Terharu ! Dua sebab.. satu dia sanggup datang jauh jauh semata mata nak ajak mengeteh dengan aku. Kedua , dia terpaksa menunggu lama aku sebab pada masa sama , aku ada bermeeting santai dengan 'orang kuat' Kopi Badang yang menceritakan pada aku kelebihan menjadi stokis Kopi Badang yang bakal menjadi popular tidak lama lagi ! Banyak program promosi diaturkan mereka dan sangat membuatkan aku rasa 'wow' ! Dan beruntung aku sebahagian dari mereka ! Hehehehe.. Alhamdulillah.. Kos nak jadi stokis Kopi Badang ni tak tinggi mana pun ! RM5k je dah leh jadi stokis dan berpeluang memiliki kereta mewah sebagai insentif ! Ok , tu cerita lain.. Panjang intro ! Hahahaha..
Ok... Berbalik kepada aku terharu pada Papa Amyzal.. Hahaha.. Aku kenal sahabat ni lama dah di Facebook. Biasanya dok berbalas komen jer.. tapi bila dia dapat tau aku di Johor ni , pantas dia whatsapp aku dan ajak 'berdating'. Aku yang ikutnya memang dah letih tapi bila dia ajak , terus segar ! Hahahaha.. Macam ex gf ajak jumpa jer , dia punya perasaan tu. Hahahaha...
Dia sampai jam 11 malam dan tunggu sehingga lebih 12 malam.. Huhuh.. Demi sahabat , tunggu ! Bagus kan ? Haaa... Aku je tak bagus... Hahaha.. tapi apa nak buat , kan ? Aku pun membawa berita baik untuk dia.. hahahaa.. Tak pasal pasal dia pun berpeluang meniaga Kopi Badang yang sedap tuu.. sedap sangat ok ! Jangan minum secawan yer.. sila minum bercawan cawan !
Kemudian dia bawak aku ke pusat bandar. Secara jujurnya , aku dah bertahun tahun tahun tahun lamanya tak jejakkan kaki di Johor Bahru. Biasanya sampai Sedenak jer .. hahahaha.. Rumah Mat Gebu pastu aku balik. Haaa.. Tapi kali ni , aku dibawa meronda usha Bazaar Karat , Danga Bay.. villa Nabilla dan disudahi dengan 'bersahur' di LC Catering.
Sedap arrr mee bandung dia. Nasi , er.. nasi apa tah namanya ni pon sedap ! Serius sedap ! Lama dah aku tak makan makanan yang original gini.. Hahahaha... Pastu aku tapau keow teow dan mee goreng untuk wife.. sahur..
Jam dah menunjukkan 2 lebih. Dari JB nak ke Gelang Patah , dalam masa setengah jam. Bukan masa yang jadi masalah tapi jalan raya kat situ haaa ! Abis gelap gelita haaa.. Kesian kat Papa Amyzal nak balik sorang sorang nanti. Mana tau ada Cik Pon tumpang kat belakang keee... Ada volkwagen kuning follow ke.. hahahahaa... Alhamdulillah , kereta dia plet Johor. Maka, dia tak kena kacau laa.. Hahahaha..
Dan menambahkan lagi keharuan aku tu... dia bagi aku hadiah lagi.. Cenderahati dari Tourism Johor. Mentang mentang la dia orang kuat Tourism Johor.. hahahaha.. Alhamdulillah , terima kasih. Dan kerana itu , aku ajak dia join #KBBA9 memandangkan dia ada blog... yang dah bersarang bertahun lamanya tapi akan kembali bersinar selepas mendapat semangat dari aku ! Haaaaa.. mana mana orang duduk dengan aku pasti akan bersemangat nak update blog apatah lagi bila dapat tau , dengan update blog dapat makan free ! Hehehehe..
InshaAllah , pasni aku belanja lak yer.. heeee.. Dia tak kasi aku bayar tadi walhal aku yang makan banyak ! Semoga Allah murahkan rezeki sahabat kita ni. Jam 3 pagi ,aku sampai di hotel aku. nginap iaitu di Phonenix Hotel. Nanti aku cerita pasal hotel gempak ni lak eh..