Kali terakhir aku beli majalah ni , rasanya 4-5 tahun lepas kot .. Tu pun sbb nak feel raya bersama majalah kesayangan aku ketika aku remaja dulu ! Wajib beli setiap tengah bulan dan hujung bulan ! !
Pada ketika tu , UJANG sendiri menjadi tarikan majalah tu.. Selepas kehadiran komik komik HongKong , majalah ni aku kurang dah beli apatah lagi aku tak dapat rasa ‘hot’ lagi ..
Aku tahu.. bukan mudah nak hasilkan satu satu karya yang mampu membuatkan pembaca tersengih cam kerang busuk ! Aku mampu ketawa sendiri dalam bas mini ketika membaca majalah ni ! Hingga beberapa kali ditegur oleh ayah aku kerana ketawa sorang sorang !
Sekarang ? Tadi di HKL , aku nak pecah duit untuk bayar parking. Masuk kedai runcit , tak tau nak beli apa.. Ternampak satu brother tu amik majalah Ujang ni.. Aku pun amik gak la.. Lama tak baca ..
‘Isu Bumper’ .. Isu kegilaan aku dulu. Tebal dan memuaskan hati ! Dulu laaa .. Sekarang ? Hurmmm .. Aku buka sehelai demi sehelai .. Dan akhirnya aku letak atas katil .. tak sampai tengah pon aku belek ..
Hampa… Di mana UJANG yang berjaya menghiburkan hati aku , satu tika dulu ???