Sahur datang lagi.. Kemudian berbuka.. Masuk hari ke 5 dah ! Sekelip mata.. Tapi yang pasti , si isteri dan juga si ibulah insan paling bertungkus lumus memastikan keluarganya , terjaga dan terurus ketika berbuka dan juga sahur. Mereka menyediakan makanan dan kemudian , mengemasnya. Pastu bersiap untuk ke pejabat pulak ! Fuhhhh.. Tu yang bekerja di pejabat.. Yang bekerja sendiri lak ? Yang jadi suri rumah lak ? Kerja mereka tanpa henti..
Tapi , berapa ramaikah antara kita mengucapkan Terima Kasih selepas saja habis makan ? Memadai terima kasih kalau dah malas nak basuh pinggan ! Ada ke kita melafazkannya ? Hurm.. Sesungguhnya , mereka tak memerlukannya tetapi kita sebagai ahli keluarga dalam rumah tu , perlulah bijak mengambil hati mereka. Dengan ucapan seringkas itu , mereka akan terasa lebih dihargai , lebih bersemangat untuk terus bekerja sehinggalah malam menjelang selepas semua ahli keluarganya , tidur..
Dan mereka akan bangun seawal pagi untuk menyediakan sahur sekali lagi. Lebih awal dari si suami dan anak anak..
“ Bangun… sahur.. “.
Mudah jer..
TERIMA KASIH SAYANG..
TERIMA KASIH IBU..
Hilang rasa penat mereka dan terasa segar seperti baru di recharge 100% kuasa kuda mereka !
Gambar hasil carian Google..