Huhuuhu.. Ternyata.. ternyata Dato Siti Nurhaliza tiada tanding taranya hingga kini. Tiada artis di Malaysia mampu menandingi dia lagi.. Kena cari pelapis gini wooo..
Ok ok.. Nasib baik dia cuma penyanyi jemputan je kan ? Kalau tak.. hurm.. dari awal lagi dah tau sapa juara.. Hee.. Lari tajuk tul aku ni. Hehehe.. Berbalik ada final tadi , semua peserta gempak gempak belaka tetapi seperti yang aku ramalkan dari minggu ke dua lagi , #GegarVaganza3 : Bukan rezeki orang lama.. , Azharina memang punya potensi untuk bergelar juara jika para peserta tidak meningkatkan mutu nyanyian.
Tapi apa pun.. aku tetap sokong Ameng yang ternyata dia sekadar ingin menghiasi Gegar Vaganza 3 ini. Namun dia tetap beri yang terbaik ketika persembahan,. Dapat no 4 pon ok dah kan ? Rezeki dari Allah.. Jangan tolak gitu kan ?
Layan live kat handphone jer memandangkan kat ruang tamu dipenuhi dengan sanak saudara ditambah lagi dengan si Qhaliff lak buat karenah yang mengundang aku menjadi hulk , aku naik ke bilik untuk menonton secara privasi. Heee.. nak kasi update live mesti kena dengar kan ?
Siti Sarah.. Zarul.. Intan Sarafina.. bagi aku masing masing terbaik ! Cuma aku tak minat diorang je. Vocal dan persembahan . memang mantap ! Tak dinafikan tu .. kn kan ?
Apa pun , tahniah buat semua peserta Gegar Vaganza ! Terima kasih juga pada Dato Seri Vida kerana sudi jadi penganjur. Kalau boleh , jangan terlalu teruja dengan produk tu seperti awal awal rancangan.. “ Dengan Kuasa Pamoga… “ , ketika nak melancarkan produk baru dia tu.. Huhuh..
Dan kalau boleh.. tahun depan , tukar la Nabil dengan Mark Adam yang lebih lucu bagi aku dan nampak Mark lebih guna akal sebelum berbicara berbanding Nabil.. Main lepas cakap jer. Tak baik la.. Ni live kot.. kan kan ? Lawak lawak gak.. Mulut kena jaga..
Ok la.. jumpa lagi di Gegar Vaganza 4 ! InshaAllah.. Harap ada Awie , Amy Search dalam tu nanti ! Kot la DSV nak offer RM1juta sebagai juara kan ? Hahahaha.. Yer , aku tau.. diorang pon tak nak.. Dah legend woiii !
Oh ya.. tak yah panggil Amir Raja Lawak tu mencelah di kala orang dok sibuk tengok live.. suh je jadi wartawan ketika VT ke.. ok ?