Hari pertama di Kota Paris ..
Sebelum keluar , rakan blogger .. Evelyn dah nasihatkan aku untuk bawa sejumlah wang yang mencukupi dan juga tinggalkan passport dalam peti besi. Bawa saja MyKad atau lesen memandu. Jangan risau kerana mereka akan menerimanya..
Kemudian aku masukkan duit yang aku bawa .. Rasanya tak sampai pon 200 euro dan MyKad dalam travel purse yang aku beli.. Aku beli warna hitam agar sama dengan porch bag aku tu.. Kalau orang nak curi , dia takkan nampak .. InshaAllah ..
Awal pagi selepas makan pagi .. Semua berkumpul dan bergerak berkumpulan ke hentian bas.. Plan nak naik bas pelancong je untuk pusing kota Paris ni .. mudah dan cepat..
Maka semua berjalan kaki dari hotel ke hentian bas yang memakan masa .. 5 minit jer .. Tak jauh pun.. Pastikan sebelum nak buat kerja gini , dah ada sedikit research yer.. Nak kena tahu berapa tambang , pukul berapa bas berakhir dan destinasi.
Bila tiba di perhentian bas , blogger Cindy pergi tanya la berapa tambang kena bayar .. Kemudian dia maklumkan pada rakan lain berapa jumlah dan kita kumpulkan duit..
Aku yang sedang keluarkan duit , tiba tiba diserang oleh sekumpulan budak budak perempuan yang memegang pen dan kertas ! Mereka mintak suruh sign kertas tu.. Macam sign memo apa kejadah tah..
Aku cepat cepat tolak mereka permintaan mereka . Aku tak berani nak bersoal jawab dengan mereka.. Mereka terlalu ramai.. Dalam 5-6 orang datang.. Aku pelik la apahal gitu sekali .. Aku cepat cepat jaga handphone aku.. Aku tak sedar porch bag aku terbuka..
Tiba tiba blogger Evelyn menjerit !
“ Ben , mereka nak curi dompet !! “ .
Cepat cepat aku pegang porch bag aku.. Everlyn terus marah mereka dan mengatakan mereka nak seluk porch bag aku.. Budak budak tu menafikan ..
Everlyn dah mula nak marah.. Cepat cepat aku coolkan dia .. Aku halau budak budak tu… Dan aku check porch bag aku.. Adeh , diorang dah amik travel purse aku !
Evelyn yang dengar suara aku tu terus jerit kat diorang .. Budak budak tu dah terus tak nampak ! Kemudian aku cek betul betul ! Ada rupanya ! Tersorok dan sememangnya tak nampak sebab warna hitam ! Nasib baik …
Evelyn cerita semula detik tu.. Dia kata dia nampak salah seorang dari mereka dah masukkan tangan ke dalam porch bag aku ! Sebab tu dia jerit !
Selepas dari kejadian tu , aku mmg terus zipkan sweater aku ! Semua orang berhati hati dengan budak budak yang bawak pen dan kertas ! Diorang mmg akan berada di lokasi yang ramai pelancong seperti di Eiffel Tower dan hentian bas.. Tempat yang ada polis , diorang mmg takde ! Diorang ni , bukan orang tempatan !
Cuak gak ! Memang tak berani dah aku ! Bukan apa , dalam beg aku tu penuh gadget !
Selepas kejadian tu , Evelyn nasihatkan aku supaya letak duit yang diperlukan di poket ! Kalau nak membeli , keluarkan duit yang sedia ada dah ! Tak perlu nak buka tutup porch bag.. Betul jugak kata dia ..
Alhamdulillah .. lepas dari kejadian tu , mana mana budak nak datang kitorang akan lari .. Dan yang pasti kami senantiasa menjaga antara satu sama lain !