“ Abang.. mak call. Menangis-nangis mak. “. Kata wife. Aku terus capai Iphone 6S wife yang tak best tu. Tengok jam.. 8.10 pagi.
“ Mak.. “ . Sebenarnya aku dah jangka dah. Tapi aku nak dengar sendiri keluar dari mulut mak aku.
“ Ba hang dah tak dak.. “ . Mak aku berkata sambil terisak risak.
“ Hurm… sat lagi saya pi sana.. “. Jawab aku ringkas. Aku sebenarnya dah lama menahan rasa sebak melihat ayah aku. Aku tak nak keluarkan air mata depan diorang , depan wife dan anak anak. Aku terus berpura pura yang aku seorang yang cool.
Aku capai telefon pintar aku. Tengok ada missed call. Aku pandang wife. Hurm.. Nak bawak diorang gi sana atau tinggalkan je kat rumah. Wife masih dalam pantang. Tapi kalau tinggalkan , risau kat wife yang masih belum sihat sepenuhnya. Kalau sekejap , tak pe la gak. Tapi aku rasa , mau sampai ke malam.
Aku bincang dengan wife. Dia kata , dia ok je nak ikut. Aku tarik nafas panjang. Masih menahan rasa sebak. Teringat wajah ayah kali terakhir aku lihat , Jumaat lepas. Dia dah cukup derita dengan kansernya tu. Dah naik ke otak kata pakar.Bermula dari lidah.. gara gara rokok !
Aku kejut Qhaliff dan Zahra yang masih lena tidur. Aku mandikan sorang sorang. Wife uruskan Aariz. Dalam jam 10 lebih , siap semua.. Terus gi ke Cheras.
Aku call adik perempuan aku. Suaminya sedang menguruskan bab pengkebumian ayah. Merekalah insan yang banyak menguruskan ayah sejak ayah dimasukkan ke hospital kerana paru paru berair , sebelum Aidilfitri lepas.
Sebenarnya , aku bersyukur sangat pada Allah kerana mendengar doa aku. Aku berdoa agar Allah panjangkan umur ayah untuk melihat dua orang cucunya yang terbaru.. Dan dia dapat melihatnya sebelum memejamkan mata untuk selama lamanya.
Alhamdulillah.. segala urusan berjalan dengan begitu mudah. Cuaca pun cantik. Jalanraya tak sesak. Kena pulak cuti umum. Ramai sedara mara dari Pulau Pinang dapat turun melihat jenazah buat kali terakhir.
Aku mengucup arwah ayah buat kali terakhir di dalam masjid. Tenang wajahnya. Aku bersyukur sangat penderitaannya dah berakhir. Moga Allah ampuni segala dosa dosanya.
Selepas solat Zohor , jenazah di bawa ke Tanah Perkuburan Kampung Batu. Kalau ikutkan pesan arwah , dia mintak ditanamkan di Pulau Pinang jer.. nak sebelah arwah ibunya.Alasan dia mudah jer sebenarnya. Dia nak anak cucu dia balik ke kampung nun di Balik Pulau , walaupun dia dah tiada .. Tak nak putus perhubungan dengan adik beradik.
Satu lagi hikmah yang berlaku dan aku amat bersyukur sangat ianya berlaku. Insan yang aku tak gemar sangat sebelum ni , dialah yang banyak membantu keluarga aku menguruskan jenazah ayah. Aku perlu berjumpa dengan dia dan memohon maaf. Bagi aku , kes yang lepas , biarkan la berlalu. Teruskan hidup dalam keadaan yang tenang dan damai.. Nak buat apa ada rasa dendam di dalam hati , kan ?
Aku sebenarnya nak letak gambar ayah aku tapi rasanya.. tak perlu lah.. Lebih pada nak insafkan si perokok. Kesan dari merokok amatlah menyiksakan. Bila dah sekali kena , memang insaf laaa
Dan aku.. sehingga kini aku belum tumpahkan setitis pon air mata. Sesekali sebak datang , aku pandang anak anak.. Terus rasa sebak tu ghaib. Aku bersyukur , dapat juga menjaga dia dulu. Cuma terkilan di saat dia sakit , aku tak dapat nak jaga sangat sebab wife sedang sarat mengandung. Part ni aku rasa sedih sangat. Walaupun sesekali aku dapat gi lawat dia , tapi masih terasa cam.. hurmmm..
Hurm.. semoga Allah cucuri rahmat buat roh ayahku. Moga dia ditempatkan di kalangan mereka yang soleh. Aamin..