Hahahaha .. bijak , bijak ! Aku tak leh bayangkan kalau aku buat gini pada Qhaliff !
Di London , sebuah syarikat memperkenalkan pakaian unik yang membolehkan bayi ‘membantu’ ibu bapa mereka membersihkan rumah ketika mereka merangkak. Syarikat itu menggabungkan baju bayi dengan pembersih lantai (mop) yang dilekatkan pada bahagian tangan dan kaki.
Dikenali sebagai Baby Mop, pakaian itu membolehkan lantai rumah digilap ketika bayi terbabit belajar merangkak. Baby Mop dijual pada harga kira-kira RM120 sepasang.
Walaupun mungkin ada rasa tak sesuai atau mengarut sekurangnya mereka datang dengan satu idea yang mengabungkan 2 dalam 1 .. Ok la kan ? Hehehe..
Amacam ? Hahaha .. Kalau Qhaliff pakai ? Tunggu nanti nanti nak pindah umah baru .. hehe .