Pagi tadi , aku ke Mid Valley bersama keluarga aku .. Seperti biasa , tugas mendukung Qhaliff , adalah tugas aku memandangkan wife mengandung ..
Selepas parking kereta , berjalanlah menuju pintu masuk ke dalam Mid Valley. Depan aku ada sorang budak lelaki berbangsa cina yang aku rasa dalam lingkungan 10 tahun bersama mak dan adik perempuannya. Nampak gaya seperti orang berada.
Mereka sampai ke dulu dan mak budak tu masuk manakala budak tu menahan pintu sambil memandang aku. Aku senyum dan melangkau masuk sambil mengucapkan terima kasih dengan jelas padanya !
Terasa terharu dihati aku. Yelah , budak tuuu .. Bukan senang zaman ni nak tengok budak kecik buat gitu ! Yang besar pon dengan selamba berebut dengan kita yang sedang dukung budak ni ! Malah siap ada yang langgar lagi !! Camana tu ?
Selepas beberapa langkah , mak dia pandang ke belakang .. ke arah aku dan aku lemparkan senyuman yang cukup manis dan berkata dalam hati ..
“ Tahniah puan kerana melahirkan anak yang cukup bersopan ! “. \
Selamat menyambut Hari Malaysia !