Dulu datang , dia dalam perut lagi.. Pastu ada la sekali dua .. tapi dia kecik lagi .. Kali ni , dia dah nak masuk 9 bulan tapi berlagak dah cam dah 2 tahun ..
Cuaca cerah petang tadi .. Memang best la bergambar .. huhu …
Dulu datang , dia dalam perut lagi.. Pastu ada la sekali dua .. tapi dia kecik lagi .. Kali ni , dia dah nak masuk 9 bulan tapi berlagak dah cam dah 2 tahun ..
Cuaca cerah petang tadi .. Memang best la bergambar .. huhu …
Guna je kereta ni haa .. Senang , bergaya dan menjimat malah menyihatkan .. Pagi pagi dah bersenam kan ? NAk g kerja yang jaraknya cuma tak sampai beberapa kilometer , kena la keluar satu atau dua jam lebih awal padahal sebelum ni tak sampai 5 minit dah sampai opis !
Yelah , kat TV3 pon iklan AES dah up .. Seolah olah macam nak suruh rakyat jelata sedar akan kepentingan AES yang mana inginkan rakyat Malaysia memandu dengan berhemah ..
Tapi pelik kan ? Kamera diletakkan di kawasan kawasan yg confirm sapa lalu kena saman .. Apa tujuannya yer ? Baik letak je bonggol ! Tak kira la highway ke tak .. Kalau dah highway pon kena saman , baik letak je bonggol tu setiap 1km .. baru best !
Dah la tu , saman dikenakan sangatlah membebankan buat mereka yang ‘terperangkap’ dengan kamera AES ni haa ..
Letih nak bicarakan pasal AES ni .. Aku harap , kata putus dapat diberikan sebelum PRU .. Diteruskan atau tidak .. Aku tak sabar nak memangkah dah ni ..
Kalau VVIP lalu dengan escort , leh lak laju eh ? Lain kali keluar awal boleh tak ? Tertanya gak , rakyat didahulukan , dari segi mana yer ?
Lama gak la dia menyendiri dengan menyandarkan diri di dinding itu haaa ..
Panggil dia , cuma senyuman je dia lemparkan .. Hahah .. Amboiii .. Mentang mentang la cute cam daddy dia ..
Haih … Pandai dah menyendiri skang ni .. Hahaha .. Ni belum betul betul merajuk .. Kalau dah tau ? Jenuh gak daddy dia nak pujuk .. Nasib baik la pengalaman penuh bab pujuk memujuk ni .. hahaha ..
Huhu .. bijak dia gunakan kaki dia utk menahan badan aku dr mengigit pipi dia .. Hahahaha ..
Haaa.. baguslaah ..
Dalam diam tak diam , dah nak masuk 9 bulan dah usia Qhaliff .. Dah mula nak menyelongkar dan tamo sangat nak didukung ..
Hurm.. Tidur ? Tuuu .. tdo dengan sendirinya dah .. Tak yah nak dodoi .. Dalam dok main , tiba-tiba lena sendiri .. hahaha .. Teringat zaman aku muda muda dulu .. Jap , aku muda lagi kan ?
Budak kecik ni , semua bijak.. Terpulang pada kita camana nak corakkannya .. Aku , risau lak kalau tak bijak mencorakkan dia .. Hurmm ..
Seperkara yang aku tau , dia ni mmg tak leh ada orang tinggikan suara kata dia .. Mesti dia terkejut dan muka jadi cuak .. Tu perangai mak dia yang dia dapat .. hehehe ..
80kmj jer hadnya ! Semua kereta blkg aku potong dgn comelnya.. Aku senyum je la .. Rasanya semua kereta yg lalu kat Putrajaya akan dpt saman ? Aku rasa , baik letak tol dr letak kamera , kan ?
Ni kira aku memandu sambil menghirup udara segar dan mengira pokok pokok yg ada kat situ ..
Mmg mendamaikan .. Haa.. Pekata tukar nama AES ke AEdeS je ?
Duk umah lak eh .. Jaga mummy eh .. Daddy , nak bersantai kat gym lak eh .. Eh , eh .. ehhh..
Dasat .. 2 kooo .. Satu kat Putrajaya , satu lagi kat ..tah mana taah.. Surat saman nun sampai kat Kelantan tu haaa.. Tapi bila check SMS dan online , takde la pulak ..
Haih .. Kalau AES , mmg tak bayar laa .. sbb ngarut benar aihh .. Aku pandu laju takat mana aihh.. Myvi standard je pon.. Kira macam naik keldai tapi berlagak macam naik kuda lumba haaaa ..
Entahlaah… Bosan betul ngan saman saman ni.. Senang betul nak tarik duit balik .. Kot ya nak saman pon , ikut la cc kereta .. baru adil .. Ni kereta orang kaya ,bantai laju kena saman sama gak harga ngan mereka yang berpendapatan rendah macam aku ni haaa.. huhu ..
Aku tau.. ada yang kata , dah tau berpendapatan rendah sapa suh bawak laju kan ? Laju mana sangat laaa kalau baru nak memecut , kereta belakang dah bagi lampu besar ! Hahahaha ..
Bawak slow , kita bahaya .. Bawak laju , kena saman .. Tak bawak apa apa , naik bas ? Perghh ..
Camana aku leh tertipu ? Hari tu sewaktu aku bawa Lyssa Faizureen pusing pusing Alamanda , singgah jap depan GSC dan terpandang trailer LAGENDA BUDAK SETAN 2 .. Aku bagitau dia yang aku terpikat dengan sinematografi filem tu dan berminat nak menontonnya tapi sayangnya aku tak berkesempatan berbuat demikian .
Dan ternampak di MSTAR ONLINE tadi , coretan dari penulis artikal di situ mengatakan filem LBS 2 tu tak menarik ? Waaahhh .. Apakah aku jenis mudah tertipu dengan trailer ? Huhuh..
'” Adaptasi bahagian kedua ini dilihat lebih rapi dan dekat dengan novel asal.
Pendekatan itu wajar dipuji tetapi kesannya momentum filem ini dirasakan sangat hambar dan perlahan.
Lebih memburukkan penilaian, konflik-konflik yang diselitkan sebagai sub-teks LBS2 juga dilihat kurang meyakinkan.
Konflik-konflik itu mungkin disulam dengan efektif dalam novel tetapi sayangnya ia kurang menjadi apabila diterjemahkan menerusi visual.
Akibatnya, segelintir penonton tidak boleh lari daripada dibelenggu kebosanan pada hampir keseluruhan filem. “
Baca lanjut di SINI ..
Hurm … hurmmm .. Sayang betul novel karya Ahadiat Akashah ni tak menjadi dalam filem .. Kalau dalam novel , confirm ada yang meleleh air mata .. huhu ..
Ni yang malas nak g tengok filem tempatan ni . Tapi tak adil la kan nilai gini kan kan ? Tapiiii .. sejak akhir akhir ni , mmg menghampakan , kan ? Apa nak buat .. hakikat ..
-IKLAN-
PANDUAN MEMILIH KOLAGEN YANG BAIK. Ada 8 panduan semuanya....[sumber: Aula]
1) Lebih baik pilih dalam bentuk makanan dari di suntik untuk memastikan sistesis enzim mengoptimumkan serapan ke dalam tubuh badan
2) Pilih size kolagen sekurang-kurangnya 1000 dalton dan ke bawah. Microfine size mmbantu penyerapan yang baik kerana size ini adalah paling optimum diserap oleh sel, maka setiap kolagen yang di ambil up to 100% diserap dan memberi efect lebih cepat.
3) Pastikan setiap pemilihan kolagen mempunyai emolient yang unggul dan boleh mengunci kelempaban yang berpanjangan.
4) Pastikan kolagen mempunyai antioksidaan yang tinggi untuk mengurangkan kesan pra-penuaan
5) pastikan supplemen itu mempunyai elemen vitamin B-Complex untuk membantu sintesis atau pembentukan kolagen dari tubuh kita sendiri
6) Kolagen juga penting bukan sahaja untuk kekal cantik tapi kesihatan sendi juga perlu dijaga maka adanya kandungan glucosamine adalah bonus point untuk mendapat sendi yang sihat
7) pastilkan setiap kolagen itu mempunyai bahan yang merangsang pembentukan asid hyaluronic yang memberi kesan kulit lebih tegang kerana ia berfungsi mengikat kolagen dengan serat yang elastin
8) Last but not least pastikan ia SELAMAT dan tidak bertoxin kerana we want MAGIC potion into our body not TOXIC!!
Amacam ? Nak tau dengan lebih lanjut lagi ? Klik SINI ..
Hehehe..tak perlu risau dah kalau nak bawak Qhaliff gi mana mana .. Sediakan 2 menda jer ..
1. Susu .. Kasi penuh ...Confirm dia tenang ..
2. Kalau susu abis , dia mula wat kaco ..pasang video ABC dan ALIF BA TA ..
Daddy leh join skali .. hehehe .. Ada dua dua tu , dia confirm tdo dlm kereta ...
Lalalalala ..
Dgn aku aku skali join pening .. Mana taknya, tak dpt sambung permit sbb bas dah 'pencen' padahal elok je lg dan slalu buat check PUSPAKOM .. hurmm..
Nak tukar bas baru , permohonan tak lulus .. Bukan bas mak aku je dgr citer .. Byk lg tak dpt sambung permit dan kena lupus ..
Minggu dpn nak cuba buat rayuan lagi sekali .. Kalau tak , sure byk bas haram akan beroperasi tahun dpn ..huhu..
Rakyat didahulukan ..
Hahaha .. susah nak kawal dia kebelakangan ni .. Nak main lebih dia ..Jadi ,bwk dia g umah mak aku ..Kat sana ada dua sepupu dia yg sudi nak layan dia main .. huhu ..
Ni tdo dah dia lepas mkn oats td .. Makan oats bgs utk dia sbb pastu senang dia .. ukkk ukk.. hehe..
Camana aku nak update blog skang ni kalau Qhaliff dah mula buat aksi aksi spiderman ??? Nak tunggu dia tidur , perghhh … mmg liat laaa .. Kena pastikan dia puas main dan kepenatan baru nak lena ..
Pagi ni , dia mmg ngantuk tapi melawan tamo tidur .. Nak merangkak bermain .. Adehh .. Dalam kereta tadi , ngantuk sangat .. masuk rumah cerah ! Huhu ..
Aku , nak cari idea update blog terutama pasal 21.12 , tak dapek laaaa ..
Jap lagi , g umah mak aku .. Kat sana , baru dia nak tidur lama sbb dapat buaian ngan aircond .. mmg lena laaaaa ..
Hurm .. tapi berlaku bila nak tidur mcm masa mula lahir dulu .. Bila baca ayat kat dia , lena terus ..