Kalau kacau dia,tu yang akan dia buat ! Automatik !!Anak kawan aku yg sebaya dia , pon sama gak !
Dah masuk fasa guling guling kah ???
Published with Blogger-droid v2.0.10
Kalau kacau dia,tu yang akan dia buat ! Automatik !!Anak kawan aku yg sebaya dia , pon sama gak !
Dah masuk fasa guling guling kah ???
Bdaman .. dah jadi kegilaan budak budak zaman ni . Aku tertanya gak camana dan apakah yang buat mereka sampai gilakan mainan dari siri katun popular kat tv ni ..
Ok la .. ada yang main cam biasa je .. Tapi ada yang siap bertaruh !! Ada sasaran dan sapa yang kalah , Bdaman dia akan dirampas serta jadi milik si pemenang ! Tu diaaaaa aihhh …
Tapi ada yang bijak.. Dia beli , dia main dan jual dengan harga yang jauh tinggi ! Dan menariknya , ada yang sanggup beli tuuu ! Hahahha .. akal budak skarang ..
Zaman aku , nak Transformer pon tak sampai hati nak mintak kat orang tua .. Kalau mintak pon , takkan dapat punya .. huhuhu . Duit sendiri , kena simpan tabung ..
Hurmmm…
Kejap je masa berlalu .. Dulu , merangkak … aku dok buli dia .. Bila dia geram , dia gigittt kain ..
Sekarang ni aku lak kena buli ! Tamo jalan pegang tangan sbb ada je menda nak kutip ! Kalu tak tengok , ada la tu nak dimasukkan dalam mulut ! Banyak sangat rasa ingin tahu diaaa …
Kena amik tugas sepenuhnya apatah lagi bila dia mula mual, loya dan pening pening ! Maka tugas aku berganda dari sebelum ini .. Heeheheh ..
Tak kisah laa… Dah wife mengandung kan ? Takkan nak marah dia lak ..
Bila dah pandai berjalan ni , maka setiap petang mmg akan bawak dia berjalan-jalan cuci mata .. kasi fresh skit memandangkan seharian duduk rumah .. Leh tensen woooo ..
Saja nak tengok gak gaya dia bila kat luar. Camana dia nak berkomunikasi dengan rakan rakan yang boleh dikategorikan sebaya ..
Hurm.. dia segan .. hehehe … Lom masanya lagi ..
Masuk dalam rumah , siapkan dia .. Tugas masak makanan Qhalif , masih lagi wife yang buat. Aku ? Hurmm.. serius , aku malas sbb akan dapat ‘arahan’ dari wife . Part tu yang aku tak suka. Aku nak , aku buat sendiri tapi bila ada orang kasi perintah , haaa.. malasss dahh !
Lain lain , ok je aku buat.. hehehe …
Adoiiiyai.. Nasib baik laaa dia dah belajar skill mengelak dari aku ! Kereta merah ni ditolaknya gitu saja .. huhu .. Tak berani nak naik pon ..
Terus dia melompat tinggi ke atas keretanya ! Huh ! Bakal ganti Jacky Chan ni .. Tapi jangan la Qhaliff jadi pelakon. Nanti bersepah je dvd pirate . Penat jer .. hahahaha .. Tak berbaloi kooo .. Glam je lebih..
Kunci kereta , sila simpan di tempat yang tak boleh dicapai oleh anak kecil kita mahupun anak besar yang belum ada lesen memandu yang sah !!
Bila dah jadi kes gini , nak tuding jari atau menangis air mata berdarah pon tak guna .. Hurmm ..
Qhaliff sendiri pon dah pandai main gear dan stering. Bukan ajar tapi disebabkan dia dok selalu memerhati apa yang ayah dia buat dalam kereta maka itulah yang mereka tiru ..
Ada mak ayah yang kasi anak mereka start enjin kereta dan ajar guna gear walhal anak tu belum kenal huruf pon … Jangan gitu. Bahaya sangat ..
Takziah buat mereka .
Perghhh .. dah pandai guling guling dah sekarang ni kalau tak dapat apa dia nak ! Tu belum lagi bantai menangis beria ria .. Ni mesti belajar dari mak dia niii .. huuhu …
Apakah akan jadi kalau aku tak layann ? Dia akan berenti menangis dan tengok aku. Pastu senyum dan kembali bermain .. Adoiiiyai.. Akal akal…
Patutlah ada parents dah pesan .. Jangan layan sangat dia menangis .. Memang diorang ni dah tau akan dipujuk dan akan buat lagi ..
Kalau aku marah dia ? Ada la saja aku marah dia .. Tau apa dia buat kat aku ? Dia marah balik dengan mata berair ! Huhuu.. sian la pulak. Bila pujuk , aku dibulinya balik !
Aku ditawar menyertai konvoi Harley Davidson – Petronas bersama beberapa orang rakan blogger lagi . Perghhh .. Memang impian aku laaa nak konvoi jauh dengan motor easy rider ni ..
4 hari ! Itu yang dinyatakan . Dari KL, ke Terengganu ..bermalam di sana kemudian ke Pulau Pinang pulak .. Tidur di Hard Rock Cafe Hotel weh ! Huhuhuh …
Telan air liur dengar ! Aku ingat nak bincang dengan wife .. Pengalaman untuk aku coretkan dalam blog .. Pasti menarik ! Tapi .. hurmm .. aku fikir kembali ..
Hari tu , aku ke Penang dan Perak untuk 2 hari pon aku dah rindu giler kat Qhaliff dan Qhaliff lak siap demam lagi ! Itu baru 2 hari ! Inikan pulak 4 hari !! Mau kering air mata aku menitis .. huhu .. Cehhh ..
Satu lagi alasan .. wife tengah mengandung kan ? Dia dok loya loya .. Kuat lak tu. Bau tandas pon tak leh .. camana tu ? Kalau dia berdua je ngan Qhaliff , camana ? Hurmmm .. Pastu nak drive gi kerja .. Haihhh..
Tak leh tak leeehh .. Aku tolak demi mereka .. Tak pe la , bukan rezeki aku .. Aku ok jer .. Janji aku ada dengan keluarga aku .. walaupun geram dengan Qhaliff yang dah mula ‘pukul’ aku dengan hanger !
Majalah ni masih baru lagi di pasaran. 6 keluaran baru .. Ok la , kan ? Aku terima pelawaan mereka dengan rasa bangga di hati. Yelah , blogger semakin mendapat tempat di dalam majalah terutama blogger lelaki yang tak memperagakan shawls .. hehehe ..
Aku terima panggilan telefon dari Puan Mastura , wartawan yang ditugaskan untuk menemubual aku dalam ruangan Timang Timang di dalam majalah Ibu Dan Anak .
Menurutnya , aku adalah lelaki pertama yang menghiasi ruangan itu dan juga majalah tu kalau tak silap aku la .. Yelah , majalah IBU DAN ANAK .. Aku pon bertugas sebagai ibu gak kan ? Heehe ..
Seperti yang dijanjikan , aku ke Alamanda jam 3 petang bersama Qhaliff . Bertemu di tempat yang penuh pokok buluh ni , untuk sesi bergambar. Serius , tempat ni mmg cantik dan ramai tak tau kewujudannya.. Hehehe ..
Cuaca agak panas dan Qhaliff , aku ingat dia dah cukup tidur untuk menstabilkan mood dia rupanya .. tidak ! Adehh .. Kan sini gak dia wat hal ..
Memang berpeluh la aku dibuatnya ! Adoii.. Susah benar nak tangkap gambar aku dengan dia ..
Ke sana sini dia berlari dengan memegang daunan sebagai alat mempertahankan diri ! Tak cukup dengan daun , spek aku jugak jadi sasaran ! Haihhhhh ..
Selepas bergambar , baru la sesi berbual .. Aku mintak dibuat kat Roti Boy. Sejuk skit kat sana . Namun Qhaliff masih tak reti duduk senyap. Memang menduga kesabaran aku sungguh ..
Sempat buat setengah jam jer kat situ. Tak banyak dapat diceritakan sbb dok kejar Qhaliff jer .. hahahhaa .. adoiyaiiii .. Sabor jer ler..
Jam 4 petang.. selesai . Menurut Puan Mastura , inshaAllah bulan depan terbit isu ni .. Aku tengok dah keluaran bulan ni .. Memang kemas la majalah ni.
Terima kasih Ibu dan Anak ..
Beberapa hari yang lepas , aku upload gambar aku di Alamanda dengan Qhaliff bersama rakan blogger , Sue Joshua yang kebetulan ada di sana bersama keluarganya .
Meletup jap kat FB dan Instagram aku ! Ramai kata aku dah boroi !! Hahahahha .. Aku ok je .. Biasa sangat dah dengan berat badan aku yg kejap naik kejap turun ni ..
Aku kata kat mereka yang aku akan kurus dalam masa 3 bulan ! Tapi dalam tempoh 3 hari , aku dah berjaya kembalikan ke bentuk badan seperti dulu !!
Tak percayakah ? Aku berjaya lakukannya !!
Ada yang kata aku tahan nafas .. Ada yang kata gambar edit .. Ada yang kata tu bukan aku tapi Brad Pitt .. Adoi.. Aku tak tau nak kata apa dah .. Aku terima je ketentuan Allah ..
Apakah rahsianya ? Hehehehe .. Nak tau ? Perghhh .. Zaman ni zaman SILA PM kalau nak tau ! Hahahaha .. Ingat freee keeer ??? Mana blehhh ..
Ok ok .. aku kongsi la skit .. Korang pon sedia maklum yang aku ni dok keluar masuk gym dah berbelas tahun. Jadi , tips nak bakar lemak badan aku sendiri ni , mmg dalam poket aku laaa ..
Memula , diet . Aku mmg stop makan berat sejak hari Isnin. Aku makan biasa biasa je sekali sehari . Dan minum air banyak . Sebelah pagi dan petang , jogging dan bersenam .
Selain tu , aku ada amik suppliment untuk pembakaran lemak bila bersenam. Jadi peluh mencurah curah la keluar .. hehehehe .. Dan hasilnya , tadaaaaa ..
Gambar pertama tu sebenarnya baru lepas makan laksa dan char keow teow … Dua pinggan ko.. Pastu baju tu pulak menambahkan lagi keburukan fizikal aku. Sbb tu aku cool jer .. hahaha ..
Gambar kedua .. Aku dah diet dan jaga makan walaupun masih makan aiskrim.. hehehe .. Aku elak makan berat sebelah tengahari dan malam . Apa yang aku makan ? Aku kongsi makan makanan Qhaliff ! Hehehehhe .. Sian dia .. Makanan dia takde minyak , garam dan gula .. Sedap wooo ..
Cabaran masih belum tamat … Aku kena mantapkan lagi hingga bulan Disember untuk buktikan pada mereka yang aku bukan tahan nafas ! Hahahahha …
Gambar ni kat Alamanda , Putrajaya yer. Sekadar mengambarkan camana kitorang anak beranak berjalan jalan setiap petang ..
Aku bwk Qhaliff jenjalan dpn umah lepas aku berjogging untuk membakar lemak. Menyahut cabaran kengkawan untuk buktikan yang aku boleh kurus dalam masa terdekat .. Ok , itu entri kemudian ..
Kelihatan sekumpulan anak gadis sedang bermain badminton dgn riangnya. Tiba tiba salah seorg menegur..
" Hi dikk..nahhh raket ... jom main badminton .. " . Qhaliff kelihatan malu malu . Terus menyorok belakang aku ..
Aku senyum je. Awek comel tu berkata lagi ..
" Nama sapa , bang ?" .
" Ben .. " . Jawab aku.
" Oh , nama anak abg .. Ben eh ? ". Dia bersuara lagi.
" Er .. tak.. tu nama saya.. ". Aku balas.
Aku tersengih dan terus masuk rumah .
M.A.L.U.
Ok … itu aku up di FB tadi .. Tu diaaa … Punya laaa ramai bantai gelakkan aku ! Amboiiiiii .. seronok korang ehhh .. Hakikatnya , itu cuma imaginasi aku jer .. Walhal sebaliknya gini ..
“ Dikkk … olololo… comelnyaa diaaa .. Malu malu lak dia .. “. Awek tu kata ..
Ok , aku tau dia nak tujukan ayat tu kat aku tapi dia saja wat wat tuju kat Qhaliff .. Ala , aku lama dah makan garam .. Darah tinggi pon takde dah .. hahahaha ..
“ Naahhh , raket.. jom main badminton … “. Awek tu ajak ajak ayam walhal aku tahu dia nak ajak aku bermain bersama sama diorang .. Terasa jap cam Fahrin Ahmad ketika tu .. hahahaha ..
Qhaliff melarikan diri . Maklumlah , nak jaga teruna .. Merah muka dia .. Muka aku pon merah . Malu okeh bila awek awek muda mai tegur aku .. hahahah ..
“ Bang , nama dia apa ? “ .. Awek tu memberanikan diri bertanya . Ala , nak tanya nama aku ..cakap je laaaaa .. Aku tak kisah punyaa.. Dalam hati aku berkata gitu ..
“ Qhaliff Iman.. “ . Jawab aku dengan penuh ramah dan kesopanan .. Hehehe.. Mesti tertekan korang baca kan ? Hahahaha .. Rileksss ..
“ Ooo…. “ . Dan tak pasai pasai , semua panggil Qhaliff .. Lagi la mamat ni lari .. malu la kononnnnn .. Aparaa .. Gi la tunjuk skill skit .. Daddy nak tunjuk skill , risau je lesung terbang dari atas bilik atas .. Muka ni nak jaga lama lagi wooo ..
Memandangkan dia dah lari , aku bawak masuk Qhaliff ke dalam rumah sambil melemparkan senyuman dan jelingan yang amat menakjubkan pada mereka ..
Auwwwww .. Itulah yang sebenarnya berlaku , okeh !! Aku tau korang tak percaya punya .. Sebab tu aku reka yang pertama tu .. cOnfirm korang percaya yang rekaan dari realiti .. Apa nak buat .. itulah kehidupan …
Terdengar di Sinar Fm td .. Bila berlaku kemalangan , ada yg mengambil kesempatan yakni mencuri barang milik mangsa. Tak kira la samada mangsa masih berada dalam kereta mahupun dah di bawa ke hospital lalu kereta yang mengalami kemalangan tersebut akan dipecah masuk ! Tahukah ianya satu kesalahan ?
Baru-baru ni ada kes kemalangan melibatkan lori bawa kambing . Abis kambing kambing tu terlepas. Dengar cerita , orang yang berada di situ menangkap kambing tu dan bawa balik rumah . Kira dah jadi hak sendiri ! Boleh ke gitu ?
Apa gile ni ??? Dah takde perasaan ke ? Inilah bala bila dunia menjadi keutamaan. Hati mati !!
Gambar kat bawah ni , kes kemalangan yang melibatkan kereta pikap bawak duit syiling terbalik .. Maka ramai la yang gi ‘ menolong’ mengutipnya ..
“ Lori Bawa Duit Syiling Kemalangan, Orang ramai Berpesta Pungut Syiling Bertaburan .. “.
Aku up status ni di Facebook dan ramai kawan kawan berkongsi cerita dan pendapat .. Antaranya ialah ..
Ianya berlaku dalam masyarakat kita yang dikatakan penuh dengan sikap lemah lembut , sopan santun , tolong menolong.. Apakah masyarakat kita atau kita sendiri sudah pentingkan diri sendiri ?
Aku baru perasan . Mungkin masa tercipta lukisan ini , aku kat luar bilik dan dia dalam bilik ngan mak dia .. hehehe .. Sangap sangat la kot kena paksa tidur . Tu yang dia menconteng sana sini ..
Nasib baik la wife beli krayon yang mudah dipadam. Kalau tak ??? Confirm aku cat rumah aku ni dengan warna hitam ! Hahahah .. Tapi sebenarnya semua ni akan menjadi satu kenangan bila semua dah besar .
Hurmm… Bila sebut mengenai perkembangan anak ni , sekejap je dia dah besar. Masih terasa lagi dia berusia sehari di tangan aku ni dan kerapnya aku ke hospital kerana penyakit kuningnya tu ..
Nasib baik la ada blog ni sebagai kenangan untuk aku rujuk bila rindukan saat saat dia kecil dulu .. hurmm .. Contenglah Qhaliff .. daddy okeh je.. Memang beli rumah ni untuk diconteng pon ..
Baru-baru ni aku ada hadiri satu taklimat kecantikan yang dianjurkan oleh Beverly Wilshire Medical Centre di Wisma Dijaya yang terletak di Jalan Tun Razak , Kuala Lumpur.
Kenapa aku terima pelawaan mereka ? Hehehe .. Biasanya kita dok dengar pelbagai cara dan teknik dalam bidang kecantikan ni dan paling popular ialah melalui pembedahan.
Dan menariknya , teknik yang diperkenalkan julung kalinya di negara kita ini , tak perlukan sebarang pembedahan dan ianya berkesan dengan amat pantas sekali !
Teknik kecantikan ini dipanggil Liposonix ! Gambar dibawah ini menunjukan penerangan bagaimana Liposonix berfungsi . Menarik sekali kerana ianya hanya mengambil masa sejam saja dan tiada sebarang parut pon ditinggalkan malah kelihatan perubahan selepas itu.
Dimanakah ianya berfungsi ? Pastinya tempat paling banyak lemak degil iaitu di perut dan juga pinggang .. hehehe
Gambar diatas adalah contoh bagaimana rawatan Liposonix sedang dijalankan .. Dengan menggunakan High-intensity focused ultrasound sebagai pemecah lemak degil buat mereka yang takde masa nak bersenam atau dah cuba berkali kali untuk hilangkan tapi tak berjaya , pastinya kaedah ini dapat membantu mereka tanpa perlu melakukan pembedahan.
Biasanya kesan positif dapat dilihat selepas 8 hingga 12 minggu . Dan ada beberapa kesan sampingan ringan akan dialami oleh pesakit.Antaranya kesannya ialah temporary redness, bruising, discomfort, dan swelling..
Tu je pon .. Yelah , buat mereka yang nak kurus dengan pantas rasanya cara ni mmg sesuai la .. Utk lebih lanjut , sila ke http://www.liposonix.com dan video mengenainya di SINI dan cara rawatan di SINI .
Dan satu lagi yang aku pelajari hari itu ialah teknik Thermage untuk rawatan pada muka.
Bagi mereka yang nak hilangkan kedutan atau juga jeragat , rawatan ni mmg sesuai sangat ! Tanpa pembedahan , teknik Thermage ini mmg memberi kesan buat mereka yang dah melaluinya !
Sangatlah mudah buat mereka andai tiada masa untuk melakukan senaman dan juga ingin terus kelihatan muda ! Hehehe ..
Bagi mereka yang nak mengetahui dengan lebih terperinci , sila hubungi :
Beverly Wilshire Medical Centre |
Level 8 & 9, Dijaya Plaza, No. 237 Jalan Tun Razak, 50400 Kuala Lumpur |
Tel: +603 2118 2888 / +6018 238 2888 |
Email: enquiries@beverlywilshiremedical.com |
Business hours: Monday-Friday 8am-2am / Saturday 8am-3am |
Enhanze Medical Aesthetics Centre |
Suite 206, Level 2, Block D, Phileo Damansara 1, No. 9, Jalan 16/11, Off Jalan Damansara, 46350 Petaling Jaya, Selangor |
Tel: +603 7960 1788 Fax: +603 7960 2788 |
Email: customercare@en-hanze.com |
Business hours: Tuesday – Friday 10am-2pm / Saturday 10 am-5pm |
Dr Alice Total Wellness Specialist |
No 62-1, Jalan Maarof, Bangsar Baru, 59100 Kuala Lumpur |
Tel: +603 2282 0994 (Bangsar) / +603 3324 6994 (Klang) |
Email: info@alice2u.com |
Business Hours: Monday-Saturday 10am to 8pm |
Klinik Ko (Puchong) |
52A, 2nd Floor, Pusat Perdagangan 1 Puchong, Jalan OP 1/5, Off Jalan Puchong, 47160 Puchong, Selangor |
Tel: +603-8076 4713 / +603 8076 4715 |
Business Hours: Monday-Friday 10.30am-7pm / Saturday 10.30am-6pm |
Sands' End Aesthetics @ Klink Ujong Pasir |
71E & 71F, Jalan Ujong Pasir, Ujong Pasir, 75050 Melaka |
Tel: +606-2862988 / +606-2838388 |
Email: sandsend@sands-end.com |
Business Hours: Tuesdays-Saturdays 9am-1pm, 3pm-5pm / Sundays and Public Holidays: 9am-1pm |
Qhaliff masih menyusu badan. Dan ibunya pula sedang mengandung. Dah nak masuk 6 minggu . Persoalan di hati aku dan kawan kawan yang prihatin .
“ Masih boleh ke menyusu ? “ .
Sebelum ni, wife pernah mengandung tapi ‘tak jadi’. Bila gi pakar , katanya faktor menyusu badan ketika mengandung berpotensi juga menyebabkan kes keguguran gini . Tapi bukan majoriti ! Ikut orang katanya. Kalau badan tak kuat , maka boleh terjadi .
Namun masih ada yang mampu melakukan dua dua sekali yakni menyusu anak kecilnya dan juga mengandung ! Alhamdulillah , anak sihat jer ..
Kalau rajin google , maka akan dapat la jawapan dari pakar pakar sakit puan ni . Malah penjelasan dalam majalah khas juga ada . Antara nak cari atau tidak je ..
Dalam artikal di blog Dr.Zubaidi , beliau ada menerangkan dengan panjang lebar mengenai isu ni .. Aku amik skit eh ?
“ Bagi wanita yang mendapat nutrisi yang cukup dan rehat yang diperlukan, tentu tidak ada masalah untuk menyusukan anak dan hamil dalam masa yang sama. Doktor akan monitor pertambahan berat badan wanita hamil setiap kali datang untuk pemeriksaan antenatal bagi memastikan mereka cukup nutrisi yang diperlukan. “.
Namun begitu ,doktor tidak menggalakkan penyusuan jika kehamilan itu mempunyai masalah seperti :
Hurmmm … Selain dari banyak membaca , dapatkan juga nasihat dari doktor pakar ! Jangan memandai mandai yer ..
Rujukan : http://drzubaidi.com/blog/?p=2042