Pernah dengar,kan ? Tapi aku ubah sikit .. Hurmm .. Zaman ni , ada anak sanggup buta mata hatinya semata-mata kerana cinta yang belum tahu penghujungnya walaupun telah menikah . Apakah telah selamat bila menikah ? Apa jadi bila perjalanan yang dimpikan hanya setengah jalan ? Kemana nak pergi bila segala yang kita ada , telah kita buang , semata-mata kerana cinta ?
Hurmm .. Untuk anak gadis yang sedang baca bisikan hati aku ni … Kalau nak cari suami , jangan semata mata nakkan kita .. Atau kalau terima keluarga kita sekali pun , hanya hujung hujung mata jer .. Bukanlah suruh junjung keluarga kita tapi sekurang-kurangnya , hormat dan layanlah seperti keluarga sendiri.
Kalau dapat yang berharta , penyayang , setia pada agama , mmg bonus benar buat si gadis .. Tapi kalau tak dapat yang kaya , dapat yang beriman , penyayang serta sering mengingatkan anda akan kehidupan dan kematian ini adalah ujian dariNya , bersyukurlah ..
Elakkan dari lelaki yang berpura-pura. Boleh baca karektor manusia begini .. Sangat mudah . Senantiasa bawa berjumpa dengan ahli keluarga kita .Tengok cara si dia bergaul .Jujur ? Ikhlas ? Segalanya boleh nampak dari situ .
Ada yang kata bab duit tak kisah . Bila kawin nanti , sama sama cari .. Bayangkan jika dapat suami yang sekadar bagi duit lampin dan susu anak .. Selebihnya , dia kata anda dah ada duit sendiri untuk sara diri sendiri … Duit baki gaji dia buat apa ? Hurmm ..
Jangan kerana cinta , buta segalanya ..Telan apa saja .. Diri sendiri merana .. Kalau diri sendiri saja tak pe .. Camana dengan anak anak yang masih kecil ?