Adoi.. Budak sorang ni.. Makin berakal makin menjadi pulak akal dia ! Ari tu aku suruh dia buang sampai , dia suruh aku balik.. Dah la suruh aku yang gi buang.. ayat dia tu tak leh tahan sungguh ! Ni mak dia punya ajaran la ni !!
" Gi aaa.. Gi aa buang.. Plisss.. Tima kacih.. ".
Part merayu tu memang aku selalu dengar mak dia ucapkan bila meminta ‘pertolongan’ dari Qhaliff.. Hurmm…. part ni cepat sungguh dia ikut ! Huhhh..
Dan malam tadi , Qhaliff kantoi dengan aku. Dia mintak air kotak milo. Dia abiskan kemudian gi buang.. Aku ikut dia.. Kat mana dia buang sebab dia takut nak ke dapur !
Aku nampak dia bukak penutup study desk dia ni ! Terus aku serbuuu !!
Arghhh.. Ya Allah.. bertuah punya anakkkk !
Dia berusaha menghalang aku dari membukanya namun.. sila cuba lagi 20 tahun kemudian yer untuk halang daddy mu ini. Bila aku tengok , aku mengucap panjang ! Semua sampah yang aku suruh dia buang semalam .. dia buang dalam tu ! Adehhhh..
Aku bagitau kat mak dia.. Hahaha.. Mak dia part kebersihan ni memang dititikberatkan.. Aku pon lenguh telinga dengar dia bebel.. hahaha ..
Qhaliff , ubah tempat pembuangan sampah dia selepas itu. Dia buang dalam tempat mainan Zahra pulak ! Hurmm..