Serius ! Bukan satu tapi ada dua syarikat yang besar dan aku sangat sangat geram dengan cara mereka !
Pertama , sms yang mengarut ngarut masuk ke dalam hp aku.. Takkan la tiap kali yang berbeza beza masuk , nak hantar STOP ?? Nak antar tu free ke bayar?? Pastu , kalau kita biar , kita tertekan secara automatik terus download application. Perghhh.. Hantu betul !
Tu yang syarikat biru.. Yang merah ni .. Haih.. bulan ni saja beratus kena wife aku. Yang dia guna buat call cumalah berbelas ringgit ! Selebihnya dikatakan gunakan internet sedangkan aku dah matikan semua aplikasi yang guna internet ! Bila call , dia ajar kita lak suruh buat itu ini sedangkan mmg dah buat .. Sms ngarut pun masuk ! Bila masuk , internet on ! Charge wehhh.. 1kb ,1 sen kot.. adoii
Ni pon ada hati diorang nak kenakan charge tambahan kat pengguna .. Aku rasa la kan , pengguna ni bagi lemak sangat kat diorang… Haih.. Seolah olah pengguna ni diorang buat
“ LU NAK GUNA , LU BAYAR ! TAMO KALU , KASI TUTUP MULUT ! “
Pastu kawan wife aku.. dia ada amik pakej Iphone baru baru ni.. Siap dengan data sekali la kononnya .. RM75 sebulan tak silap aku.. Korang tau berapa kena bila check bil tadi ??? RM300+ ! Internet lebih !!
Grrrr…. Bukan persatuan pengguna tak tau , tapi mmg dah tak leh nak buat apa dah.. Salah sapa ??? SPRM , silalah check !