Menjahit ? Perghh.. Aku nak belajar menjahit ? Biar benar ? Heee… Tapi best apa mejahit ni .. Kalau dah mahir , boleh jahit pakaian anak bini sendiri kan ? Heee.. jimat ! Dengan taraf hidup yang semakin meningkat ni , kita kena cari alternatif untuk kurangkan lagi kos perbelanjaan.. Antaranya , jahit pakaian anak anak sendiri !! Kan kan ?
Ok.. YASALMA SEWING SCHOOL.. Tertanya gak aku camana ianya beroperasi. Aku terima job untuk review ni sebab ni job yang unik ! Aku terus terang ni .. Haaa… Aku malas nak menipu , ok ! Aku diminta menulis mengenai YASALMA SEWING SCHOOL ! Maka aku kena buat sedikit research mengenainya..
YASALMA SEWING SCHOOL yang dimiliki oleh pereka fesyen YASALMA, menjalankan kelas mengajar menjahit secara online! Silibus kelas jahitan khas untuk mereka yang langsung tiada asas dalam jahitan. Hasilnya...lebih 500 pelajar mereka telah menghasilkan pakaian mereka sendiri malah ramai mulakan bisnis pakaian mereka secara kecil-kecilan mahupun secara pukal !!
Menariknya semua pelajar adalah dari seluruh Malaysia serta luar sempadan negara seperti Saudi Arabia,Norway, Australia, UK, Brunei, Singapore dan lain2. Lagi menarik sebab tidak sedikit juga bekas pelajar beliau berhenti kerja ofis dan buat biz sendiri dari rumah secara online dalam bidang jahitan.
" Dunia tanpa sempadan. Wanita seharusnya terlebih bijak menggunakan Smartphone " -Yasalma-
Perghh… panjang intro ! Ok ok .. Aku ada tanya sendiri salah seorang pelajar YASALMA SEWING SCHOOL di Facebook ,Puan Norasyikin Azmi dan ini jawapannya ..
“ Secara ringkas nak belajar buat dress sndiri n nak prevent dr beli dress online.. Lagipun mahal kalau beli online.. Apa salahnya try buat sndiri.. at last mmg dh dekat 2 tahun dh saya tak pernah shopping baju online ,offline sbb seronok hasilkan baju sndiri..nk corak mcm mana,size apa,xperlu risau nk alter ke apa..lgpun bajet lg murah..
Dgn ekonomi skrg ni..org perempuan..nk berbelanja pun kenalah fikir baju sehelai xkan sampai 180..200..300..walaupun kita tak ambil duit suami..tapi rasanya ada alternatif lain kalau dah minat sgt beli baju..
Mudah faham atau x..saya last pegang mesin jahit hampir 8 tahun yg lalu..tu pun kelas kemahiran hidup .. hehehe.. Istilah jahit ? Zero..
Tapi masa masuk "kelas" cikgu Salma..dh faham terus. 1 hari je buat baju.mcm xpcaya..tapi tulah..kena percaya. “.
Soalan seterusnya aku pada dia buat aku terkedu jap !! Perghhh !!!
Soalan aku berbunyi gini haa … “Suami tak kisah dok mengadap depan laptop sewaktu 'kelas' ? Anak anak camana lak “.. Dan jawapannya … gulp !
“ Mana ada ngadap laptop.. Whatssap thru phone.. Hp saya cikai je..Nokia Express music tahun 2009.. Saya pinjam smartphone dia je wassap dgn cikgu dlm 'kelas'.. Masa dia kerja dia bawa phone dia.. saya kt rumah jaga anak , masak.. dia balik keja..saya pinjam hp kejap update kelas .. tapi petang selalunya xda kelas.. malam baru start kelas..
Kalau ank tak tido lg tunggu sampai kul 11 ke.. Whatssap le cikgu..masa tu kebanyakkan geng2 ibu dlm group pun tgh aktif.. ikut time la.. bukan 24 jam mgadap hp/laptop.. sbb download nota,print,baca bila senang.. time tu dh faham dah buat baju mcm mana.. bila ank tido.. gunting kain,jahit je.. simple. “.
Untuk pengetahuan , YASALMA lah pengarang buku cara paling mudah buat baju kurung menurut banyak sumber... yang bertajuknya ‘ Oh Mudahnya Buat Baju Kurung ‘ terbitan Alaf 21 dan buku terbitan sendirinya yang terbaru, ‘ Jom Buat Palazo ‘.
Amacam ? Tertarik ? Sebenarnya , aku pun minat menjahit ni ! Menjahit menajamkan pemikiran dan fokus ! Kalau banyak khayal semasa menjahit , entah apa la rupa kain tu nanti kan ? Hahahaha…
Kalau nak tahu dengan lebih lanjut mengenai YASALMA SEWING SCHOOL ni , boleh ke fan pagenya di SINI.