !!!!
Gambar semalam … Qhaliff dengan blogger , Broframestone di Alamanda ..
Gambar yang tidak berwatermark ni aku jumpa di Facebook. Maaf la yer kalau tak bagi kredit sbb aku pun tak tau empunya dan gambar dalam tu pun seperti perempuan omputer yang telah diedit supaya nampak gitu .. Tak baik edit gitu.. Jadi fitnah kooo ..
Pada mulanya aku terkejut gak .. teror giler dia lambung setinggi tu tapi bak kata orang , jangan mudah percaya pada gambar .. Baca komen tu dulu .. Menurut salah satu komen , katanya diedit. Aku percaya la sbb mana ada mak giler nak lambung anak setinggi tu kann .. huhu ..
Aku ngan Qhaliff lak .. setiap kali aku angkat dia tinggi tinggi ( bukan lambung ) , wife menjeling geram ! Haahaha .. Teringat satu isu dulu yang mengemparkan sesetengah blog. Al maklumlah , waktu tu baru sangat dalam dunia blog. Dah berlalu pun isu tu .. Rasa cam artis lak blogger ni kan ? Banyak benar kontroversi ..
OOk .. tolak tepi part cerita lama.. Tutup buku.. Boleh ke tidak lambung bayi ni ? Macam macam pendapat , informasi ada mengenainya. Baguskah ?
Carilah sendiri eh .. hehehe .. Kang aku tulis dalam ni , macam macam pendapat ada .. Kang ada yang terasa lak.. Jadi , korang la kongsi sendiri apa yang korang tau .. Aku , okeh kan aja ..
Inna lillahi wa inna ILAYHI raji'un
"(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh suatu kesusahan, mereka berkata: Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali."
Dari keratan akhbar Hmetro Online hari ni .. Takziah buat mereka dan Al-Fatihah dari kami ( saya dan rakan pembaca blog ).
Dalam kita dok termenung mengenang nasib diri , dalam kita tak sangka, ramai lagi yang lebih tidak bernasib baik berbanding kita . Apakah kita perlu tewas dalam perjuangan hidup ini ?
Apa yang berlaku , ada hikmahnya. Adakalanya kita terlalu leka dan lena dibuai mimpi hingga ALLAH menurunkan satu kejadian yang kita tak sangka membuatkan kita tersedar yang kita cuma sementara di bumi-NYA.
Hurm .. terlalu leka dan lalai kita ..
Yup .. tu gambar aku tapi akaun ni bukan milik aku. Dengan menggunakan nama HARITH ISKANDAR , dipercayai orang ni membuat fitnah terhadap orang lain antaranya Menteri Besar Kelantan , Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat ..
Aku malas nak ulas lebih panjang sbb ni bukan pertama kali salah guna gambar berlaku dalam internet . Buat mereka yang dah tau , terima kasih kerana beritahu kat aku . InsyaAllah , dalam masa terdekat , aku akan buat laporan polis .
Terima kasih ..
Aku , sebenarnya antara mereka yang bertuah dapat membesarkan anak di depan mata aku sendiri. Dalam diam tak diam , Qhaliff dah capai usia 6 bulan dan aku telah menjaganya sendiri selama 3 bulan yang mana aku pada mulanya tidak yakin sama sekali dapat menjaganya seorang diri !
Berkat kepercayaan isteri , orang tua , dan juga sokongan dari rakan rakan dunia maya , membuatkan aku tolak tepi semua perasaan tu .. Aku yakin mampu lakukan walaupun tidak sebaik seorang ibu lakukan .
Dan aku nak Qhaliff Iman , menjadi seorang anak yang jauh lebih baik akhlaknya dari aku ..
Aku bukan bercerita mengenai anak aku yang mana aku tau korang pun punya anak .. Aku sebenarnya sedang bercerita pada Qhaliff walaupun dia tak tau membaca .. Tapi ni adalah log dari ayahnya andai kata ayahnya tidak sempat bercerita tentang kehidupan pada Qhaliff ..
Yup , setiap malam .. aku akan renung muka dia sewaktu dia lena disebelah ibunya. Dan aku terpaksa tidur luar kerana dia conquer abis tilam ! Jangan risau , benteng dah dibuat agar dia tak terlajak berenang !
Qhaliff .. jadilah anak yang beriman kepada ALLAH . Hidup ini cuma satu dugaan dan kamu adalah dugaan daddy yang sangat mencabar ..
Muhammad Qhaliff Iman , andai daddy tiada lagi di dunia ini, harapnya blog ini mampu menghilangkan rasa rindu kat daddy nanti ..
Ini gambar pertama kali Qhaliff gunting rambut. Betapa baiknya hingga dipuji akak tu ..
ALLAH dah perkenankan doa ibu kamu untuk memperolehi seorang anak yang sangat comel , baik dan semoga menjadi insan yang cemerlang di dunia dan juga akhirat ..
Daddy bangga dengan kamu ..
Waduh , waduh .. Tak sangka ari ni leh lepak lama kat Alamanda. Ramai pulak orang yang aku jumpa kat sini . Ada yang bertahun tahun lamanya tak jumpa , leh terjumpa kat sini .. huhu ..
Itu kawan lama la.. Kawan maya pun ada gak yang tersempak tadi .. Jumpa NURUL NADIA MAMAT .. Blogger dan juga seorang yang aktif mengtweet di Twitter .. ehehe ..
Gambar kat atas tu .. Aku tak pasti sebenarnya Qhaliff dok main atau dok menangis ! Dia gigit sambil menangis ? Bila aku amik dia ok pulak . Bila bagi , dia main tapi menangis ! Geram sbb tak leh nak gigit ke ? Hehe.. tunggu ada gigi eh sayang ..
Ok sambung… Jumpa Nurul kat depan Baskin Robbin .. Haaa .. Nak pulak si Qhaliff ni didukung oleh Nurul haaa ..
Huh .. aku sua tangan nak amik , dia tak nak .. Amboi amboiii … Kemudian , bawak Qhaliff g beli baju dia memandangkan baju dia semua dah ala ala baju budak gymnastik .. hehe .. ketat gituu .. G beli kat Parkson ..
Di Parkson , ada sesuatu yang menarik minat aku ..
LET’S DONATE YOUR OLD CLOTHING atau dalam bahasa melayunya sedekah la baju lama anak korang tu haaa .. Untuk keterangan dengan lebih lanjut , sila ke Trudy & Teddy ..
Dan beli la beberapa baju untuk Qhaliff .. Sian.. bapak tengok jeer .. huhu … Tak pe la , asal anak nampak comel dah la.. Bapak nampak comel , mak tak senang duduk .. kan ? Hahaha ..
Pastu , g gunting rambut Qhaliff .. Apa ??? Qhaliff gunting rambut ??? Gambar mana ?? Tu nanti aku up entri lain eh.. hehe ..
Selesai.. Baliiikk.. Dalam perjalanan nak ke parking , jumpa seorang lagi rakan blogger .. PEMBAWA WACANA atau namanya yang diberi ayahnya, Ahsan Mubarak .. Blognya , WACANAKU2009 penuh dengan insiprasi kalau rajin baca dan fahami betul betul ..
Tup tup ..dah kul 6 .. ehh.. ada satu lagi .. lupa nak cerita .. Sebelum jumpa Ahsan , g ..g … makaannn ..
Kenny Rogers laaa .. apa lagi kan ? Hehehe .. Sedap ? Tentu laaa .. Mahal ? Tentu laaa .. Nak murah , buat sendiri .. kan kan ?
Selesai .. balik …. Alhamdulillah ..selamat sampai .. Sekian … Terima kasih kerana sudi baca.. Pecah kaca , pecah gelas .. Dah kasi pecah , silalah bayar !
Ahaa.. Jangan kumpul dosa kawan .. Tak baik .. Kita hidup ni , bukan confirm sampai dunia hancur .. Entah esok lusa , jalan … Kalau tak sempat mintak maaf camana ? Kalau dengan aku tak pe , aku maaf jer .. Tak mintak maaf ngan aku pun , aku maaf kan .. Selebihnya , mintak ngan ALLAH ..
Kalau benci atau tak suka , jangan dekati atau amik tahu langsung. Peliknya kenapa nak jadi bapokrazzi ? Olohh .. jangan gitu kawan .. Tak baik .. Kita jauhi apa yang kita tak suka. Dosa pon tak dapat kan ? Ke dah takde kehidupan sendiri hingga nak join kehidupan orang lain ni ?
Apa pun kawan .. Aku doakan agar kawan temui kebahagiaan yang di cari atas muka bumi ini . Jangan kaco orang supaya orang tak kaco anda .. ok my dearrrrrr ? Geli eh ? Hahaha .. Rileks arrr ..
Hidup kita ni sekejap sangat .. Jangan persiakan dengan melakukan sesuatu yang sia sia ..
Dia nak suap sendiri !! Tak sabar dah nak jadi orang besar ! Gigi pun takde lagi , ada hatiiiii nak suap sendiri .. huhu ..
Ni Qhaliff dok makan puree carrot .. Terlupa nak kisar sekali ngan kurma… Pasni nak campur sekali semua makanan dia dengan kurma. Nak ajar dia makan sayur, buah di usia baby ni .. Nanti besar tak liat nak makan sayur n buah ..
-iklan-
MAHUKAH ANDA MENJANA PENDAPATAN 5 ANGKA SEMINGGU ?
DENGAN HANYA 1 JAM SEHARI? ANDA DIJAMIN:
JAWAPANNYA ADA DI SINI ---> http://bit.ly/tfsv3
PREVIEW PERCUMA DISEDIAKAN. Jemputlah ke http://bit.ly/tfsv3 yaa :-)
Bila kita buat kerja , kita dibayar setiap titik peluh kita itu oleh majikan kita. Kita bukan hamba pada sesiapa sekali pun. Tak boleh kita mengungkit kembali setiap apa yang kita buat kerana itu sememangnya tugas dan amanah kita apatah lagi kita dibayar untuk melakukannya . Jika kita mengungkit setiap inci apa yang kita lakukan sedangkan itu tugas kita dan kita dibayar pula , apakah itu IKHLAS ?
Kalau asyik dok mengungkit dan ingatkan JASA yang kita buat , baik berenti je kerja dan buat je keje sendiri .. Senang cerita kan ? Ingat , setiap pekerjaan bersebab dan ada BOSS yang menilai dan membayarnya ..
Biarlah ALLAH saja yang menilai setiap apa yang kita lakukan ..