Diorang kata.. lagi murah kalau gi bercuti ke luar negara berbanding dalam negara ! Yelah , dengan harga hotel yang sama harga dengan hotel di luar negara... tiket kapal terbang dah sama macam harga petrol bila gi bercuti.. Betul , dalam negara murah lagi tapi dah hampir setanding kalau gi bercuti ke luar negara , apa kes ?
Apa dah jadi ni ? Ada yang sanggup menyimpan dari bulan Januari hingga ke bulan Oktober semata mata nak gi bercuti ke luar negara.. Dalam negara tidak lagi menghairahkan 'mereka' ! Aku ??? Secara jujurnya , kalau aku nak bawak famili aku bercuti dalam negara , memang kena pikir panjang. Sebagai contohnya nak ke Legoland.. Harga tiket seolah dikhaskan untuk pelancong asing. Dan pelancong tempatan , tunggu ada diskaun baru mampu nak masuk ! Tapi kualiti..hurmm...
Dalam bulan ni saja , timeline Facebook aku rancak dengan percutian rakan rakan ke luar negara ! Tak kira la mampu ke tak mampu.. mereka berusaha menjayakannya.
Apa dah jadi ni ? Sapa yang patut dipersalahkan ? Aku tengok usaha menarik pelancong tempatan untuk melancong ke destinasi tertentu di dalam negara amat perlahan ! Hanya beberapa pihak tertentu saja memainkan peranan mereka.. Dan ada yang dah angkat tangan , menyerah kalah !
Ditambah lagi dengan masalah kenaikan harga barang.. lebih baik gi bercuti ke luar negara jer.. setahun sekali je pon ok dah !
Nasib baik laaaa ramai blogger dan pengguna media sosial masih sudi mempromosi pelancongan domestik 'secara percuma' demi kerana cintakan negara. Kalau tidak ?? Hurmm.. tak caya kalu , cer tanya orang hotel... mengeluh diorang dengan apa yang sedang berlaku di negara kita sekarang ni ! Hurmm.
Nak simpan duit gak.. pusing Eropah tahun depan ! Ada yang sudi nak sponsor ke ? Hahahaha..