( nampak sangat tak sabar pengantin lelaki neh ! )
“ Aku terima nikahnya ….. “
Bila saksi kata sah , dunia seolah tiada penghuni lagi dah.. Macam nak lari bogel ngan si isteri tu haaa !! Ibaratnya laa.. Yelah , kononnya best gilaa dpt hidup bersama ..
Yeker ??? Apa yang buat best giler ??? Part tiap tiap malam tu ke ? Atau part makan bersuap ? Atau g shopping bersama sama sambil berpegangan tangan ( 1 tahun pertama je.. tahun berikutnya pegang plastik beg punya ) ..
Kalau dapat pasangan yang benar benar bertanggungjawab, bersyukurlah anda pada Allah .. Kalau tak ??? Bayangkan bila anda mengandung …
“Abang .. sayang teringin nak makan .. “
Kalaulah suami tu jenis penyayang .. maka jawapannya , “Sayang nak makan apa ? Sebutkan je.. Jangan nak makan KLCC dah la “.
Tapi kalau dapat suami jenis hardcore ( kononnya la ) maka jawapannya , “ Apa kau ni ? Tak sudah sudah melantak jee.. tuuu perut dah boroi pun nak melantak lagi ?? “.
Yang tu mmg spesis bangang. Pandai buat tapi bangang nak amik tau ! Tapi ada satu lagi spesis yang pandai buat tapi bila nak melayan karenah isteri mengandung … dia punya malas , Tuhan saja yang tahu !
Percayalah.. Wujud semua ni.. Malah siap biarkan isteri terkontang kanting laa g mencari makan untuk memenuhi seleranya.. Suami ? G lepak ngan kawan !
Maka .. berhati-hati memilih calon suami.. Sebelum dapat , ceritanya Romeo and Juliet.. Lepas dapat , KL GANGSTER la jawabnya..
Jangan terlalu ikut sangat perasaan cinta tu .. Cinta membutakan mata hati jika tidak ditafsir dengan betul. Cinta akan memusnahkan hidup jika tersalah jalan. Masa berkawan tu lah kena tau segalanya.
Kalau ada yang dah naik tangan sebelum kawin , maka jangan harap dia boleh turun tangan selepas kawin ! Peratusanya , amat sedikit sangat !
Maka , jangan impikan istana kebahagiaan jika bernikah dengan lelaki yang awal awal lagi tidak kenal erti tanggungjawab serta amanah ! Jauh sekali romantik. Ahaks..
Bercintalah kerana Allah .. Bernikahlah kerana Allah .. Berbahagialah kerana Allah ..