Alahai .. apa nak pening lak kan ? Tengok bro kat bawah ni.. Berstatus ‘ dude ‘ tuuu .. Dapat gak anak dara comel loteh .. Ops ! Jangan kata la sbb harta yer .. Kalau sebab harta , aku rasa Lisa boleh cari lagi masyuk punya lelaki kan ? Ini cinta woo.. Cinta tak mengenal status .. Kan kan ? Fikir kan yang positif la .. Nanti kena kat batang hidung kita atau keturunan kita , baru ada akai !
Duda ni ada satu kelebihan tau ! Yer , bukan semua tapi majoritinya duda ni dah tau bagaimana nak layan bakal isterinya lebih lagi yang berstatus anak dara ! Pergh .. boleh cair woo hati bila duda ni berkata kata .. hahaha .. Camana aku tau ? Well .. hahaha ..
Kenapa mereka boleh dapat status duda tu , itu cerita lama. Pengalaman mengajar mereka erti kehidupan dan aku pasti si duda ni sedar akan kesilapan dan bersedia untuk membina hidup baru dengan mereka yg telah kembali berjaya membuka pintu hati mereka untuk bercinta !
Tak kira duda atau teruna , segalanya bergantung pada kematangan fikiran sebenarnya. Bukan faktor status mahupun umur tapi pengalaman hidup, kebijaksanaan mengendalikan masalah , serta punya kelembutan bila berkomunikasi. Faktor faktor begini amat penting bila berpasangan terutama dengan perempuan yang jauh muda dari lelaki. Bukan mudah !
Bagaimana pula dara atau janda ? Haaa .. tu isu lain . Yang penting , hati mau gembira dan bercintalah kerana Allah .. Duda atau teruna , bukan isunya ..