Misi ari ni .. ke Alamanda ! Gunting kasi botak itu rambut Qhaliff … Huhuhh…
Dan misi gagal ! Salon gunting rambut tak nak amik budak yang menangis bila gunting rambut ! Erk .. pulak ? Sebelum ni ok jer .. hahahaha.. Macam macam la perangai .. Dah maju , cam tu lak.. Sebelum maju , semua ok jer .. kan ?
Dan , Qhaliff berjaya selamatkan rambut dia.. Tak pe , nanti daddy gunting sendiri jer .. huhu … Kasi layer tingkat tingkat .. Pergh.. Macam victoria Beckham lak rambut tu nanti.. Hahahaha…
Stress ok !! Baru nak keluar lepak minum dengan kawan kawan , bertubi mesej masuk ! Tak balas , gaduh.. Balas pulak berlarutan ! Uninstall ? Dia bantai call pulak.. Setiap minit ! Off ? Silap silap dia datang menyerang kat kedai tu.. amacam ?
Hahahahha .. Ada kes gini woo.. Nasib baik la wife aku tak tergolong jenis manusia gini .. Kalau tak ? Lama dah aku jadi zombie.. huhu..
Wajarkah buat laporan polis ? Hahahaha .. over sangat tu kan ? Tapi jgn tak tau pulak.. kalau dah tertekan , silap silap .. naik mahkamah pon hadoooo !!
Berpada padalah ‘mengawal’ yang tersayang yer …
Muka muka tak pulang ke kampung berhari raya atas pelbagai alasan tersendiri.. Hehehe.. Nasib baik laaa #kelabbloggerbenashaari ni berjaya menyatukan ramai blogger dan inilah antara hasilnya ! Huhuhuh.. Aku pun tak pasal pasal ada ramai kawan baru ! Best !!
Dan destinasi sejurus solat sunat AidilAdha adalah ke rumah kawan blogger yang tinggal di Jalan Semarak.. Gi beraya umah kapten tentera laut gitu..
Best bila dapat berkumpul begini.. Dan juadah yang dihidangkan , mmg amat menyelerakan ! Anak anak kecil bergembira bila ada ramai kawan .. Mak pak pun lagi la gembira.. leh rileks sat .. heee ..
Tuan rumah sapa ? Ini diaaa ... akak kita , Puan Salina bersama suaminya.. Terima kasih kerana sudi mengadakan rumah terbuka buat kami semuaa....
Gambar oleh Shairazi .. Terima kasih ..
Selamat Menyambut Aidil Adha 1435H / 2014 dari saya sekeluarga. Semoga Hari Raya kali ni memberi sejuta keinsafan bagi kita semua .. Bagi yang memandu , sila berhati hati di jalan raya yer..
Aiskrim jer ! Hahahahah .. takde ketupat lemang .. Tahun ni beraya kat KL jer.. Plan nak balik Kelantan tapi tak jadi sebab cuti singkat dan Selasa nanti ada kerja nak kena buat ! Lagi pun Qhaliff tak sihat.. Demam tetiba..
Dengan hujan yang lebat .. Nak beli lemang kat tepi jalan pon tak sempat .. Takut kereta tak perasan bila kita berenti.. Bahaya lak kan ?
Tapi untuk raya esok , ada plan dah ! Cun punyaaa … hehehehe … InshaAllah .. Kalau semua sihat sejahtera , lepas solat raya , rakan blogger #kelabbloggerbenashaari akan serbu rumah sahabat blogger di kuaters tentera .. Tu diaaa .. Tentera ( Navy ) pon ada #kelabbloggerbenashaari.. Sapa kata dalam #kelabbloggerbenashari cuma ada budak budak je ??? kannnn …
Ok ok.. Jom makan aiskrim dulu.. kasi sejukkkkk ..
Yup.. kami bersatu bawah satu nama , sudah lama yer.. Bukan semalam baru bikin ini group ! Bukan sekadar blogger ! Dah macam adik beradik .. Faham faham je la camana adik beradik.. kan kan ?
Lokasi , seperti biasa.. kami ke restoran Lava Grill di Sri Serdang , milik Razman Mamu. Suka makan sini ! Terkenal dengan burger bakarnya ! Yummy … makin lama makin sedap !
Untuk pengetahuan , #kelabbloggerbenashaari ni ada ramai blogger ! Satu Malaysia ada .. Dipecahkan kepada beberapa zon negeri termasuk di Sabah dan Sarawak. Dan yang area KL/ Putrajaya ni aktif berjumpa.. sebab ramai dan mudah nak disatukan.
Dalam #kelabbloggerbenashari , ada macam macam orang haaa .. Mereka bukan sekadar blogger.. Ada penguatkuasa Kpndkk , Tentera Laut , Pegawai SPRM , Pegawai Kerajaan , Guru , Jurutera , pelajar IPTA dan macam macam lagi ! Di letakkan dibawah satu logo , kami sering bertukar pendapat dan pengalaman kehidupan … Menarik kan ?
Jangan lupa , kami bukan sekadar blogger ! Jemput singgah baca , kisah dan pengalaman kami di www.kelabbloggerbenashaari.com.
Setakat ni , aku dah perbaharui domain aku sehingga 2019 !! Tu diaaa … Amik kauuu .. Projek jangka panjang ni .. InshaAllah .. banyak dah perancangan untuk majukan blog ni dan juga #kelabbloggerbenashaari. InshaAllah , jika diizinkanNYA..
Jika aku pergi dulu , maka blog ini akan terhenti hingga entri terakhir aku update … Semoga ianya memberi manfaat dan juga kenangan terindah buat kita semua ..
Kalau diperatikan perjalanan blog ni.. boleh nampak perbezaan ‘Ben Ashaari’ . Sesungguhnya , kalian telah mendewasakan aku ! Terima kasih atas sokongan yg tidak berbelah bagi. Anda semua semangat saya untuk terus menulis ..
Bangun seawal pagi. Tidur selewat yang mungkin. Kenapa ? Tidur lewat sebab ‘kerja’ ! Aku kena update blog. Kemaskini media sosial. Cari idea untuk pastikan blog terus beroperasi. Bila terus beroperasi , maka adalah pendapatan untuk aku.
Pada masa yang sama , aku kena jaga dua orang anak dan seorang isteri. Nasib baik ada sorang jer isteri. Kalau lebih ? Perghhh.. leh kejang jap medula oblogata aku ! Tak reti nak bahagi bahagi masa aku ni !
Semalam , dua dua tidur lewat ! Wife , yang keletihan sebab paginya di pejabat sibuk dengan tugasan .. dah tak mampu nak bukak mata ! Nak tidur kejap katanya .. Aku , sambung tugas aku iaitu jaga Qhaliff dan Zahra.
Qhaliff tidur jam 1 pagi.. Zahra tidur jam 3 pagi !! Zahra yang dah tidur seawal jam 10 malam tu , terjaga gara gara abang dia yang sibuk berkuntau dengan bantal.
Aku tidur jam 4 pagi. Siapkan kerja. Kul 630 kena kejut dah ! 2.30 je tidur.. Pergh… apakah mental aku bersedia untuk jaga anak anak aku nanti ?? Bahaya kalau tak bersedia.. boleh stress wooo terutama bila Zahra menangis non stop action punya !
Kul 8 pagi.. wife gi kerja. Dia pon bangun lewat.. Terbangun lewat.. bukan sengaja.. Jadi kelam kabut skit nak bersiap. Aku masih blur dan kemengantukan.. Zahra dan Qhaliff masih lena diulit intan.
Bila wife gi kerja , dua dua bangun serentak.. Best part , dua dua menangis ! Aku nak amik mana satu ni ? Dua dua mintak didukung.. Ok , mmg aku tertekan masa ni ! Dengan tak cukup rehat .. ditambah dengan keadaan gini , apakah yang patut aku lakukan ?
Aku mandikan Zahra .. meraung raung dia ! Selsema satu hal… Dan aku tau , dia tak cukup tidur ! Aku kena segera siapkan dia ! kalau tak , leh naya aku atau dia .. Dia sendiri nangis sampai tersedak sedak.. Bahaya tu..
Siap je mandi , terus pakaikan pakaian dia.. Masukkan dalam buaian. Tak sampai 5 minit , dia lena ! Perghh.. lega aku… Part Qhaliff lak.. Dok sibuk tarik aku gi peti ais .. Nak Magnum ! Dah bagi , tak nak makan pulak .. Aku jugak kena makan.. Mana tak boroi ??
Kepala aku makin pening .. kalau dapat tidur , sedap ni tapi sayangnya tak leh sebab Qhaliff tak tidur ! Bahaya biarkan dia seorang diri.. boleh abis rumah dia geledah ! Hurmmm ..
Apa yang aku nak sampaikan .. Walaupun ‘suri rumah ‘ duduk rumah , mereka tetap bekerja ! Ingat dapat tidur cukup ??? Tu belum part sakit perut .. atau mandi ! Hurmm..
Badan dia panas tapi tak demam. Macam nak demam tapi tak demam .. Hurmm.. Kelmarin , bawak jenjalan sambil cari makan.. Terhenti di Mr.Kebab & Briyani. Teringin nak makan dan Qhaliff leh bermain dalam tu.. Pastu hilang panas dah badan dia bila dia berpeluh.
Malam ni , dia panas balik.. Aku bawak dia jenjalan.. Bila keluar rumah , dia ok ! Hahahaha .. kena virus ‘ wajib keluar rumah hari hari ‘ la ni ??
Sampai kedai mamak tu , aku letak dia atas kerusi. Dia tak nak .. Terus duduk atas pangkuan aku. Pastu air milo ais kurang manis sampai .. dia kemam ais jer.. Air tu , aku minum.. Kurang nak minum sangat .. mungkin tak sedap mulut.. Huhuh..
Mee goreng kambing sampai , roti planta siap dibungkus .. balik .. makan beramai ramai ! Dan dia , kembali ceria walaupun di rumah , dia ceria.. Dapat keluar kejap pon jadi la.. Hahahaha .. Psst , ni perangai mak dia ! Hahahaha …