Ada kawan tanya.. sampai bila nak blogging ni ? Aku jawab.. selagi ada orang nak baca , selagi ada keyboard.. selagi ada platform untuk aku membebel , bercerita .. aku akan terus melakukannya !
Berhenti ? Banyak kali aku memikirkan faktor tu.. Bila matlamat aku mula lari dari tujuan asal , aku tahu .. semangat aku mula pudar ! Bila aku perbetulkan semula , automatik aku tahu apa yang perlu aku buat !
Tapi sebagai manusia .. aku perlu berpandangan jauh ! Perlu ada backup plan ! Maklumlah , blogkan sumber rezeki aku .. Dan sebagai permulaan .. aku dan wife buat bisnis jual susu kambing Nutri Goat Miracle 8 ni..
Mesti korang tertanya kenapa kan ? Kenapa aku pilih susu kambing ni berbanding bisnis lain ? Yang pertamaaaaa dan terakhir , susu kambing ni mmg best dan paling penting , berkhasiat !
Alhamdulillah.. aku mula jual hari Isnin lepas dan sehingga kini , aku dah jual .. 40 kotak ! Tu pun ada lagi yang nak dipos menjadikan hampir 50 kotak ! Terima kasih atas sokongan kawan kawan ..
Ini cuma permulaan untuk menjinakkan diri dalam bisnis setelah dua tiga kali , terbantut ! Kena fikir masak masak woooo ! Skang ni ramai je ajak bisnis dengan menjanjikan harapan , untung juta juta ! Perghhhh.. sendiri pon pakai selipar jepun tapi cerita juta juta .. Aiyok…