Gelak ? Tidak lagi ! Marah ? Takde selera pon.. Geram ? Dah bosan ! Aku dah takde apa apa perasaan bila melihat atau membaca satu persatu idea yang datangnya dari mereka yang digelar ahli bijaksana negara ni.. Dah naik gaji , makin meroyan pulak idea mereka ! Aku rasa la , dah patut bersara menteri menteri ni ..
Tarikf siang mahal , malam murah ? Ni punya idea , budak sekolah pon leh bagi ! Serupa idea suruh bercucuk tanam mahupun memasak sendiri sebelum gi kuliah atau makan malam..
Aku takde pulak dengar cadangan dari pihak diorang ni yang mana akan jual aset aset mereka untuk membantu membayar balik hutang piutang yang mereka buat ! Ni balik balik , rakyat jugak yang kena ! Dah tu diorang ? Terus kumpul harta ? Di kala rakyat derita bayar GST , diorang up gaji ! Apa ni ???
Dah sekarang suruh berpeluh di siang hari.. malam hari yang dah sejuk tu , baru nak pasang aircond ? Agak agak la kot idea tu ! Mentang mentang la korang yang keluar idea ni , duduk di pejabat ! Sejuk !! Aircond rakyat bayarkan ! Kalau nak adil , tutup aircond dan pasang je kipas siling ! Baru la adil dan saksama bagi mereka yang duduk di rumah seperti aku ( suri rumah bersama anak anak ).
Tolonglah yer.. tolong.. pasni kalau nak keluar idea , bagi idea yang mana , pihak atasan berkorban untuk orang bawahan.. Bukan orang bawahan dikorbankan lagi untuk memastikan negara terus selamat walhal apa yang berlaku adalah berpunca dari kesilapan sendiri !
Tun M , saya bersama anda ! Sila letak jawatan kalau dah tak mampu memimpin !